31.10.09

Peranan Suami Isteri Dalam Membentuk Keluarga Bahagia

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Syawal yang berlalu membawa bersamanya taqarrub Ilallah (mendekatkan diri pada Allah) menjadikan sebahagian Muslim kembali pada saat sebelum fajar Ramadhan menyinsing. Debu-debu sekularisme yang hebat bertaburan menguasai ruang menyebabkan kedatangan Zulkaedah lebih dihayati dalam konteks ibadah fardhu haji semata-mata sehingga aktiviti-aktiviti lain kurang diperhatikan, apatahlagi usaha dakwah untuk memenuhi kewajipan melaksanakan Ummul Fard – ibu segala fardu iaitu mendirikan Negara Islam atau Khilafah sebagai mekanisme pelaksanaan Islam Kaffah.

Alhamdulillah, Fikratul Ummah pada kali ini mengemukakan dua buah artikel untuk membangkitkan keprihatinan umat terhadap isu-isu yang tidak lapuk dek hujan dan tak kering dek zaman. Peranan Suami Isteri Dalam Membentuk Keluarga Bahagia menyentuh tentang peranan yang perlu dimainkan oleh kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri untuk mengecapi kebahagiaan rumahtangga. Walaubagaimanapun, apa yang penting ialah sebagai seorang Muslim, suami dan isteri bukan hanya perlu memainkan peranan masing-masing untuk mencapai kebahagiaan rumahtangga sebaliknya berusaha melaksanakan lain-lain kewajipan yang disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Taala untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Artikel kedua mengupas tentang Bajet 2010 yang dianggap ‘mesra wanita’ untuk mengingatkan kepada umat Islam bahawasanya, peruntukan wang dan insentif yang diberikan oleh pemerintah kepada wanita bekerja tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul apabila kemasukan mereka ke dalam pasaran kerja telah menjejaskan institusi kekeluargaan.


Diharap kedua-dua artikel itu tadi akan dapat menyuntik kesedaran umat bahawa tumpuan atau fokus mereka bukanlah hanya pada sambutan Eidul Adha dan ibadah korban serta ibadah haji semata-mata, sebaliknya memperhatikan masalah umat juga wajib dilakukan seiring dengan melakukan ibadah ruhiyyah.

Wallahu ‘alam bisshawab.




*********************************************************************************************








Firman Allah Subhanahu Wa Taala: "Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui”. [TMQ: Yaasin: (36)].

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya Dia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir" [TMQ: ar-Rum: (21)].

Apa yang dinyatakan dalam firman Allah Azza wa Jalla di atas tidak akan dapat dicapai seandainya tidak wujud peraturan, hukum dan undang-undang kerana tujuan perkahwinan ialah mengatur pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa aturan yang rapi dalam pergaulan makhluk Adam dan Hawa, kepincangan tidak dapat dielakkan. Maka, kerana itu, perkahwinan disyariatkan yang mana di dalamnya ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

Dalam Islam, sistem Kekeluargaan Islam adalah satu sistem yang menyusun institusi keluarga, menjelaskan semua urusan di dalamnya, menentu dan mengagihkan bidang tugas, menentukan tanggungjawab anggota keluarga, menjelaskan perkara yang mesti dipatuhi dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab. Allah yang mencipta manusia telah mencipta bersamanya fitrah ingin berpasangan seperti makhluk-makhluk lain ciptaan Allah, sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Taala: ‟Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang–pasangan agar kamu mengingati kebesaran Allah ” [TMQ Az Dzariyaat (51): 49 ]

Sejak zaman Nabi Adam Alaihissalam sehingga zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam, syariat yang ditetapkan untuk mengatur hubungan laki-laki dan wanita adalah pernikahan. Oleh itu, mendapat pasangan yang baik merupakan sebuah kebahagian dalam rumah tangga. Apalagi jika pasangan itu merupakan pasangan yang sentiasa taat pada perintah Allah dan RasulNya dalam menjalani kehidupan seharian. Sebagaimana Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam: Ada empat hal yang apabila dianugerahkan kepada seseorang, berarti ia benar-benar terbaik di dunia dan akhirat. Hati yang sentiasa bersyukur, lisan yang sentiasa berdzikir, jiwa yang sentiasa bersabar menghadapi musibah, isteri yang tak pernah mengkhianati suaminya seraya menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya saat ditinggalka(pergi).” [HR. At Tirmidzi].

Dalam hadis lain, Baginda bersabda; ”Tanda kebahagiaan seorang anak Adam ialah beristerikan wanita solehah...”[HR Ad-Dailami].

Bagi wanita pula, mendapat suami yang baik merupakan bahagian dari keberkahan hidup. Memilih suami yang beragama dan berakhlak mulia adalah penolak bencana dari Allah Subhanahu Wa Taala di muka bumi baginya dan keluarganya sebagaimana sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam: Jika datang kepadamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya, maka bernikahlah dengannya, jika tidak maka akan muncul fitnah di bumi dan kerosakan.”

Namun begitu, ketenangan dan kebahagiaan dalam rumahtangga bukanlah merupakan sebuah hadiah yang diberikan kepada suami isteri. Ia memerlukan perjuangan dan proses yang memakan waktu. Lama ataupun cepat pasangan suami isteri itu mendapat kebahagiaan bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pasangan tersebut dalam mengatur urusan rumah tangganya. Untuk itu ada beberapa perkara yang jika diamalkan Insya’ Allah boleh membantu pasangan suami isteri mencapai atau menciptakan suasana yang menyenangkan dalam rumah tangga.

Peranan dan Tanggungjawab Suami Dalam Rumah Tangga

Syariat Islam telah menjelaskan tentang tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya. Allah Subhanahu Wa Taala telah memerintahkan agar seorang suami melayani isterinya dengan penuh keakraban dan kasih sayang. Kewajiban suami terhadap isteri bukanlah sekadar memenuhi hak isteri berupa mahar dan nafkah. Namun lebih dari itu, seorang suami tidak boleh membuat isterinya cemburu dengan menampakkan kecenderungan kepada wanita lain selain kepada isterinya itu. Rasulullah telah berpesan kepada kaum lelaki dalam urusan kaum wanita sebagaimana sabda Rasulullah dalam khutbahnya ketika Haji Wada’ sebagai berikut: ”Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah dalam urusan kaum wanita kerana kalian telah mengambilnya sebagai amanat daripada Allah, dan kalianpun telah menjadikan kehormatan mereka halal dengan kalimat Allah. Kalian mempunyai hak atas isteri-isteri kalian agar mereka tidak memasukkan ke tempat tidur kalian salah seorang yang kalian benci. Jika mereka melakukan tindakan demikian, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak sampai membahayakan. Sebaliknya, mereka pun berhak untuk mendapatkan rezeki dan pakaian mereka dengan cara yang makruf.” [HR Muslim].

Dalam riwayat lain, baginda bersabda: ”Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik perlakuannya terhadap keluarganya. Sesungguhnya aku sendiri adalah orang yang paling baik di antara kalian dalam melayani keluargaku”

Ibn. Majah menuturkan bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah bersabda: "Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik perlakuannya terhadap isteri-isterinya”

Meskipun seorang suami mempunyai hak kepimpinan terhadap isterinya sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Taala. ”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan atas sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (laki-laki) menafkahkan sebahagian harta mereka...” [TMQ an-Nisa’(4):34 ].

Di sini menjelaskan bahawa posisi suami sebagai penanggungjawab dan kepimpinannya atas isteri di dalam rumah bukan bererti menjadikan dirinya sebagai orang yang boleh bertindak sesuka hati di dalam rumah atau seperti seorang penguasa yang tidak dapat dilanggar perintahnya. Akan tetapi, kepimpinan suami di dalam rumah hanya berlaku dalam pengurusan dan pengelolaan urusan-urusan rumah tangga sahaja, bukan dalam hal kekuasaan dan hak memerintah di dalam rumah tangga. Oleh itu seorang isteri berhak menjawab ucapan suaminya, berbincang dengannya, dan membahas apa saja yang dikatakannya. Sebab pada dasarnya, keduanya adalah dua orang sahabat, bukan pihak yang memerintah dan yang diperintah.

Sekalipun kehidupan suami isteri dijalinkan dalam keadaan persahabatan, kemungkinan pada mereka terjadi perbezaan pendapat dalam pengaturan rumah tangga. Untuk mengatasi persoalan tersebut, tentu diperlukan pemimpin yang menjadi pemegang keputusan dan kata akhir. Kerana ayat di atas yang menetapkan suami menjadi pemimpinnya, maka keputusan suami harus ditaati oleh isterinya.

Kewajiban suami dalam memberi nafkah dari sebahagian harta yang mereka miliki kepada isterinya, sebahagian fuqaha membolehkan wanita melakukan fasakh nikah tatkala suaminya tidak memberikan nafkah kepadanya. Kerana itu, jika suami tidak memberikan nafkah, kedudukannya sebagai pemimpin dalam rumah tangga boleh digugat sehingga isteri berhak mengajukan fasakh. Demikianlah pendapat ulama dari mazhab Maliki dan Syafie.

Peranan dan Tanggung jawab Isteri Dalam Rumah Tangga

Setelah menjelaskan kedudukan suami beserta tanggung jawabnya. Allah Subhanahu wa Taala menerangkan pula kedudukan wanita beserta tanggungjawab dan kewajibannya. Wanita solehah adalah wanita yang taat kepada Allah dan taat kepada suaminya ketika suaminya ada di sampingnya mahupun tiada di sisinya. Ia sentiasa menjaga kehormatannya serta rumah, harta benda dan kehormatan suaminya serta selalu membahagiakan suaminya, sebagaimana sabda Rasulullah: (Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya.” [HR an-Nasa’i].

Selain itu, dalam urusan rumah tangga, seorang isteri wajib melayani suaminya seperti memasak, membersihkan rumah, menyediakan minuman jika di minta, menyiapkan makanan serta melayani suaminya iaitu dalam segala urusan yang berkaitan dengan kehidupan rumah tangganya secara mutlak.

Ringkasnya, segala sesuatu yang mesti dilakukan dalam rumah tangga menjadi kewajiban wanita untuk mengerjakannya, apapun jenis pekerjaannya. Sebaliknya, segala sesuatu yang perlu dilakukan di luar rumah menjadi kewajipan suami untuk mengerjakannya. Demikianlah sebagaimana hadis dari Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Berkaitan dengan kisah Ali dan Fatimah sebagai berikut: ”Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam telah mewajibkan puterinya, Fatimah, untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di dalam rumah, sedangkan Ali ditugaskan untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan di luar rumah”.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam juga telah memerintahkan isteri-isterinya untuk bekerja melayani baginda. Contohnya, baginda sering berkata: Aisyah, tolong ambilkan makananku, Aisyah tolong ambilkan aku pisau, lalu asahlah dengan batu” dan sebagainya.

Dalam riwayat lain pula: Fatimah pernah datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Da mengadu bahawa dirinya tidak dapat berehat sekaligus meminta kepada beliau seorang pembantu yang dapat meringankan pekerjaannya.”

Semua ini menunjukkan bahawa usaha melayani suami dan mengurus rumah tangga merupakan salah satu kewajiban diantara berbagai kewajiban seorang isteri yang harus dilaksanakan. Namun demikian, kewajipan itu ditunaikan sesuai dengan kemampuannya. Jika pekerjaannya amat banyak, maka suami wajib menyediakan pembantu rumah, jika tidak terlalu banyak pekerjaan yang perlu dilakukan, maka suami tidak wajib menyediakan pembantu rumah.

Disamping tugasnya sebagai suri rumahtangga, seorang isteri juga mempunyai peranan penting sebagai seorang ibu. Tugas keibuan dalam Islam bukanlah sekadar menjadi Isteri, mengandung, melahirkan serta mengasuh anak, kerana sifat yang sedemikian juga ada pada haiwan. Keibuan dalam Islam ialah mempunyai jiwa dan perasaan sebagai ibu yang bersifat penyayang, lemah lembut, tidak mementingkan diri sendiri, kasih terhadap anak-anak, bahkan sanggup berkorban dan bersusah payah melaksanakan kerja-kerja dalam urusan rumahtangga.

Keibuan juga bererti mengukuhkan kedudukan keluarga yang menjadi asas generasi Islam dalam lingkungan keluarga. Peranan keibuan adalah amat penting kerana ibu adalah di antara orang yang akan mencorak dan membentuk keperibadian anak-anaknya, sebagaimana maksud dalam sebuah hadis: Tidak ada seorang yang lahir melainkan menurut fitrahnya, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim].

Seandainya ibu-ibu Muslimah tidak memainkan peranan mereka yang sebenar dalam membentuk dan memberikan pendidikan terhadap anak-anak mereka, maka kesannya akan dapat dilihat sama ada di dunia mahupun di akhirat. Amat malanglah ibu-ibu yang sudahlah di dunia mereka bersusah payah memelihara anak-anak mereka itu, di akhirat pula terpaksa dipertanggungjawabkan kerana kelalaian mereka memberikan pendidikan yang sempurna.
Para ibu perlulah mengetahui bahawa anak-anak sebenarnya mengharapkan asuhan dan didikan yang sempurna daripada seorang ibu. Ibu lebih rapat hubungannya dengan anak-anak daripada seorang bapa. Bagaimanakah asuhan dan didikan yang sempurna dapat diberikan sekiranya ibu-ibu sentiasa sibuk berperanan di luar urusan rumahtangga mereka?

Adalah menjadi tugas seorang ibu Muslimah apabila anaknya sudah pandai bertutur, mengajarkannya ucapan syahadat dan ucapan-ucapan lain yang baik-baik yang banyak dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam di dalam hadisnya.

Demikian pula apabila anak-anak sudah berumur tujuh tahun, ibu-ibu hendaklah menggesa anak-anak mereka menunaikan sembahyang. Jika dia cuai menunaikan sembahyang apabila berumur 10 tahun, maka dia boleh dipukul. Bagaimanapun mendidik anak-anak mengerjakan ibadah hendaklah disertai dengan keterangan yang jelas supaya mereka mengetahui serta memahami tujuan sebenar ibadah yang mereka laksanakan.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” [TMQ Thaha (20):132]

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, "Jika seorang anak telah mengetahui (membezakan) tangan kanannya dari tangan kirinya maka latihlah dia menunaikan solat" [HR Thabrani].

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, "Ajarilah anak-anak solat (sejak) usia 7 tahun dan pukullah dia (untuk mendidiknya) pada usia 10 tahun.” [HR Abu Daud, at Tirmidzi, al-Baihaqi dan al-Hakim].

Sungguhpun begitu, seorang ibu Muslimah perlulah memahami bahawa qarinah atau indikasi yang ditunjukkan melalui perintah melaksanakan solat bukanlah hanya hukum tentang solat semata-mata, sebaliknya seawal usia 7 tahun yang mana anak-anak telah mumayyiz, mereka hendaklah juga diperkenalkan kepada lain-lain hukum seperti menutup aurat di hadapan bukan mahram kepada anak-anak perempuan, hukum tentang pergaulan lelaki-wanita, menuntut ilmu dsb.

Khatimah

Dalam sesebuah institusi keluarga, suami isteri perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang demikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami dan memahami peranan masing-masing dalam sebuah rumahtangga. Allah Subhanahu Wa Taala telah menetapkan suami sebagai pemimpin manakala isteri sebagai pengurus rumahtangga. Apapun tugas yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala itu, ianya merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

Demikian pula laki-laki dan wanita, mereka sememangnya sama-sama manusia. Namun masing-masing memiliki sifat yang berbeza. Kerana sifat yang berbeza itulah masing-masing diberi hukum, tugas dan tanggungjawab. Wajar jika laki-laki mendapat tugas sebagai pemimpin bagi wanita kerana Allah Subhanahu Wa Taala telah memberikan kelebihan kepadanya dalam perkara tersebut. Wajar pula jika wanita mendapat tugas dan tanggungjawab sebagai al-umm wa rabbat al-bayt (ibu dan pengatur rumah) kerana wanita memang diberi kelebihan dan keistimewaan dalam perkara tersebut. Oleh sebab itu, jika aturan tentang pergaulan suami isteri ini dilaksanakan, keluarga yang sakinah, mawaddah, dan rahmah akan tercipta. Siapa yang tidak menginginkannya?

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya”.

Walau bagaimanapun, satu perkara penting yang perlu diketahui oleh suami dan juga isteri ialah memahami bahawasanya kehidupan di dunia ini bukanlah semata-mata meraih kebahagiaan dalam rumahtangga sahaja kerana makna kebahagiaan sejati bagi seorang Muslim adalah meraih keredhaan Allah dalam setiap perbuatan dan aspek kehidupan yang dilaluinya, di dalam dan di luar rumahtangga. Ini bermakna kedua-dua suami-isteri mestilah memahami bahawa selain berusaha memainkan peranan untuk meraih kebahagiaan dalam rumahtangga, Allah juga memerintahkan umat Islam sama ada lelaki atau wanita untuk melaksanakan perintahNya dalam aspek lain seperti menuntut dan mendalami ilmu agama, melaksanakan amar makruf nahi mungkar, menjalankan aktiviti dakwah dsb selain ibadah khusus dan hukum-hakam tentang makanan dan pakaian. Ringkasnya, disamping memainkan peranan masing-masing dalam kehidupan berumahtangga, tanggungjawab dan kewajipan sebagai Muslim juga hendaklah dilakukan supaya pada akhirnya, meraih keredhaan Allah menjadi matlamat utama, bukan hanya untuk memuaskan hati pasangan masing-masing sahaja. Wallahu’ alam bishawab.


Baca selengkapnya...
31.10.09

Bajet 2010 Mesra Wanita?

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |



Laporan Bernama pada 23hb Oktober 2009 mengatakan bahawa Bajet 2010 yang berjumlah RM191.5 bilion yang baru dibentangkan yang mengandungi tiga strategi utama iaitu untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Walaupun tiada peruntukan khusus untuk wanita, kebanyakan wakil NGO wanita melihat bajet berkenaan dari sudut positif. Ketua 1 Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi), Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, berkata bajet kali ini meletakkan keperluan wanita secara keseluruhan, sekaligus menunjukkan kedudukan wanita kini semakin meningkat.


Antara faktor yang mengatakan Bajet 2010 sebagai mesra wanita adalah seperti berikut:


1. Pemberian Taraf Permastautin Tetap (PR) yang akan dipanjangkan kepada lelaki warga asing yang berkahwin dengan wanita warganegara Malaysia. Sebelum ini, wanita tempatan yang berkahwin dengan warga asing dikatakan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan PR bagi suami masing-masing, justeru ramai yang mempertikaikan isu berkenaan yang dilihat satu bentuk diskriminasi kepada wanita memandangkan PR agak mudah diberikan kepada wanita asing yang berkahwin dengan lelaki tempatan.

Timbalan Presiden NCWO, Faridah Khalid, berkata sebelum ini sudah pun ada akta yang menyatakan tidak boleh ada diskriminasi gender terhadap mana-mana wanita di negara ini, justeru wanita sememangnya berhak menuntut dan mendapatkan keadilan dalam hal itu. Faridah berkata, apa yang menjadi permasalahan bagi mendapatkan PR pada masa kini, sama ada untuk lelaki warga asing berkahwin dengan wanita warganegara Malaysia atau sebaliknya ialah masa yang diambil untuk meluluskannya adalah terlalu lama sehingga merumitkan keadaan. Walaupun dalam undang-undang sudah jelas menyatakan tiada diskriminasi gender. Justeru, dia berpendapat bahawa apabila perkara itu diutarakan ia bukanlah sesuatu yang baru. Apa yang lebih penting dalam hal ini ialah pelaksanaannya mestilah dilakukan dengan baik supaya tidak berlaku kelewatan.

2. Kerajaan turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi kementerian atau jabatan kerajaan menyediakan pusat jagaan kanak-kanak dalam usaha meningkatkan penjagaan bermutu, selain membantu wanita untuk kekal dalam pasaran kerja. Peruntukan itu turut menggalakkan kualiti dan mampu meningkatkan produktiviti pekerja wanita di syarikat mereka, khususnya kerana berasa selamat apabila anak ditempatkan di kawasan berhampiran dengan lokasi tempat bekerja.


Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata, dengan adanya lebih banyak penubuhan pusat sedemikian ia mampu menurunkan peratus wanita berhenti kerja untuk menjaga anak-anak mereka. “Penyelidikan yang dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Keluarga dan Populasi Negara mengenai penjagaan anak-anak di kalangan ibu bekerja pada tahun 2004, mendapati 55.7 peratus responden berhenti kerja kerana masalah penjagaan anak mereka,” katanya. Justeru katanya melalui bajet, pusat harian dan pendidikan yang akan ditubuhkan dengan banyak dapat memberi peluang kepada wanita-wanita yang bekerja dan menyumbang kepada ekonomi Negara [http://www.mysarawak.org/2009/10/25/elak-wanita-berhenti-kerja.html].

Selain dari dua perkara di atas, antara beberapa intipati Bajet 2010 yang berkaitan dan boleh dimanfaatkan oleh golongan wanita adalah seperti berikut:

i. Untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada 2.8 peratus pada 2010 berbanding 3.6 peratus pada 2007, kerajaan menyediakan latihan kemahiran dan kemudahan mikro kredit bagi kumpulan produktif supaya menjana pendapatan berterusan untuk lebih berdikari.


ii. Antara langkah diambil meluluskan peruntukan sebanyak RM180 juta bagi meneruskan Program Pembasmian Kemiskinan dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang meliputi Program Peningkatan Pendapatan, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Program Kecemerlangan Pendidikan, Program Bantuan Rumah dan Program Pembangunan Masyarakat Setempat.

iii. Bagi mengiktiraf kesungguhan golongan wanita dalam membantu memperbaiki kehidupan sekeluarga, Kerajaan menyediakan latihan kemahiran dan keusahawanan kepada lebih 3,000 wanita yang akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Wanita dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

iv. Untuk meningkatkan pendapatan rakyat di kawasan luar Bandar, Kerajaan akan menyediakan peluang untuk memulakan perniagaan dengan menyediakan lebih banyak premis perniagaan terutama di lokasi strategik di luar bandar.

Gula-Gula Sistem Sekular

Setiap kali pembentangan Bajet dilakukan oleh Perdana Menteri, seluruh rakyat tertunggu-tunggu apakah agaknya khabar gembira yang bakal menanti mereka tahun demi tahun. Dalam kalangan wanita, mereka juga melakukan hal yang sama. Pemerintah dianggap bagus jika cenderung atau kelihatan begitu prihatin terhadap sesuatu golongan. Hakikatnya, menjaga kebajikan rakyat bukanlah satu pilihan kepada mereka (pemimpin Negara), sebaliknya ia adalah satu kewajipan sebagaimana hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka [Hadis riwayat At-Tarmizi daripada Ibn Umar].

Islam Menjaga Kemaslahatan Rakyat

Jika diteliti hadis riwayat At-Tarmizi di atas, kita mendapati bahawa pemimpin Negara memikul tanggungjawab untuk memastikan kebajikan untuk seluruh rakyat. Akan tetapi, kebajikan yang dijanjikan bukanlah bertujuan untuk meraih sokongan rakyat, untuk memastikan mereka mengundi calon parti pihak pemerintah dalam pilihanraya umum dan kecil sebagaimana yang dapat disaksikan pada hari ini.

Dalam isu pemberian taraf pemastautin tetap (PR) kepada warganegara Malaysia yang bersuamikan warga asing, pemerintah menyediakan satu keadaan yang kondusif supaya setiap pasangan suami isteri dapat menjalani kehidupan dengan aman sejahtera. Di sini, Islam menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira status mereka sama ada Muslim atau Kafir Zimmi. Hal ini sudah tentu bertentangan dengan perjuangan kesetaraan gender sebagaimana yang disebut oleh Faridah Khalid, Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) di atas.

Peruntukan sebanyak RM200,000 kepada setiap kementerian atau jabatan kerajaan dianggap akan dapat menyelesaikan masalah penjagaan kanak-kanak dan isu penderaan seksual anak di tempat penjagaan. Beberapa persoalan yang bakal timbul adalah, memandangkan hanya badan kerajaan sahaja yang diberikan peruntukan tersebut, bagaimana pula halnya dengan pihak swasta? Pengerusi Koalisi Pencegahan Gangguan Seksual Anak Malaysia, Sabri Ab Rahman, berkata syarikat swasta yang tidak menyediakan pusat khas penjagaan anak-anak disarankan bergabung bersama syarikat swasta lain berhampiran bagi menubuhkan pusat sebegitu demi menjaga kualiti pekerja mereka [www.bharian.com.my]. Walaupun terdapat insentif kepada majikan yang menyediakan pusat jagaan anak di premis mereka dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 sebagaimana berikut:

Incentive for Employees' Child Care Facilities (Insentif untuk Kemudahan Pusat Jagaan oleh Majikan): Expenditure incurred for the construction/purchase of buildings for the purpose of providing child care facilities for employees are eligible for a special Industrial Building Allowance of 10% for 10 years. (Perbelanjaan yang dilakukan untuk membina atau membeli bangunan untuk menyediakan kemudahan jagaan anak untuk para majikan adalah layak untuk menuntut Elaun Bangunan Industri Khas sebanyak 10% selama 10 tahun)

Insentif yang diberikan hanya mampu dilakukan oleh majikan yang memiliki kedudukan kewangan stabil yang mampu memperuntukan sejumlah wang untuk kebajikan pekerja. Realiti dunia Sekular-Kapitalis pada hari ini yang berpaksi kepada teori asas pengurusan kewangan iaitu memaksimakan kekayaan pemegang saham, sesebuah syarikat atau organisasi yang bermotifkan keuntungan (profit-oriented organisations), mereka tidak akan sewenang-wenangnya membelanjakan wang jika pelaburan tidak menjanjikan pulangan dan sekiranya aliran tunai mereka sangat terhad. Jadi, kepada wanita yang bekerja di sektor awam yang mana kementerian atau jabatannya diperuntukan RM200,000 untuk menyediakan pusat jagaan dan pihak swasta yang diberikan insentif elaun bangunan industri khas, tidak ada kepastian atau jaminan bahawa langkah di atas akan menyebabkan wanita lebih tenang kerana peruntukan dan insentif yang diberikan adalah semata-mata demi maslahat. Senario mungkin berubah dan peruntukan serta insentif ditarik balik seandainya berlaku perubahan dalam lanskap politik negara. Selain itu, isu yang jarang dibahaskan oleh kalangan Muslimah sendiri ialah, adakah wanita sebenarnya perlu bekerja? Dalam Islam, seorang wanita itu dibolehkan terlibat dalam akad ijarah sama ada sebagai majikan atau sebagai pekerja (ajir) selagi mendapat izin wali atau suami, dan juga selagi pekerjaannya tidak menyebabkan dirinya terlibat dalam maksiat iaitu sebarang pelanggaran hukum.

Pada hari ini, sebahagian wanita bekerja kerana faktor ‘survival’ semata-mata disebabkan pendapatan suami tidak cukup untuk mengukuhkan ekonomi rumahtangga terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar selain dari golongan ibu tunggal yang terpaksa membanting tulang demi sesuap nasi. Tidak sedikit implikasi negatif yang berlaku. Apabila kaum wanita memasuki pasaran kerja, sedikit sebanyak ia menyebabkan terjejasnya institusi kekeluargaan kerana mereka tidak dapat menjalankan tanggungjawab asas selaku ibu dan pengatur rumahtangga (ummu wa rabbat al-bayt) dengan sempurna kerana sebahagian masanya di luar rumah. Justeru, jalan penyelesaian untuk masalah ini adalah dengan merujuk kepada nas yang digali dari sumber wahyu.

Hukum Syariah menetapkan pemenuhan semua keperluan asas seperti makanan, pakaian dan
dan perumahan secara sempurna bagi setiap warganegara Negara (Daulah) Islam. Hal tersebut akan tercapai dengan kewajiban bekerja bagi setiap laki-laki yang mampu sebagai jalan untuk memenuhi keperluan pokok bagi dirinya sendiri dan keluarga yang ditanggungnya. Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu kembali (setelah) dibangkitkan. [TMQ al-Mulk: 15]. Islam juga mewajibkan anak-anak dan ahli waris untuk menanggung perbelanjaan kedua orang tuanya yang tidak mampu lagi bekerja, dan mewajibkan Baitul Mal untuk membiayai kehidupan mereka jika tidak ada seorang pun yang dapat membantunya.

Jika pemerintah melaksana dan menguatkuasakan seluruh hukum Islam yang mana salah satu darinya adalah sistem ekonomi Islam sehingga kemaslahatan seluruh warganegara sama ada lelaki atau perempuan, Muslim atau Kafir Zimmi terpelihara, sudah tentu kaum wanita yang memasuki pasaran kerja bukanlah kerana faktor ‘survival’ semata-mata. Maka, masih relevan lagikah peruntukan dan insentif untuk menawan hati kaum wanita dalam Bajet 2010 ?



Baca selengkapnya...
24.9.09

Wahai Wanita Islam Sedarlah, Mari Kembali Kepada Islam

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Di Aidilfitri ini
kesempatan terbaik sekali,
untuk saling melupakan,
semua perselisihan persengketaan,
untuk saling memaafkan,
segala kesilapan kesalahan

Ketika ini, kemeriahan sambutan Aidil Fitri masih terasa walaupun berat menerima perpisahan Ramadan. Ancaman virus Influenza A H1N1 tidak pernah melunturkan semangat rakyat Malaysia untuk membuat persiapan dan meraikannya seperti kelazimannya. Walaubagaimanapun, apa yang menjadi kebimbangan ialah kewujudan Muslim Ramadan termasuk Muslimah yang hanya mengejar untuk melipat-gandakan amalan hanya di bulan Ramadan sahaja.

Syukur Alhamdulillah kerana Fikratul Ummah kali ini mengemukakan dua buah artikel dan satu artikel terjemahan. Artikel Wahai Wanita Islam Sedarlah, Mari Kembali Kepada Islam... diharapkan akan memberi kesedaran kepada Muslimah bahawa serangan Barat ke atas Islam melalui isu-isu wanita lebih buruk impaknya dari serangan virus H1N1 yang dilaporkan bakal memasuki gelombang kedua dengan kehinaan hidup di dunia dan azab Allah di akhirat kelak jika tidak berusaha mengubahnya. Manakala artikel Muhasabah untuk Wanita di Aidil Fitri diharapkan akan menjadi titik tolak kepada kaum Hawa khususnya untuk merenung kembali pesanan Junjungan Mulia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam kepada kaum wanita di Aidil Fitri. Artikel terjemahan bahagian pertama “Adakah Islam Menindas Wanita?” nukilan Lopa Hussein dan Adnan Khan dari laman web http://www.khilafah.com/ diharapkan akan memberi penjelasan tentang Islam dan hukum-hakamnya yang didakwa menyebabkan kaum wanita diberi layanan kelas kedua dan buruk.

Semoga artikel-artikel yang dikemukakan ini akan menyuntik semangat kepada Muslimah khususnya untuk meluaskan dan mendalami ilmu agama kerana hanya dengan berpegang teguh kepada agama Islam yang sempurna ini akan memberi kebahagiaan kepada seluruh umat manusia di dunia dan akhirat. Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman) [TMQ Al-Baqarah (2):257].







Wallahu ‘alam bisshawab.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~









Dalam keghairahan dan keriangan sambutan Aidilfitri, kaum wanita khususnya “terlalu” sibuk dengan persiapan lebaran. Bagi yang memegang status pengurus rumah tangga berjaya secara ‘full time’, acara membuat kuih raya, baju raya dan segalanya raya adalah suatu acara ‘kesibukan melampau’ setahun sekali. Sungguhpun begitu, pemegang status yang sama tetapi memiliki kerjaya sampingan sama ada dari bidang profesional, penjawat awam atau dari apa jua sektor pekerjaan juga tidak mahu ketinggalan. Acara membeli belah untuk persiapan ahli keluarga dan kuih muih raya tetap menjadi fokus bagi insan bergelar wanita. Dalam kesibukan dan keghairahan meraikan hari yang mulia ini banyak perkara yang sepatutnya diutamakan secara konsisten, terabai hanya kerana penangan aidilfitri yang bakal menjelma. Walaupun sambutan aidilfitri merupakan ‘hari kemenangan’ setelah melalui sebulan puasa Ramadhan, namun aidilfitri sering dijadikan sebagai lonjakkan kepada pembaziran dan intipati aidilfitri tidak langsung dihayati.
Umat Islam terpesona dengan sambutan aidilfitri sehinggakan, tanpa umat sedar kita sedang membiarkan Kuffar Barat terus ‘tenang dan aman’ dalam menenggelamkan fokus kita terhadap ibadah dan kekuatan aqidah umat Islam yang semakin parah.

Kerakusan Barat dalam ‘melarikan dan menenggelamkan’ pemikiran mendasar umat Islam dari ke ‘Islam’annya amat menakutkan. Umat Islam semakin tenang dan selesa menggunapakai ‘the way of life’ yang bukan miliknya. Umat Islam juga semakin bangga meninggalkan Islam sebagai cara hidupnya itu. Ini menjadi satu tanda aras bahawa serangan pemikiran yang dilancarkan Barat terhadap umat Islam amat sukses dan meninggalkan kesan mendalam di jiwa raga mereka. Na’uzubillahhimin zallik. Barat yang amat benci kepada Islam sejak dahulu lagi, telah gagal untuk mengalahkan kekuatan Islam secara fizikal. Atas kesedaran inilah maka mereka mulai mengkaji, meneliti dan memerhati dengan penuh kesungguhan apakah yang menjadi kunci kekuatan umat Islam, yang akhirnya mereka dapati bahawa perlunya ‘menyerang’ umat Islam dari aspek ajaran Islam itu sendiri. Dengan kata yang lebih mudah, menyesatkan umat Islam itu dengan pemikiran Islam jua - iaitu putar belit dan manipulasi sesuai dengan kata-kata Samuel Zwemer dalam konferensi Al Quds untuk para paderi pada tahun 1935: "Sebenarnya tugas kalian bukan mengeluarkan orang-orang Islam dari agamanya menjadi pemeluk agama kalian. Akan tetapi menjauhkan mereka dari agamanya (Al-Qur'an dan Sunnah). Sehingga mereka menjadi orang- orang yang putus hubungan dengan Tuhannya dan sesamanya (saling bermusuhan), menjadi terpecah- belah dan jauh dari persatuan. Dengan demikian kalian telah menyiapkan generasi-generasi baru yang akan memenangkan kalian dan menindas kaum mereka sendiri sesuai dengan tujuan kalian" [http://swaramuslim.net/more.php?id=1828_0_1_0_M]. Antara tiga isu utama yang sering dijadikan ‘lubuk’ serangan oleh para orientalis Barat untuk mengelirukan umat Islam adalah isu (i) jihad, (ii) poligami dan (iii) emansipasi wanita. Sebagai penaung ideologi Kapitalis yang pragmatik dalam perjuangannya, kita perhatikan pula hari ini, Amerika, dalam serangan-serangan ideologinya keatas Islam, sering menggunakan tiga sendi utama – (i) demokrasi, (ii) isu wanita dan (iii) akauntabiliti pemerintah umat Islam.

Propaganda Barat Terhadap Islam Melalui Isu Wanita




Isu-isu berkaitan wanita sering dijadikan alat oleh Barat untuk menyerang ideologi Islam. Sejak dari zaman berzaman, mereka secara terbuka dan langsung menyerang Islam yang kononnya selalu mengongkong dan bersikap berat sebelah terhadap wanita. Mereka juga dengan bijak memanipulasi isu-isu wanita Islam agar pandangan terhadap isu tersebut akan dinilai mengikut kacamata mereka. Propaganda yang dilancarkan itu secara sedar atau tidak telah dinilai mengikut pandangan mereka dan ia dihadam dengan baik oleh umat Islam terutama wanita. Kaum muslimah langsung tidak menyedari kehalusan teknik “membuang Islam dari hidup”- propaganda yang dilancarkan Barat terhadap mereka.

Isu-isu panas yang melibatkan wanita muslimah seperti sebuah penulisan yang bertajuk ‘Afghanistan's Joan of Arc: Dies on the Crucifix of Islam’ (Jim Woods, ‘Capitalisme Magazine’, May 7, 2005) yang mana penulis artikel ini telah mengulas hukuman rejam terhadap seorang wanita yang bernama Amina selaku penzina muhsan (yang telah berkahwin) dengan memuji sistem Barat dan merendahkan Islam. Dalam kes-kes terbaru dan masih hangat lagi diperkatakan adalah dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan kerana kesalahan meminum arak. Manakala dalam kes antarabangsa adalah kes Mahkamah Syariah di Ommudarman, Sudan. Laporan The Observer pada 2hb Ogos 2009 menyebut bahawa 40 sebatan dan denda yang tiada had boleh dikenakan terhadap seorang wanita Sudan, Lubna Hussein kerana memakai seluar panjang kerana menyalahi Artikel 152, undang-undang jenayah Sudan [http://www.guardian.co.uk/world/2009/aug/02/sudan-women-dress-code]. Insiden yang menimpa bekas wartawan ini terus di beri perhatian ‘luar biasa’ oleh media tempatan dan antarabangsa tersohor seperti CNN, Reuters, Al Jazeerah dan sebagainya. Pelbagai pendapat dan kritikan digembar-gemburkan untuk menunjukkan betapa Islam menindas wanita dan jeleknya layanan Islam terhadap makhluk kaum hawa ini.

Untuk merealisasikan bahawa wanita Islam itu ‘tertindas’ dengan ajaran Islam dan perlu kepada pembelaan, mereka juga menonjolkan 'tokoh-tokoh wanita' yang mereka anggap sebagai lonjakkan wadah untuk menyerang ajaran Islam. Taslima Nasreen, sebagai contoh tiba-tiba mendapat pencalonan Hadiah Nobel Tahun 2005 kerana tulisannya banyak menyerang dan 'memperbetul' ajaran Islam yang berkaitan dengan wanita. Jadi tidak hairanlah sekiranya akhbar The Guardian, dalam laporannya mengenai pergerakan Sisters in Islam begitu ghairah memuji Zainah Anwar dari SIS - "Zainah Anwar is a good Muslim. She is also an outspoken campaigner for women's rights. To many Muslim men in Malaysia and beyond, these two factors are barely compatible" ['Sisters take on scholars in battle for Islam', Simon Tisdall, Guardian Unlimited 1.06.2005]. Hakikatnya, isu wanita ini memang sengaja ditonjolkan oleh Barat sebagai api dalam sekam – dalam usaha mereka untuk melahirkan revolusi dalaman pemikiran Islam bagi merealisasikan objektif mereka untuk 'mencairkan' ideologi Islam agar Islam dapat di 'liberal'kan sehingga umat tidak dapat menilai lagi antara kaca dan permata.

Kaum Kufar Barat turut berusaha dengan gigih mengubah persepsi umat dengan memperlihatkan seolah-olah merekalah memperjuangkan hak wanita, sedangkan hakikatnya merekalah yang paling banyak memperleceh dan merendahkan martabat wanita yang mulia.

Realiti Suatu Kepastian

Kufar Barat begitu teruja menyerang Islam kerana menyangka mereka dan ideologi Kapitalisme ciptaan mereka itu yang terbaik dan sesuai untuk diaplikasikan. Beberapa isu yang melibatkan hukuman terhadap wanita Islam mengikut hukuman Islam sengaja disensasikan seperti isu Amina di Afghanistan yang sengaja digunakan oleh Barat untuk menghina hukuman rejam kepada penzina. Dalam kes Kartika pula isu hukuman sebanyak enam kali sebatan juga menjadi satu kontroversi sejagat untuk menghentam hukuman hudud. Manakala isu pemakaian seluar oleh Lubna Hussein di Sudan juga adalah polemik Barat untuk terus menyeru bahawa Islam menindas dan menganak-tirikan makhluk yang bernama wanita kerana mengekang hak asasinya untuk bertingkahlaku serta berpakaian mengikut kehendak sendiri.

Walaupun Kapitalisme pada hakikatnya tidak memandang isu seks sebagai suatu masalah yang besar, penzinaan merupakan satu cara hidup di negara-negara Barat. Mungkin keganasan seks masih dianggap sebagai jenayah disana, namun frekuensi kejadiannya memberikan gambaran bahawa ia seolah-olah sudah menjadi ‘trend’ di dalam masyarakat mereka. Begitu juga dalam kebebasan untuk minum arak dan kebebasan berpakaian untuk wanita yang dilaungkan. Marilah kita perhatikan sedikit sebanyak dari contoh yang memanifestasikan hakikat sebenar pandangan Barat keatas wanita.
Dalam tahun 2003 sahaja AS menyaksikan 93,233 kes rogol - 63 orang wanita dalam 100,000 telah menjadi mangsa rogol. Pada setiap satu atau dua minit akan ada seorang wanita AS yang diganggu secara seksual dan dalam masa setiap 6 minit 1 kejadian rogol akan berlaku (FBI). Bilangan wanita didera dan dirawat di ‘First Aid Centers’ melebihi satu juta orang. Dan lebih dari 1,500 wanita dibunuh oleh suami, kekasih dan teman sebilik (The Milenio, Mexico, Sept 26, 2004). Hampir 78% wanita di Barat secara fizikal menjadi mangsa gangguan seks sekurang-kurangnya sekali dalam hayat mereka. Kajian yang dilakukan oleh US National Institute of Justice menunjukkan bahawa semasa menghabiskan masa 4 tahun pembelajaran di kolej, 88% wanita menjadi mangsa serangan fizikal atau mangsa seks dan 64% daripada mereka ini pernah mengalami kedua-dua kes.

Jenayah melibatkan seks yang seringkali mangsanya adalah wanita yang dilakukan oleh tentera Amerika sendiri semakin meningkat. Menurut Washington Post (3hb Jun, 2004), dari 1999 kepada 2002 bilangan saman terhadap jenayah seks di dalam tentera US difailkan secara meningkat dari 658 kepada 783, menunjukkan peningkatan sebanyak 19% dan kejadian rogol meningkat dari 356 kepada 445 kes, sebanyak 25%. Bilangan kes yang sedemikian meningkat setara iaitu 5% antara tahun 2002 sehingga 2003. The British Guardian melaporkan pada bulan Oktober 2004 bahawa Miles Foundation telah mengendalikan 242 kes yang difailkan pada September 2002 dan Ogos 2003 tentang tentera wanita AS yang dirogol dan gangguan seks di Iraq, Kuwait, Bahrain atau Afghanistan. Tambahan pula, terdapat 431 kes gangguan seksual wanita di kem-kem tentera yang lain.

Di bumi Amerika sendiri, selaku penganjur kebebasan yang tersohor diskriminasi terhadap wanitanya dalam bidang pekerjaan adalah lebih hebat. Pada tahun 2004, terdapat dua kes yang menarik perhatian. Ianya berkaitan dengan kes “gender bias" yang melibatkan 1.6 juta pekerja wanita di Wal Mart dan kes yang lain melibatkan 340 staf wanita Morgan Stanley [New York Times, Julai 13, 2004]. Wanita yang bidang tugasnya tidak berbeza dengan pekerja lelaki tidak dibayar kadar gaji yang sama - statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh AS menunjukkan bahawa wanita mendapat median gaji 81.1% gaji lelaki.

Penjagaan kesihatan terhadap wanita di AS adalah antara yang paling teruk di dunia; ini diceritakan sendiri oleh Dr. Jody Heyman, dari Harvard School of Public Health. Dari 168 buah negara yang dikaji penulis ini, beliau berkomentar tentang AS sebagai "...far behind the rest ot the World.." (...jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain di dunia) [AP Boston, 17hb Jun, 2004] .

Nah, inilah Barat. Kononnya Barat dan ideologi Kapitalisme sebagai penyelamat namun hakikatnya, selagi manusia itu berhukum dengan akal dan nalurinya maka keamanan dan keselamatan buat wanita akan terus menjadi impian semata-mata. Allah Subhanahu wa Taala adalah Pencipta manusia dan alam ini. Dia yang menjadikan Islam dan syariatnya juga yang menjadikan akal dan perasaan manusia. Maka wajarlah segala ketentuan dan tatacara hidup ini dikembalikan kepadaNya sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “(Dan) mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" [TMQ Al-Baqarah : 216]

Wanita Dalam Pandangan Islam

Islam amat sensitif dalam membicarakan wanita kerana dalam pandangan Islam, wanita dan lelaki sama sahaja darjatnya, tanggungjawabnya. Dalam pandangan Islam juga wanita adalah makhluk Tuhan yang dijaga maruah dan kehormatannya. Justeru, hanya perbezaan taklif hukum sahaja yang berbeza mengikut ketentuan hukum khusus mengikut fitrah yang tercipta buat mereka. Dengan jelas dalam Al-Quran juga telah dinyatakan beberapa persamaan diantara lelaki dan wanita.

Persamaan Dalam Proses Penciptaan

Allah Subhanahu Wa Taala telah menyatakan: “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [TMQ An-Nisaa: 1]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam telah bersabda: “Sesungguhnya perempuan itu saudara kandung bagi lelaki” [Riwayat Abu Dawud & Tirmizi]



Persamaan Dalam Taklif Hukum Dan Mendapat Ganjaran

Sebagaimana Allah Subhanahu Wa Taala telah menyatakan: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.” [TMQ An-Nisaa: 124]

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” [TMQ An-Nahl: 97]

Persamaan Dalam Hudud (Ketentuan Hukuman) & Hukum Syariah Yang Lain

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” [TMQ Al- Maidah: 38]

Persamaan Dalam Hak Milik & Menggunakan Harta Miliknya

Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telah pun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu? Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). [TMQ An –Nisaa’: 20-21]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam telah bersabda: “Tidaklah halal (diambil) harta seorang muslim kecuali dengan jiwa yang lapang” [Riwayat Ahmad]

Islam: Demi Kesejahteraan Dan Keamanan Wanita

Justeru, jelas hanya Islamlah yang memiliki ideologi dan adilnya kesaksamaan diantara lelaki dan perempuan. Ini adalah janji dan ketentuan yang dibuat oleh pencipta makhluk yang ada dimuka bumi ini.

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. [TMQ Al-Maidah : 3]

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian” [TMQ Al-Hujurat:13]

Kesimpulannya adalah, segala ketentuan hukum yang telah Allah tetapkan sebenarnya memiliki segala hikmah yang tidak dapat diungkapkan dengan segera. Tambahan pula dalam keadaan umat Islam yang telah hilang kekuatan dan penunjuknya selepas Khilafah Islam yang pernah memayungi seluruh umat Islam dighaibkan secara bahasa dan maknanya. Umat Islam terus lemas, dan terkapai-kapai mencari daratan kepastian. Wanita Islam terus dimanipulasi, terus dipermainkan supaya matlamat musuh Islam agar Islam dibuang dari hidup sentiasa subur dan mekar.

Bangkitlah wahai muslimah yang bernaung dibawah kalimah syahadatain,
Dalam kemuliaan Syawal ini marilah kita sama-sama bangkit mengembalikan Islam sebagai satu cara hidup yang akan menjamin kesejahteraan kita melalui pelaksanaan seluruh hukum-hakam Allah secara kaffah. Janganlah kelekaan dan keasyikkan Syawal melalaikan kita dari terus berjuang dan kembali kepada Allah dan syariat yang ditetapkanNya supaya akan tertegak kembali Khilafah kali kedua sebagai sebuah institusi pemerintah yang menerapkan segala syariah...






Wallahu’alam.



Baca selengkapnya...
24.9.09

Muhasabah untuk Wanita Di Aidil Fitri

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |




Ramadhan yang penuh keberkatan ditangisi pemergiannya oleh umat Islam yang berusaha mencari keredaan Allah Subhanahu Wa Taala. Tatkala senja Ramadan mula berlabuh, lazimnya kaum wanitalah yang paling sibuk sekali apabila Syawal membuka tirai. Dendangan lagu-lagu klasik hari raya yang berkumandang di corong radio dan di pusat-pusat membeli belah menggamit perasaan sayu dan rindu untuk menyambut hari raya di kampung halaman. Pertemuan dengan kerabat dan sahabat handai dimanfaatkan untuk saling bermaafan sambil menikmati juadah lazat. Umumnya, ramai dalam kalangan umat Islam berpendapat begitulah hebatnya sambutan Hari Raya Aidilfitri yang merupakan saat yang sememangnya disunatkan untuk umat bergembira dengan penuh rasa kesyukuran setelah berjaya menempuh fasa latihan kerohanian (spiritual) dan penyucian jiwa (tazkiah an-nafs) di sepanjang bulan Ramadan.

Wanita dan Penyucian Jiwa (Tazkiyah an-Nafs)

Sebahagian umat Islam termasuk kaum wanita beranggapan bahawa aktiviti penyucian diri yang sinonim dengan bulan Ramadan hanya bersifat ritual, spiritual dan individual sahaja. Selaras dengan pemikiran Sekular-Barat yang memisahkan agama dari kehidupan (fasludeen anil hayah) Muslimah hanyut dalam gelombang sekularisme hingga sebahagian mereka hanya memberi fokus kepada aktiviti memperbanyakkan ibadah-ibadah ritual seperti solat dan puasa sunat, zikir/wirid, dan lain-lain. Semua ini sesuai dengan kata-kata Gibb (tokoh missionaris Britain, Profesor di Universiti Hartford, AS):“Islam telah kehilangan dominasinya atas kehidupan sosial kaum Muslim. Sementara, wilayah kekuasaannya semakin menyempit sedikit demi sedikit hingga tinggal ritual-ritual yang amat sempit. Semua ini semakin beranjak sempurna tanpa adanya sebuah kesedaran sedikitpun. Perkembangan itu kini telah benar-benar jauh dan tidak mungkin akan kembali lagi. Akan tetapi, kejayaan perkembangan ini sangat bergantung dengan para tokoh dan pemimpin kaum Muslim, terutama para pemudanya. Semua itu tak lain adalah hasil kegiatan pendidikan dan tsaqafah liberal”. Hal ini menyebabkan sebahagian Muslimah merasakan bahawa ketakwaan hanya perlu dikejar setahun sekali iaitu selama sebulan. Mereka juga merasakan kerugian yang amat sangat apabila tidak dapat menghidupkan Ramadan apabila datang haid. Anehnya, hanya dibulan Ramadan sahaja mereka merasakan kekurangan pahala disebabkan haid yang menyekat peluangnya untuk beramal, berpuasa dan mengerjakan solat. Akibatnya, apabila fajar Syawal menyinsing, mereka seolah-olah memperoleh ‘kebebasan’ untuk kembali kepada kehidupan di luar bulan Ramadan. Aidil Fitri diraikan untuk menikmati semaksima kemeriahannya. Apakah Syawal hanya menjanjikan seribu kenikmatan dan kemeriahan semata-mata? Adakah wanita hanya perlu disibukkan dengan penyediaan hidangan, menerima tetamu.{,} menziarahi rakan taulan semata dan menyusun sepuluh jari memohon kemaafan? Fikratul Ummah kali ini ingin memuhasabah kaum wanita supaya kemeriahan Aidil Fitri tidak sedikit pun menjauhkan kaum Muslimah dari ajaran agamanya.

Sambutan Hari Raya & Muhasabah untuk Wanita

Berbeza dengan sambutan Hari Raya yang menjadi kelaziman rakyat Malaysia, sambutan Eid (hari raya) pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam memberi kesan yang berbeza kerana aktivitinya merangkumi muhasabah kepada wanita.

Daripada Ummu 'Atiyah Radhiallahu Anha. Ujarnya: "Rasulullah memerintahkan kami, sama ada dia hamba wanita, wanita sedang haid atau wanita perawan, agar keluar pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Bagi wanita yang sedang haid diperintahkan untuk menjauh dari tempat solat, tetapi tetap menyaksikan kebaikan dan seruan atas kaum Muslim. Aku lantas berkata, “Ya Rasulullah, salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab(jubah).” Rasulullah Menjawab,“Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya (jubah) kepadanya.” [Muttaqafaq 'alaih].

Pada masa kini, Muslimah turut sama melakukan solat sunat Aidil Fitri dan mendengar khutbah adalah fenomena biasa. Akan tetapi, berapa ramai dari kalangan Muslimah menyedari tentang perintah Rasulullah supaya wanita yang hendak keluar ke tempat umum mengenakan jilbab yang mana kewajipan ini dinyatakan dalam Surah Al-Ahzab (33):59: “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”.

Sering kali, apabila memperkatakan tentang aurat wanita, sebahagian Muslimah memahami bahawa aurat wanita hanyalah tudung penutup kepala yang mana perintah melaksanakannya disebutkan dalam Surah An-Nur (24):31:‟Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya”. Akan tetapi tahukah Muslimah sekalian bahawa bukan hanya mengenakan khimar (tudung) dan berjilbab sahaja yang diwajibkan ke atas mereka? Lazimnya, di hari raya, kaum wanita mengenakan pakaian paling cantik, bersolek dan berwangi-wangian ketika menerima tetamu yang bukan mahramnya, juga ketika menziarahi sahabat handai, rakan serta taulan. Fenomena ini mungkin disebabkan kesalahfahaman memahami saranan Rasulullah: "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." [Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327]. Hakikatnya, ada larangan bertabarruj kepada wanita iaitu sebarang kelakuan, penampilan atau perhiasan yang menarik perhatian laki-laki ajnabi. “Wanita apabila memakai wangi-wangian kemudian berjalan melalui majlis (laki-laki) maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur” [HR Abu Dawud dan Tirmizi].

Dalam suasana hari raya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah mengajarkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka. Ketika baginda selesai khutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu Wa Taala dan anjuran untuk mentaatiNya, baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda: “Bersedekahlah kalian! Kerana kebanyakan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, iapun bertanya: “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” [HR. Bukhari].

Dari hadis di atas, salah satu penyebab saranan untuk wanita bersedekah adalah kerana ramainya dari kalangan mereka yang menjadi bahan bakar neraka Jahanam disebabkan oleh perilaku buruk mereka terhadap suami. Akan tetapi, banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan wanita dihumban ke neraka sebagaimana hadis
riwayatkan Sayyidina Ali Karam Allahu Wajhah: “Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab: “Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun-umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar dari duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka”.

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya: “Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.

Rasulullah menjawab: “Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahramnya. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub). Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.

Selain itu, apa yang perlu difahami oleh Muslimah adalah syurga yang didambakan bukanlah semata-mata disebabkan akhlak terpujinya terhadap sang suami. Sebaliknya fokus utamanya adalah mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mematuhi perintah Allah mestilah menjadi keutamaannya sehingga ketaatan kepada suami hanyalah dalam rangka mencari keredhaan Allah. Seorang wanita tidak boleh menumpahkan ketaatan mutlak atau membabi buta sehingga darjat sang suami lebih tinggi dari status Yang Maha Berkuasa seolah-olah suami lebih layak ditaati daripada Sang Pencipta Azza wa Jalla.

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal bermaksiat kepada Al-Khaliq (Allah)” [Misykatul Mashbih dan dishahihkan Al-Albani dalam At-Tahqiq 3969].

“Tiada ketaatan dalam bermaksiat kepada Allah, ketaatan itu hanya dalam hal yang makruf” [Muttafaqun'alaih].

Muslimah juga hendaklah memahami bahawa masuknya seseorang manusia ke dalam syurga Allah adalah atas rahmat Allah dengan usahanya memaksimakan ketakwaan dan bukan hanya memberi fokus kepada urusan rumah tangga, diri dan keluarganya sahaja. Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu [TMQ At-Taghabun (64):16]. Justeru walaupun ada hadis yang memberi isyarat mudahnya seorang wanita masuk syurga seperti hadis-hadis ini:

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga” [HR Imam Bazzar melalui Anas r.a.].

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” [Hadis Riwayat Ahmad].

Ia bukan bermakna segala tanggungjawab dan kewajipan sebagai Muslim telah terlaksana dengan sempurna hingga tumpuan diberikan semata-mata kepada amalan dan kefarduan yang bersifat individu yang dinyatakan di atas sahaja. Ada kewajipan lain yang dibebankan di atas batu jemala kaum Muslim yang datang dalam bentuk umum seperti kewajipan berdakwah, melakukan amar makruf nahi mungkar yang mana perintah datang dalam bentuk umum yang menyangkut seruan kepada laki-laki dan wanita Muslimah sebagai prasyarat untuk menjadi orang-orang yang beruntung (al-muflihun) dan menjadi umat terbaik (khayru ummah).

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. [TMQ Ali Imran (3):104]

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [TMQ Ali Imran (3): 110]

Selain perintah melaksanakan dakwah melalui ayat di atas, Allah juga meletakkan status istimewa dan darjat yang tinggi kepada hamilud dakwah (pemikul dakwah) sebagaimana firman-Nya: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin)". [TMQ Al-Fussilat (41): 33].

Allah juga menurunkan ancaman kepada manusia yang lalai mematuhi perintahNya sebagaimana hadis Rasulullah riwayat Thabrani dari Abu Dzar al-Ghifari: “Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim).

Hadis ini berbentuk umum, bermakna ancaman Allah itu bukan hanya kepada kaum lelaki sahaja sebaliknya ia juga ditujukan kepada kaum Hawa yang tidak mahu mengambil tahu urusan kaum Muslim. Justeru, kaum wanita perlulah sentiasa mengambil kira isu-isu semasa yang berlaku, lebih–lebih lagi isu-isu politik dunia Islam. Mereka tidak sepatutnya ketinggalan dalam kancah dunia politik sekarang yang amat sinonim dengan pilihan raya dalam sistem demokrasi sebagaimana yang difahami oleh banyak pihak. Mereka tidak perlu merasa jijik dan kotor apabila terlibat dalam kancah politik kerana makna politik sebenar adalah mengambil tahu urusan umat (ri’ayah shu’unil ummah) bukan memahami politik dari kaca mata penganut fahaman sekular-kapitalis-demokrasi. Oleh yang demikian amat penting untuk kaum wanita itu turut memahami permasalahan umat Islam yang berlaku di dalam dan luar negara sama ada laki-laki atau wanita.

Ketika menikmati ketupat, rendang dan kuih-muih, apakah kita sedar bahawa di negara-negara lain umat Islam memerlukan pembelaan dan bantuan daripada kita? Kita telah biasa mendengar dan melihat penderitaan umat Islam di Iraq, Pakistan, Afghanistan, Somalia dan Bosnia. Adakah kita hanya mendengar dan mengucapkan rasa syukur kerana kita dilindungi Allah di bumi Malaysia? Adakah cukup sekadar mendoakan mereka dan mengecam serta mengutuk mereka yang melakukan kezaliman? Sudah tiba masanya kita melakukan perubahan untuk memastikan umat Islam berusaha melaksanakan sistem Islam yang sebenar. Adakah kita sedar bahawa mengapa umat Islam yang teraniaya di luar sana tidak mendapat pembelaan sewajarnya walaupun bantuan kemanusian dihulurkan oleh pelbagai pihak? Kenapa wanita Islam diluar sana sentiasa dinafikan haknya seperti yang berlaku di kebanyakan negara Eropah yang menjadikan tudung sebagai alasan tidak dibenarkan ke sekolah? Dan yang paling menyedihkan, wanita Islam yang tidak bersalah ditikam sehingga mati begitu sahaja dihadapan orang ramai tanpa mendapat bantuan daripada sesiapapun? Pasti masih terbayang dibenak kita insiden yang menimpa Dr Marwa Al-Sharbini yang berasal dari Mesir, seorang ibu beranak satu yang sedang mengandung 3 bulan yang meninggal dunia akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti Islam dan anti Muslim kerana dia (Marwa) memakai tudung.

Adakah kita sebagai wanita hanya dapat mengeluarkan airmata tanpa melakukan sesuatu agar umat Islam itu tidak ditindas sehingga sedemikian rupa? Ingatlah bahawa menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk memastikan nasib umat Islam ini terbela di bawah satu sistem yang adil dan mengikut fitrah manusia iaitu sistem Islam yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhannya) [TMQ Al-Baqarah (2):208].

Muslimah yang dirahmati Allah,

Pada hari raya, Rasulullah menyarankan kita untuk mengucapkan kepada sesama Muslim kalimat “Taqabballahu minna wa minkum" yang bermaksud "Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu". Marilah kita mengorak langkah mendalami agama Allah ini untuk kita mengetahui seluruh tanggungjawab dan kewajipan sebagai Muslim sama ada kefarduan dengan taklif khusus kepada wanita ataupun taklif umum sebagai umat Islam. Sesungguhnya hanya dengan ilmu sahaja kita akan mengetahui bahawasanya doa yang kita panjatkan agar amalan dan ibadat diterima oleh Allah Subhanahu Wa Taala itu bukanlah hanya ibadat ritual semata-mata yang hanya akan terhenti apabila fajar Syawal mula menyinsing. “Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. [TMQ:Az-Zumar(39):9].


Wallahu ‘alam bisshawab.


Baca selengkapnya...
24.9.09

Adakah Islam Menindas Wanita (Bahagian 1)

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |



"Burka yang menutupi hujung rambut ke hujung kaki dengan gril yang tidak berudara, bukan hanya satu instrumen penindasan, secara umum ia merupakan satu perbuatan yang mencemar dan menutupi keseksualan perempuan. Ia menjadikan seseorang wanita itu satu objek yang mencemarkan, terlalu menjijikkan untuk dilihat. Ia adalah satu pakaian yang membunuh keinginan seksual…malah menjadikan mereka makhluk yang takut untuk membuat sebarang tuntutan, juga mengundang keganasan dan penindasan…Versi moden pakaian ini juga turut mempunyai impak yang sama, memberi inspirasi untuk fikiran yang menunjukkan nafsu seks yang kuat yang tidak disenangi, yang bertujuan untuk mengekang.”

Polly Toynbee dalam ‘ Behind the Burka,’ Guardian, UK.

Pengenalan

Tidak ada penghinaan yang telah diberi lebih perhatiannya oleh komentator dan penulis di seluruh dunia daripada isu mengenai pandangan Islam terhadap wanita. Imej wanita yang bertudung litup dengan vel menutupi muka-muka mereka, akan terbayang di fikiran apabila sahaja media membincangkan isu ini. Layanan terhadap wanita di dalam mana-mana masyarakat telah dijadikan satu kayu pengukur terhadap kemajuannya supaya apabila dunia Muslim dinilaikan daripada segi layanan terhadap wanita dan keterlibatannya dalam masyarakat, ia dianggap sebagai satu kegagalan daripada segi standard Barat.

Ini telah disusuli dengan berbagai-bagai serangan yang keterlaluan terhadap Islam:

“Kita tahu bahawa Taliban adalah sebuah regim yang menafikan hak kesemua warganya walaupun hak-hak asas manusia, dan untuk wanita perkara ini adalah sesuatu yang sangat buruk. Perkara yang wanita di negara kita ambil mudah seperti menikmati kehidupan bersama keluarga secara terbuka atau berpakaian sebagaimana yang disukai. Kesemua ini adalah dilarang. Jika anda memakai pengilat kuku di Afghanistan, kuku anda berkemungkinan akan dicabut. Ya, mungkin ini adalah contoh yang remeh, walaubagaimanapun, ia tetap satu contoh penindasan terhadap wanita dan tidak ada apa lagi yang boleh saya fikirkan sebagai satu simbol penindasan terhadap wanita selain daripada burka yang menggambarkan dengan jelas tentang peranan wanita di Afghanistan dan kami mempunyai perbincangan yang menarik bagaimana pengalaman memakai burka dan bagaimana ia menyukarkan kehidupan harian.”

dan

“Islam adalah sebenarnya anti wanita. Islam adalah punca utama penindasan wanita Muslim dan terus menjadi halangan yang utama untuk perkembangan mereka. Islam sentiasa menjadikan wanita sebagai makhluk yang inferior di dalam semua perkara: daripada segi fizikal, intelektual dan moral. Pandangan negatif ini dibenarkan oleh Al-Quran, disokong oleh hadith dan diteruskan oleh ahli-ahli agama yang menjadi penjaga dogma dan kejahilan umat Muslim.

dan


“Beratus-ratus wanita ditembak, dibakar, dicekik, direjam, dipenggal atau dibunuh setiap tahun di negara-negara Islam kerana saudara lelaki mereka percaya bahawa perbuatan mereka telah mencemarkan nama keluarga. Mereka terbunuh supaya maruah keluarga terjamin. Mengikut praktis keagamaan dan kesukuan ini, wanita adalah kepunyaan lelaki dan mencerminkan maruahnya. Kehormatan lelaki akan tercemar jika seseorang wanita itu berkelakuan bebas. Para pembunuh ini dan penyokong-penyokong mereka merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran yang membenarkan para suami memukul isteri –isteri mereka.”

dan

“Para fundamentalis menuntut supaya wanita berpurdah dan diasing-asingkan di setiap peringkat dalam masyarakat, bermula dari awal baligh. Perasaan kasih sayang yang ditunjukkan di antara suami dan isteri di khalayak umum juga adalah dilarang. Memukul isteri pula adalah sangat berleluasa di mana ramai yang melihatnya sebagai satu perlakuan yang normal dalam sesebuah perkahwinan. Manakala dalam hubungan kelamin, sebarang posisi di mana wanita berada di posisi atas akan dianggap haram atau berdosa. Adalah sukar untuk dibayangkan bagaimana kedua-dua pasangan ini dapat menikmati keintiman dalam suasana sebegini…. Nazi, seperti juga fundamentalis Islam dan Kristian, sangat obses dengan perawan dan wanita harus akur hanya dengan menjadi suri rumah tangga dan ibu yang sempurna.”

Kesemuanya ini hanyalah sebahagian daripada tuduhan-tuduhan yang dilabelkan oleh Barat untuk menentang Islam dan Syariah. Sementara itu, terdapat beberapa kesalah tanggapan di Barat tentang Islam dan wanita , dan pada masa yang sama kebencian terhadap Islam adalah rencana yang berterusan di dalam akhbar dan majalah di Barat.

Walau bagaimana pun, kesalah tanggapan ini tidak hanya terhad di Barat sahaja, malah dunia umat Islam juga mempunyai banyak kesalah tanggapan mengenai hubungan lelaki dan wanita secara Islami dan juga peraturan Syariah mengenai wanita. Idea-idea seperti wanita dilarang daripada mempunyai sebarang peranan dalam masyarakat, suara wanita dianggap aurat, perkahwinan paksa, pengundungan alat kelamin wanita, pembunuhan bermaruah, malah beribu-ribu wanita dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana disimbah asid akibat menolak untuk perkahwinan yang diaturkan atau perbalahan mengenai mas kahwin dan rumah tangga. Ramai yang mempunyai pandangan bahawa Syariah telah mengenepikan sebarang hak wanita kepada suami dan bapa mereka di mana kesemua ini adalah kebiasaan budaya mereka yang telah dilihat sebagai Islami.

Sebagai reaksi terhadap perkara ini, ramai wanita telah berpaling kepada Barat dan bertahun-tahun berjuang untuk mencapai kesamaan hak dengan lelaki. Malah ramai wanita yang mempunyai pengetahuan Islam juga berpaling kepada Barat sebagai penyelamat mereka dan sentiasa menuntut pemisahan dan pengasingan kepada apa-apa yang masih tersisa dalam Islam.

Tujuan buku kecil ini ditulis adalah untuk menilai perjuangan yang dilakukan oleh wanita-wanita Barat untuk mencapai hak-hak mereka kerana keberlangsungannya akan dijadikan kayu pengukur untuk wanita-wanita dan masyarakat di seluruh dunia. Sistem sosial Islam pula akan dirujuk untuk menilai apa yang sebenarnya diperkatakan oleh Islam tentang wanita, bagaimana ia mengatur hubungan lelaki dan wanita dan kesesuaiannya sebagai model untuk wanita dan masyarakat.

9 Ogos 2009
Lopa Hussain
Adnan Khan



Kesetaraan: Dahulu dan Sekarang

Pada hari ini konsep kesetaraan masih dijadikan sebagai kayu pengukur dalam mengatur hubungan lelaki dan wanita dan juga digunakan sebagai alat untuk menuntut hak-hak wanita. Daripada perspektif sejarah, terlalu banyak signifikan dan kepentingan telah diberikan dalam perbincangan ‘kesetaraan’, dan ia membawa kepada satu pengertian yang baru oleh penulis-penulis Barat.
Teologi Kristian, tonggak raja-raja Zaman Pertengahan Eropah telah memainkan peranan utama dalam membentuk perspektif keliru Eropah terhadap wanita. ‘Decreturn Gratiani’, yang menjadi dasar kepada undang-undang Gereja selama hampir lapan ratus tahun iaitu di antara tahun 1140 dan 1917, telah mengagihkan tugas dan tanggungjawab berasaskan kepada “dosa wujud di dunia ini melalui mereka (wanita)” dan oleh itu, “kerana asalnya berdosa, mereka (wanita) harus memperlihatkan kepatuhan mereka.” Selain daripada menuduh Hawa untuk dosa yang asal dan mengecam wanita, kepercayaan bahawa Hawa telah dicipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, telah mempopularkan kedua-dua sifat mereka ini. Walaupun setelah Reformasi, sesungguhnya, usaha ahli-ahli teologi yang mendakwa bahawa wanita memiliki sifat buruk secara semulajadi, yang mana kemanusiaan mereka juga dipersoalkan, telah berjaya meyakinkan raja-raja dan paderi kanan gereja. Sokongan Pope Innocent VIII di dalam buku “The Hammer of the Witches’ dalam tahun 1484, telah menegaskan: “Apalah seorang wanita, hanya seteru kepada persahabatan, hukuman yang tidak dapat dielakkan, kejahatan yang tidak dapat tolak, daya penarik semulajadi, musibah yang mengghairahkan, bahaya dalaman, hidangan yang berbahaya, satu kejahatan semulajadi, diwarnakan dengan menarik”, (The Malleus Maleficarum, 1971) telah mengakibatkan beribu-ribu wanita telah dibakar. Malah pemikir tersohor dalam ilmu pengetahuan juga berbicara tentang subjek ini dengan sifat yang menggambarkan sikap yang lebih tradisional. Rousseau dalam karangannya tentang pendidikan yang bertajuk ‘Emile”, menulis:

“Lelaki dan wanita dicipta untuk satu sama lain, tetapi sifat saling kebergantungan mereka tidak sama. Kita boleh hidup lebih baik tanpa mereka, daripada mereka tanpa kita. Mereka bergantung kepada perasaan kita, dengan harga yang kita letakkan ke atas merit mereka, di atas nilai yang kita tetapkan terhadap daya tarikan dan kesucian mereka. Oleh itu, seluruh pendidikan wanita perlu dirancang berkaitan dengan lelaki. Untuk menggembirakan lelaki, berguna kepada mereka untuk memenangi rasa sayang dan hormat mereka…..”


Pengindustrian tidak membebaskan wanita daripada layanan yang lampau tetapi hanya menambahkan ketidakpentingan mereka di dalam masyarakat. Kekayaan yang dijana ketika zaman perindustrian telah menyebabkan pertambahan lelaki kelas pertengahan yang semakin tidak menghormati wanita. Wanita-wanita meratapi layanan yang diterima mereka di tangan-tangan lelaki yang menjustifikasikan perbuatan mereka yang lazimnya mabuk dan liar disebabkan oleh tekanan akibat peningkatan persaingan dalam perdagangan dan industri, malah tidak mempedulikan urusan rumahtangga melainkan menuntut keperluan mereka dipenuhi. Sesungguhnya, situasi dalam perindustrian Eropah inilah yang melahirkan sistem masyarakat yang dikuasai lelaki yang telah menjadi bantahan para feminis darpada dahulu lagi. Dalam konteks sejarah kesetaraan, sejak mula dicadangkan telah menjadi satu kontroversi. Tidak lama selepas itu, debat kesetaraan telah membentuk satu kerangka di mana Eropah perlu menangani kewujudan untuk menguasai wanita dan memperbetulkan ketidakseimbangan sejarah. Oleh yang demikian, membetulkan prejudis sejarah telah menjadi asas untuk menjelaskan hubungan di antara manusia.

Kerangka hari ini berasal daripada zaman ilmu pengetahuan Eropah (Europe’s Age of Enlightenment). Mary Wollstonecroft,yang telah dipengaruhi oleh pemikir-pemikir liberal adalah orang yang pertama menggunakan kesimpulan Enlightenment ke atas isu-isu wanita dalam ‘Vindication of the Rights of Women’ dalam tahun 1971. Ini diikuti oleh penerbitan ‘The Rights of Man’ oleh sahabat baiknya, Thomas Painedan telah mencabar ‘kezaliman domestik lelaki’ seperti mana Paine telah mencabar ‘hak keTuhanan raja-raja’. Setelah hampir seabad berkempen, dan melalui pergolakan Revolusi Perancis, sebuah lagi mercu tanda dalam usaha untuk mencapai hak-hak wanita, yang bertajuk ‘The Subjugation of Women’ telah diterbitkan oleh John Stuart Mill. Perspektif ‘moden’ mengenai hak-hak wanita adalah berdasarkan kepada kesimpulan liberal yang pertama kali dijelaskan oleh Wollstoncraft dan yang dimaksudkan oleh Mill sebagai ‘kritikan membina’ (constructivism). Para liberalis menegaskan bahawa lelaki dan wanita pada dasarnya setara (atau seperti mana yang dikatakan oleh Mill sebagai ‘sempurna’) dan menerima apa sahaja yang lebih rendah adalah untuk menggalakkan penindasan satu jantina terhadap yang lain, menjadikan subordinat yang lain lemah. Mereka juga menjelaskan bahawa perbezaan di antara lelaki dan wanita, apabila diperhatikan adalah hasil daripada keadaan yang berabad lamanya. Inilah yang menyebabkan feminis tertarik untuk membezakan di antara ‘gender’ sebagai satu pembangunan sosial dan ‘jantina’.

Simone De Beuvoir, salah satu suara yang signifikan selepas Wollstonecroft, telah menulis dalam bukunya yang bertajuk ‘The Second Sex’: “Seseorang itu tidak dilahirkan, tetapi rela menjadi wanita”. Kesetaraan secara efektifnya bermaksud kesetaraan secara politik, ekonomi, peluang dan hak-hak sosial supaya tidak bergantung kepada yang lain dalam pendidikan, pekerjaan dan politik. ‘Pembahagian kerja’ di antara perempuan sebagai suri rumahtangga dan lelaki sebagai pencari nafkah , telah menunjukkan satu simbol penaklukan dan penguasaan lelaki dan ia adalah satu kesan peningkatan ketidakadilan oleh revolusi industri. Individualisme yang liberal (mengutamakan individu daripada masyarakat), telah menjadi dasar bagi teori klasik emansipasi wanita yang diasaskan dan sekarang menjadi asas kepada persepsi moden.


akan bersambung dibulan Oktober……..








Baca selengkapnya...
24.9.09

Aktiviti-aktiviti Muslimah HTM

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |




Forum Muslimah: Islam Menjamin Kesejahteraan Wanita
Pada : 2 Ogos 2009
Tempat : Bilik Cempaka, Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi









~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Program Remaja Halawatul Ukhwah 2009
Pada : 22 Ogos 2009
Tempat : Banting, Selangor










Baca selengkapnya...
29.8.09

Wanita: Kemerdekaan Apakah yang Kau Dambakan

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Muslimat yang dimuliakan,
Alhamdulillah sinar Ramadhan al-Mubarak menyapa kita lagi untuk menghayati bulan penuh keberkatan ini sambil menunaikan ibadah puasa sebagai jalan untuk menjadi manusia yang bertaqwa (al-muttaqun). Di tanah air, semangat 1Malaysia bersama seruan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ menyemarakkan sambutan hari Kemerdekaan ke 52 sungguhpun rakyat masih diburu ketakutan akibat pandemik selesema babi. Detik bersejarah 31hb Ogos 2009 ini yang merupakan sambutan kali pertama Perdana Menteri Malaysia ke 6 seolah-olah membuka satu lembaran baru kepada kaum wanita khususnya apabila Pelan tindakan Dasar Wanita Negara 2009 dilancarkan dengan tujuan untuk mencapai kesaksamaan gender dan pembangunan seimbang.

Fikratul Ummah bulan ini membawakan dua buah artikel dan satu artikel terjemahan. Artikel Wanita: Kemerdekaan apakah yang kau dambakan memaparkan tentang realiti wanita di banyak negara di seluruh dunia yang dihimpit seribu keperitan apabila menjadi mangsa kekejaman sistem Kapitalis berserta langkah-langkah yang diambil oleh negara-negara yang didiami umat Islam meminda hukum syarak demi untuk mengangkat darjat wanita setaraf dengan lelaki. Diharap artikel ini juga akan dapat menjelaskan tentang realiti wanita merentasi sempadan geografi dan assobiyah. Artikel Kemerdekaan Hakiki buat Wanita pula memaparkan gejala sosial yang melanda Malaysia seolah-olah membuktikan bahawa kemerdekaan yang diingini banyak pihak masih lagi satu ilusi terutamanya kaum wanita yang masih terus-terusan menjadi mangsa jenayah, gejala sosial dan diskriminasi. Artikel terjemahan bertajuk ‘I Am Free to What I Want’ pula menjelaskan tentang idea kebebasan yang dijaja Kuffar-Barat sebenarnya menghancurkan masyarakat itu sendiri.

Semoga paparan ketiga-tiga artikel itu tadi akan memberi kesedaran kepada umat Islam khususnya bahawa kemerdekaan atau kebebasan yang perlu difahami bukanlah berdasarkan kepada pemahaman berdasarkan akal manusia sebaliknya ia hendaklah dikembalikan kepada hukum asal perbuatan seorang Muslim iaitu al-aslu fi af’al at-taqoyyudu bi hukmi syar’ie (hukum asal perbuatan adalah tertakluk kepada hukum syarak). Wallahu ‘alam bisshawab.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Dunia di abad ke 21 dihujani oleh ledakan maklumat sehingga menimbulkan cabaran, peluang-peluang, aspirasi dan mengujudkan kuasa perubahan yang sukar dikawal atau dielakkan. Lelaki, wanita dan kanak-kanak turut menerima tempias samada secara rela atau terpaksa, samada kearah penghidupan yang lebih baik atau sebaliknya.

Walaupun Deklarasi Millenium yang dilancarkan pada tahun 2000 ingin mencapai matlamat untuk menguatkan komitmen kearah kebebasan, maruah manusia, kesetaraan, keadilan, keamanan dan penghapusan kemiskinan sebagaimana yang dinyatakan dalam laman web [http://www.un.org/millenniumgoals/], dunia masih dibelenggu dengan kemiskinan dan peperangan yang berleluasa yang masih tiada jalan keluar.Samada disedari atau tidak, layanan keatas wanita dalam masyarakat sering menjadi penanda aras (benchmark) maju atau mundurnya sesebuah Negara. Wanita dianggap dizalimi. Kemerdekaan atau kebebasan (freedom) seakan jauh dari jangkauan disebabkan oleh pelbagai sebab-sebab berikut:

Wanita mencari Nafkah dalam Ekonomi Global

Sejak 10 tahun lalu, lebih 200 juta lagi wanita memasuki pasaran pekerjaan menjadikan jumlah wanita bekerja di seluruh dunia mencecah 1.2 bilion orang [International Labour Organization (ILO), Global Employment Trends for Women, ms 1]. Peranan wanita sebagai pencari nafkah telah menjadi semakin penting.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Cambridge pada tahun 1996 mendapati bahawa keyakinan masyarakat bahawa mencari nafkah adalah peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki telah jatuh dari 65% pada tahun 1984 kepada 43% dalam tahun 1994. 45% ibu-ibu di Britain adalah wanita berkerjaya manakala 78% wanita berkerjaya di Amerika memiliki anak berumur 6 hingga 17 tahun [Lopa Hussein dan Adnan Khan, “Does Islam Opress Women?” Ogos 2009, [http://www.khilafah.com/]. Bagaimanakah tugas mencari nafkah ini membebankan wanita dan berakhir dengan penindasan dan kezaliman?

Wanita berkerjaya yang punya anak sering merasa bersalah kerana masa terhad yang dihabiskan dengan anak-anaknya. Selain itu, mereka juga sentiasa terkejar-kejar untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, ibu dan kerjanya. Dalam kebanyakan keluarga, status sebagai wanita berkerjaya tidak mengurangkan tanggungjawab menguruskan rumah tangga. Seorang pakar sosiologi, Joseph H.Pleck mengatakan: Semua cendekiawan setuju dengan kajian dan statistik yang mengatakan bahawa suami kepada wanita berkerjaya melakukan lebih kerja (rumah). Pertambahan kerja ini adalah kecil sebaliknya wanita berkerjaya yang perlu melaksanakan kebanyakan kerja atau tugasan rumah tersebut.

Hal ini disetujui oleh Lisa Belkin dalam bukunya, Life’s Work: Confession of an Unbalanced Mom’ yang menulis: Tidak ada seorang pun dari kalangan kita yang mampu memberikan 100% terhadap kerja dan 100% kepada keluarga, dan 100% lagi untuk menjaga diri sendiri”.

Human Rights Watch menjelaskan bahawa wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah bekerja seperti hamba, dipergunakan termasuk dirogol. Menurut seorang pembantu rumah warga Indonesia: “Saya tidak pernah dapat berehat. Saya bangun jam 4.00 pagi, menyediakan sarapan untuk anak-anak. Saya bekerja sepanjang hari tanpa rehat. Saya tidur pada jam 3.00 pagi. Saya sering kali tidak berpeluang tidur di waktu malam kerana bekerja sepanjang masa. Majikan menyimpan pasport saya. Dia seorang polis.. saya tidak pernah berpeluang meninggalkan rumah. Mereka mengunci saya dari luar. Setelah tinggal selama setahun saya berpeluang untuk melarikan diri.. Saya menaiki teksi ke balai polis.. Majikan datang ke balai polis dan menjemput saya semula.. Bila tiba di rumah, mereka memukul saya lagi “[Human Rights Watch, ‘As If I Am Not Human’ ms 35].

Suminah, warga Indonesia yang bekerja di Arab Saudi. Dia menghantar wang kepada keluarganya setiap 6 bulan kerana 4 sebab. Pertama, wang itu diperlukan untuk membiayai perbelanjaan anak-anak yang tinggal dengan kedua ibu-bapanya. Kedua, wang itu akan diurus oleh ibu-bapanya untuk membuat rumah. Ketiga, suminah tidak mahu wang itu digunakan oleh isteri pertama suaminya. Keempat, Suminah selalu mendengar bahawa suami-suami sering menyeleweng wang isteri sama ada untuk berkahwin lagi atau untuk berpoya-poya dengan wanita lain [Krisnawati dll, Rumah Dambaan Buruh Migran Perempuan].

Dalam kes Suminah, kita mendapati bahawa kerjanya yang memerlukannya berjauhan dari keluarga sedikit sebanyak telah membantu mengukuhkan ekonomi keluarga, akan tetapi adakah keringat wanita yang menitik itu dibalas dengan ganjaran atau bayaran yang setimpal?

Secara fakta, setelah lebih satu abad berjuang untuk meraih kesetaraan dan hak wanita, hanya 4% para hakim di Britain adalah wanita, 11% sebagai pengurus dan haya 2% pengarah 100 syarikat tersenarai di Bursa Saham Financial Times (FTSE) terdiri dari kalangan wanita.Dalam senario lebih buruk, wanita juga diterima di pasaran kerja disebabkan oleh tarikan seksual mereka.

Di kota London, wanita mendapat pekerjaan bukan hanya kerana kepakaran dan kehebatan intelektualnya, sebaliknya kerana rupa parasnya. Tarikan seksualnya amat penting untuk mengekalkan kerjanya sama ada untuk menarik pelanggan atau untuk melayakkan diri menjadi anggota pasukan.

Sebuah artikel di laman web BBC Online [Laddism in the City, 10 April 2001] menunjukkan kepahitan yang dialami oleh wanita bekerjaya di kota London. Ramai mengatakan perilaku mereka dibentuk oleh rakan sekerja atau pesaing.. dan percubaan untuk menentang akan memberi kesan buruk kepada bisnes.

Mesyuarat untuk membina pasukan (team building) dan sesi bertemu dengan pelanggan sering di adakan di kelab-kelab bogel dan bar yang mana, menolak dari menyertai bukan satu pilihan. Kamu mesti menjadi sebahagian dari geng..mereka memandang bahawa ia adalah penting kerana boleh menjejaskan keuntungan”.
Sungguhpun begitu, kejayaan wanita Barat dari segi kerjaya sering menjadi penanda aras (benchmark) untuk mengukur kejayaan wanita di seluruh dunia. Wanita di Barat diberi kebebasan melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu mereka. Malangnya ganjaran yang mereka terima hanya separuh atau tiga suku dari jumlah yang diterima oleh kaum lelaki untuk bidang tugas yang sama. Wanita hanya mampu meraih bayaran tinggi sekiranya dia menjadi pelacur atau model sahaja kerana ini satu-satunya bidang yang lelaki tak akan mampu menandingi wanita dari segi bayaran untuk titik peluh dan keringat yang sama!

Bagaimana pula dengan nasib seorang pembantu rumah warga Filipina yang bekerja di Arab Saudi. Berikut adalah pengakuannya: Mereka membawa saya ke agensi (di Arab Saudi) yang mana ramai orang telah diperdayakan. Saya tinggal di agensi selama seminggu. Saya terpaksa bekerja di 5 rumah dalam seminggu. Satu hari, agen memberitahu saya bahawa dia akan membawa saya ke rumah saudaranya yang tinggal sendirian. Dia mula memegang saya, mencium saya.. Saya mula menangis dan berkata “Jangan perlakukan saya begini. Saya seorang Muslim”. Apabila kami kembali ke agensi, majikan sebenar saya membawa saya ke rumah. Dia berkata, “Berkelakuan baiklah supaya kamu tidak dihantar semula (ke agensi). Selepas beberapa ketika, majikan saya mula menunjukkan minat terhadap saya. Dia menyuruh saya memasuki bilik tidurnya. Dia berkata, “ Saya mahu memberitahu anda berapa bayaran yang dikenakan oleh agensi”. Dia berkata “Saya membeli anda dengan harga 10,000 riyal”. Pada ketika itu, saya menyedari bahawa saya telah dijual..” [Freedom House, ‘Women’s Rights’].



Hukum Islam mendiskriminasikan Wanita

Bagaimana dan dalam keadaan bagaimanakah hukum Islam didakwa mendikriminasikan kaum Hawa? Menurut saudari Hanis Hussein dalam suratnya: Menurut Seksyen 107A, Undang-undang Keluarga Islam (UUKI) (Malaysia) yang baru dipinda, seorang suami berhak membekukan akaun bank isteri apabila rumah tangga menemui kehancuran. Adakah dia berhak ke atas harta saya dan mendakwanya sebagai harta sepencarian sedangkan pada hakikatnya ia dibeli dan dimiliki oleh saya? Saya berharap dan berdoa kerajaan akan meminda undang-undang ini... dan mendengar rayuan majoriti umat Islam dalam negara ini. Begitu juga dengan isi sepucuk surat yang dihantar kepada Sisters in Islam (SIS) dari saudari Asiyiah. “Saya adalah wanita berkerjaya dan telah berkahwin selama bertahun-tahun. Selama perkahwinan kami, suami tidak menanggung nafkah saya. Saya merasakan bahawa disebabkan saya mempunyai pendapatan, dia tidak perlu memberi keperluan asas yang sepatutnya diberikan oleh seorang suami. Jadi, sayalah yang membeli rumah, kereta, perabot dan baju sendiri. Saya membayar bil rawatan bila saya sakit dan membiayai pendidikan anak-anak.memandangkan saya tahu bahawa saya tidak akan mendapat sesen pun dari suami, saya melabur wang saya supaya tidak membebankan sesiapa [Kamala CandraKirana, Women’s Place and Displacement in the Muslim Family, 2009].

Dakwaan bahawa hukum Islam menindas wanita adalah disebabkan di kebanyakan negara-negara (umat) Islam, pemerintah mengguna-pakai tafsiran Islam yang merendahkan hak wanita dan memperlekeh sumbangannya kepada keluarga dan masyarakat.

Undang-undang keluarga Islam yang diguna-pakai menetapkan bahawa suami adalah ketua keluarga dan memaksa isteri agar patuh kepada suami seperti Perkara 39, Undang-undang Keluarga Algeria yang mengatakan,’Kewajipan isteri adalah mentaati suaminya’ sehingga menyebabkan ketidaksetaraan yang disahkan oleh undang-undang kepada wanita lebih dari urusan keluarga [Freedom House, “Women’s Rights in the Middle East and North Africa’].

Di Mesir misalnya, pemerintah menggubal dua undang-undang berbeza untuk perceraian kepada wanita dan lelaki [Human Rights Watch, Divorced from Justice, ms 14]. Lelaki boleh menceraikan wanita sesuka hati tanpa perlu campur tangan mahkamah, tetapi wanita perlu melalui prosedur yang lambat dan tidak efisyen untuk berpisah dengan suaminya. Disebabkan wanita terpaksa mendesak suami menceraikan mereka tanpa melalui proses mahkamah yang sulit, mereka terpaksa berkorban hak kewangan mereka supaya talaq dijatuhkan.

Wanita Mesir juga dihalang dari meminta cerai dengan menanamkan ketakutan dalam diri mereka bahawa mereka akan dihalau dari rumah dan dinafikan hak penjagaan anak menyebabkan mereka terpaksa kekal dalam perkahwinan yang menyiksakan dengan suami yang jahat. “Saya rasa terperangkap. Dia tidak mengizinkan saya keluar. Saya rasa tertekan. Dia selalu ingin melakukan hubungan seks tetapi saya menolak. Dia meminta layanan seks berkali-kali... Dia akan pergi ke pejabat tetapi sebelum dia pergi dia akan berkata, “ hari ini adalah hari kita melakukan (seks).. Dia menghina saya. Bila saya menolak, dia akan memukul saya. Dia menyebabkan mata saya lebam..tetapi jika saya menceraikannya, dimanakah saya akan tinggal? Saya tidak akan mendapat apa-apa [Human Rights Watch, Divorced from Justice, ms 45].

Hukum Islam Menzalimi Wanita

Amalan berkhitan yang dipanggil mutilasi kemaluan wanita (female genital mutilation - FGM), jenayah berkaitan pemberian mahar dan pembunuhan bermaruah (honour killing) yang dianggap Islamik menyebabkan hukum Islam didakwa menzalimi wanita.
Di Afrika dan beberapa negara Timur Tengah, dianggarkan lebih 130 juta gadis dan wanita melalui FGM setiap tahun. Di Bangladesh, gadis dan wanita sering diserang dengan asid disebabkan pertelingkahan berkaitan bayaran mahar:315 wanita menjadi mangsa pada tahun 2002 dan 267 orang pada tahun 2005. Pada masa yang sama, laporan dari Rapporteur Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan dengan keganasan ke atas Wanita pada tahun 2002 menyebut bahawa pembunuhan bermaruah berlaku di Mesir, Iran, Jordan, Lebanon, Maghribi, Pakistan, Syria, Turki, Yemen dan lain-lain negara Mediterranean dan negara Teluk.

UNFPA menganggarkan bahawa setiap tahun, sejumlah 5,000 wanita di seluruh dunia menjadi mangsa pembunuhan bermaruah [UNFPA, The State of World Population 2000, ms 29] yang digelar sebagai ‘satu bentuk keganasan domestik paling ekstrim’ [Human Right Watch, Honouring the Killers, ms 1].


Penyelesaian Puak Sekular dan Liberal

Fakta-fakta yang dikemukakan di atas sudah pasti dianggap oleh puak sekular dan liberal sebagai satu penjara yang membelenggu kaum wanita. Justeru sesuatu perlu dilakukan untuk membebaskan wanita seperti berikut:

i. Meminda hukum tentang poligami. Menurut UNDP Arab Human Development Report 2005, ramai umat Islam tidak lagi menerima hukum poligami. Kaji selidik untuk mendapatkan pandangan umum di empat negara Arab iaitu Mesir, Jordan, Lebanon dan Maghribi menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya separuh dari kaum lelaki dan hampir semua wanita yang ditemu bual tidak setuju dengan amalan poligami. Manakala yang bersetuju pula mengatakan ia mesti dilakukan dengan persetujuan isteri pertama [UNDP, Development Report, ms 136].

ii. Kaum wanita khususnya yang berhijrah ke luar negara untuk mencari nafkah memainkan peranan penting untuk memperjuangkan hak wanita dalam semua aspek sosial, ekonomi dan politik di tanah air mereka. Sebagai contoh, UNFPA menyokong wanita Afghanistan yang tinggal di luar negara untuk turut serta dalam menggubal perlembagaan Afghanistan. Idea-idea baru, kemahiran, sikap dan pengetahuan yang dibawa pulang ke tanah air diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘kiriman sosial” (social remittance) [UNFPA, State of Population 2006, ms 14].

iii. Mengubah hubungan antara gender setelah keluar dari belenggu kebuluran, wanita Sudan mengambil alih kepimpinan dalam ekonomi tempatan dan menjadi tunggak ‘survival’ dalam komunitinya sebagaimana laporan dalam Muhammad, ‘Famine, Women Creative Acts, and Gender Dynamics in Manawashi, Darfur, Western Sudan.

iv. Wanita Islam di Gambia menubuhkan Jawatankuasa Gambia untuk Amalan Tradisional yang Menjejaskan Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak (GAMCOTRAP) untuk memperjuangkan hak wanita dan anak gadis berkaitan amalan FGM, perkahwinan di usia muda serta penyeludupan wanita dan kanak-kanak. Jawatankuasa itu juga menyeru supaya dilakukan reformasi undang-undang yang selari dengan Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak, Konvensyen berkenaan dengan Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Piagam Afrika berkenaan dengan Rakyat dan Hak Asasi terhadap Hak-hak Wanita Afrika [WLUML, Newsletter, ms 3].

v. Mengamalkan undang-undang berkenaan dengan keganasan rumah tangga di beberapa negara umat Islam yang mengamalkan demokrasi seperti di Malaysia dan Indonedia. Di Indonesia, Undang-undang Penghapusan Keganasan Rumah tangga yang diluluskan pada tahun 2004 menganggap jenayah bukan hanya keganasan fizikal dalam keluarga tetapi juga kes-kes rogol oleh pasangan dalam perkahwinan (marital rape) dan keganasan dalam rumah tangga terhadap bukan ahli keluarga seperti pembantu rumah.

vi. Pada tahun 2004, Parlimen Maghribi meluluskan pindaan Kanun Status Awam yang berkaitan dengan undang-undang keluarga yang bertanggungjawab ke atas status wanita. Pindaan undang-undang yang dipanggil Moudawana memberikan wanita status yang setara dengan lelaki dalam keluarga melalui peruntukan ‘tanggungjawab bersama terhadap keluarga yang dikongsi antara suami dan isteri (peruntukan sebelumnya hanya lelaki yang bertanggungjawab), wanita tidak perlu taat kepada suami, persamaan antara lelaki dan wanita berhubung dengan usia minimum untuk berkahwin dan tanggungjawab negara untuk menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hak wanita [UNIFEM, Progress of the World’s Women 2008/2009, ms 74]

vii. Pada tahun 2001, Turki meluluskan Kanun Awam yang baru yang mengambil pendekatan baru terhadap keluarga dan peranan wanita dalam keluarga. Perundangan lama yang meletakkan posisi wanita dalam posisi sekunder dalam hak dan tanggungjawab terhadap suami telah dihapuskan yang mana definisi keluarga dianggap sebagai penyatuan berdasarkan perkongsian sama rata. Istilah ‘suami’ dan ‘isteri’ telah ditukar kepada ‘pasangan’ (spouse). Suami tidak lagi dianggap sebagai ketua keluarga, pasangan adalah rakan-kongsi sama rata yang sama-sama bertanggungjawab menguruskan penyatuan perkahwinan dengan hak membuat keputusan yang sama rata. Pasangan memiliki hak yang sama terhadap hubungan keluarga dan harta yang dimiliki sepanjang perkahwinan. Pasangan memiliki kuasa perwakilan (representative power) yang setara. Konsep ‘anak luar nikah’ dihapuskan manakala wanita yang melahirkan anak di luar nikah diberi hak jagaan kanak-kanak tersebut [Women for Women’s Human Rights, Turkish Civil and Penal Code Reform from a Gender Perspective, ms 8-9].

viii. Seawal tahun 1956, Tunisia memperkenalkan Kanun Status Peribadi yang memberi hak penuh dan setara kepada wanita sebagai sebahagian dari reformasi ekonomi dan sosial. Kanun Status Peribadi Tunisia mengharamkan poligami, memberi hak talaq dan hadhanah (penjagaan anak) kepada wanita serta menetapkan umur minimum untuk berkahwin kepada lelaki dan wanita. Pada tahun 1981, pindaan undang-undang memberikan hak nafkah seumur hidup kepada wanita selepas bercerai dan memberi hak secara automatik ke atas penjagaan anak selepas kematian suami. Pindaan undang-undang pada tahun 1983.



Kebebasan (freedom) hanya Mengundang Sengsara

Pemisahan antara lelaki dan wanita dalam kehidupan umum kecuali ada alasan syar’ie yang membolehkan interaksi antara keduanya di samping hukum tentang pakaian yang jelas dan spesifik membolehkan peranan lelaki dan wanita dijelaskan dengan terperinci. Hasilnya, tiada perjuangan untuk kebebasan dan kesetaraan gender berlaku dalam sejarah Islam.

Dalam Islam, wanita dan lelaki melakukan interaksi untuk memenuhi keperluan asas keduanya. Perkara sebaliknya berlaku dalam masyarakat Barat yang mana segala halangan yang membatasi pertemuan kedua jantina ini dibuang dan pertemuan antara kedua jantina adalah berdasarkan konsep ‘suka sama suka’. Akibatnya, naluri seksual sentiasa dirangsang kerana imej seksual sentiasa dipaparkan sepanjang hari sama ada mmmelalui televisyen, papan iklan, akhbar, majalah dsb.

Masyarakat juga menjadi semakin tertekan kerana setiap orang bersaing untuk mengenakan fesyen terkini yang pastinya menonjolkan kecantikan bahagian tubuh tertentu. Kepada wanita, mereka sentiasa tertekan kerana mesti memiliki tubuh yang kurus, ramping dan memiliki bibir ala Angelina Jolie.

Islam, Wanita dan Kemerdekaan

Sebagai umat Islam berpegang teguh kepada ajaran Allah, kita melihat kemerdekaan dan kebebasan memerlukan takrif lebih tepat dalam konteks manusia sebagai hamba Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (ketika engkau Muhammad berjaya menguasai Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya sangat menerima taubat" [TQS an-Nasr: 1-4].

Ayat di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam erti kata yang luas.

Kemerdekaan bukan sekadar pembebasan diri daripada belenggu penjajahan, perundangan atau sistem hidup secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat bermaruah dan mempunyai harga diri yang tinggi.

Hubungan manusia dengan Allah adalah sumber kemerdekaan sebenar kerana keimanan dan keyakinan kepada Allah membebaskan jiwa daripada rasa perhambaan dan takut kepada sesama manusia.

Sebelum datangnya Islam, wanita dinafikan hak yang lazimnya diterima oleh lelaki. Wanita dianggap hak milik suami boleh diwarisi oleh anak lelaki suami. Suami pula boleh mengambil beberapa isteri tanpa had dan isteri ini hidup di bawah bayang suami tanpa mempunyai hak mewarisi harta pusaka atau menentukan jodoh dan masa depan mereka apabila suami meninggal dunia.

Rasulullah pada kurun ketujuh Masehi membawa perubahan dianggap sungguh radikal pada zaman itu. Buat kali pertama dalam sejarah tamadun dunia, wanita diangkat setaraf dengan lelaki dan diberikan hak asasi. Mereka dibenarkan bercakap untuk mempertahankan hak mereka, diberi hak waris, mereka tidak lagi diwarisi oleh anak lelaki suami apabila suami meninggal dunia, mereka boleh memohon fasakh daripada suami dan lelaki cuma dibenarkan mengambil empat orang isteri maksimum saja pada suatu masa.
Tohmahan yang dilempar Barat terhadap wanita Islam sebagai golongan yang ditindas dan dianiaya semata-mata kerana memakai hijab, menjaga batasan pergaulan dengan lelaki bukan mahram dan taat setia kepada suami adalah tidak tepat sama sekali. Malahan sekarang pun, wanita Barat yang digembar gemburkan sebagai liberated, sebenarnya adalah hamba media massa yang menentukan saiz dan bentuk badan mereka, fesyen pakaian mereka dan sering diambil kesempatan oleh syarikat pengiklanan.




Bandingkan dengan wanita Islam yang cuma perlu berhias untuk suami, wanita Barat terdesak dengan keadaan perlu sentiasa berhias di dalam dan di luar rumah dan menjadi hamba fesyen.




“Bertaqwalah kepada Allah tentang (urusan) wanita, kerana sesungguhnya kalian telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Kalian mempunyai hak yang menjadi kewajipan mereka, iaitu mereka tidak boleh memasukkan ke rumah kalian orang yang tidak kalian sukai, jika mereka melakukannya maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Mereka pun memiliki hak yang menjadi kewajipan kalian, iaitu nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang maaruf. [HR Malik, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibn Majah, an-Nasai, ad-Darimi, Ahmad, Ibn Hibban, Al-Baihaqi, Ibn Khuzaimah Abad bin Humaid, Ibn Abi Syaibah, dll]




Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu neraka dan terbuka pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Itulah keistimewaan wanita Islam. Islam mengubah segala kezaliman dan kekejaman terhadap wanita Islam memberi wanita hak mewarisi harta pusaka. Islam memberi mereka pilihan untuk memilih pasangan suami mereka. Islam memberi wanita hak untuk mengundi.

Kebebasan wanita Islam yang bergantung kepada keterikatan dan taat kepada Allah dan suami bukan bererti tiada kebebasan malah inilah kebebasan yang sebenar.

"Sungguh Allah mengutus kami, agar kami keluarkan (merdekakan) manusia dari mengabdikan diri pada sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, dari kezaliman agama kepada keadilan Islam dan dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."

Jelaslah bahawa merdeka yang sebenarnya, bebas dari belenggu perhambaan sesama manusia. Kita hanya mengabdi, memperhambakan diri kita kepada Ilahi. Mengabdi kepada Ilahi berarti patuh, taat, cinta dan kasih kita hanya untuk Allah SWT. Ikutilah petunjukNya berupa syariat islam yang kaffah !




"Janganlah kamu menjadi hamba seseorang kerana Allah telah menciptakan kamu dalam keadaan merdeka," demikian Ali bin Abi Thalib.

Manusia merdeka mampu berfikir dan bertindak untuk diri dan manusia seluruhnya tanpa rasa takut kerana tiada yang perlu ditakutinya kecuali Allah Subhanahu Wa Taala. Sesungguhnya emansipasi wanita adalah kemerdekaan dari penguasa hawa nafsu dan godaan syaitan dan juga kewajiban diri untuk tetap takwa dan menelusuri jalan menuju iman.

''Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)'' [TQS An-Nazi'aat: 40-41].


Khatimah

Wanita sama ada Muslim atau bukan Muslim terpenjara dan ingin mencari kebebasan dan kemerdekaan disebabkan oleh sistem hidup yang melingkari mereka. Malangnya, selagi sistem Kufur-Barat yang diguna-pakai pemerintah untuk berhukum dan mengurusi seluruh warga negara, wanita kekal terbelenggu. Kepada Muslimah, senario penuh duka lara ini pasti berpanjangan selagi mereka tidak menjaga ketaqwaan diri dalam keadaan tidak ada pemerintah yang melaksanakan Islam dalam mengurusi negara.




“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu” [TQS Al-Ahzab:33].




Sesungguhnya hanya dengan berdirinya sebuah negara Khilafah yang melaksanakan Islam Kaffah akan memberi kemerdekaan kepada seluruh umat manusia sama ada lelaki atau wanita, Muslim dan bukan Muslim.





Wallahu ‘alam bisshawab.




Baca selengkapnya...
29.8.09

Kemerdekaan Hakiki Buat Wanita

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |





Ulang tahun kemerdekaan Malaysia menjelang lagi, yang ke-52 iaitu tanggal 31 Ogos 2009. Kempen mengibarkan Jalur Gemilang setiap hari kita saksikan di kaca televisyen dan juga di dada-dada akhbar. Pelbagai program bertemakan kemerdekaan juga bakal ditayangkan di hampir semua stesyen televisyen di Malaysia sempena sambutan hari kemerdekaan. Ini kerana media massa merupakan sarana yang paling berkesan dalam memainkan peranan ini. Namun begitu, kelihatannya sambutan rakyat Malaysia dari setahun ke setahun semakin suram dan hilang serinya kerana kian tidak mendapat perhatian rakyat Malaysia. Jika dahulu rakyat secara sukarela mengibarkan bendera Malaysia setiap kali tiba bulan kemerdekaan, tetapi sekarang rakyat perlu ‘dipaksa’ untuk berbuat demikian. Jika dulu Jalur Gemilang kelihatan terpacak di cermin hadapan hampir setiap kenderaan, tetapi sekarang bilangan mereka yang berbuat demikian boleh dikira dengan jari. Pastinya yang masih ‘setia’ mengibarkannya hingga sekarang hanyalah pejabat-pejabat kerajaan, itupun ‘atas arahan’ dari pihak atasan.

Tetapi tidak seperti tahun-tahun yang lepas, sambutan kemerdekaan pada tahun ini hanya akan disambut di Bangunan Parlimen memandangkan ketika itu, umat Islam berada di dalam bulan Ramadhan di samping usaha kerajaan mengurangkan aktiviti luar untuk mengurangkan jangkitan virus selesema babi. Di dalam suasana bulan kemerdekaan ini, para pemimpin Malaysia sedaya upaya cuba menanamkan perasaan bangga dan patriotisme kepada seluruh rakyat Malaysia dengan memperjuangkan konsep 1Malaysia kerana dengan kemerdekaan ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat mengecapi kebebasan dan kehidupan aman serta harmoni. Memang tidak dinafikan terdapat segelintir rakyat Malaysia yang sangat berbangga dengan kemerdekaan dan teruja menyambutnya tetapi ramai lagi rakyat Malaysia yang perlu dipaksa mempunyai perasaan seperti itu. Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran kita. Mengapakah semakin pudar keterujaan rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan? Perlukah umat Islam membanggakan sebuah kemerdekaan yang ‘dihadiahkan’ oleh British 52 tahun yang lalu yang semuanya itu diperolehi dengan pelbagai syarat yang mesti dipenuhi?

Apa yang hendak dibanggakan dengan kemerdekaan?

Dalam suasana rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan yang kononnya bukti Malaysia telah mengecapi kebebasan, rakyat Malaysia dapat hidup aman dan harmoni tetapi pernahkah kita berfikir, adakah cukup mendefinisikan kemerdekaan sebagai sebuah negara yang telah bebas daripada cengkaman penjajah secara fizikal dan seterusnya dapat mengemudi pemerintahan sendiri? Pada hakikatnya semua itu belum cukup untuk mengatakan bahawa Malaysia sudah merdeka. Sebenarnya Malaysia masih dalam cengkaman penjajah, Malaysia masih terikat dengan sistem pemerintahan British, pemikiran rakyat Malaysia masih dibelenggu pemikiran sekular sang penjajah, tatacara hidup rakyat Malaysia masih bersandarkan sistem ekonomi kapitalis. Pernahkah juga kita berfikir, apa lah ertinya sebuah kemerdekaan jika Malaysia masih dibelenggu pelbagai masalah yang tiada bernoktah. Permasalahan sosial semakin hari semakin meningkat, pelbagai kes yang melibatkan sumbang mahram, rogol, cabul, zina, hamil luar nikah, buang bayi dan sebagainya yang sudah acapkali dilaporkan hampir setiap hari di media cetak mahupun elektronik. Statistik menunjukkan kes jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di negara ini didapati meningkat setiap tahun. Pada 2005, kes rogol paling banyak diterima iaitu sebanyak 1,931 dan diikuti kes cabul, 973 dan liwat, 71 kes. Pada 2006, kes rogol meningkat kepada 2,041, manakala cabul (1,066) dan liwat (71 kes). Pada tahun 2007 pula, sebanyak 3,098 kes rogol dilaporkan, cabul (2,228) dan liwat, 101 kes. Angka itu terus meningkat pada 2008 iaitu 3,405 bagi kes rogol dan cabul (2,107) dan 130 kes liwat. Statistik PDRM bagi 2008 pula mencatatkan 10 peratus peningkatan kes rogol jika dibandingkan dengan 2007 [Berita Harian, 12/5/2009]. Manakala menurut kajian Saodah Elias (2007) kaum Melayu merupakan kaum yang tertinggi dalam masyarakat yang menyumbang kepada kes-kes sumbang mahram ini [www.jais.gov.my/index.php.]. Selain itu, pelbagai jenayah berat dan ringan masih tetap menghantui masyarakat, kes-kes rompakan, samun, pembunuhan, penipuan, kecurian, ragut dan sebagainya tetap berlaku malah semakin membimbangkan. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan kes jenayah daripada 209,388 pada tahun 2006 kepada 224,298 pada 2007. Daripada jumlah tersebut, jenayah kekerasan meningkat dari 44,016 kes pada 2006 kepada 49,897 kes pada 2007 (meningkat 5,881 kes atau 13.36 peratus); jenayah harta benda meningkat dari 165,372 pada 2006 kepada 174,401 pada 2007 (meningkat 9,029 atau 5.46 peratus); Kes samun berkumpulan tanpa senjata api meningkat 4,344 atau 159.53 peratus sepanjang tahun lalu, berbanding dalam tempoh yang sama tahun 2006. Sebanyak 7,067 kes tersebut dilaporkan pada 2007 berbanding 2,723 pada 2006. Kes ugutan jenayah pula meningkat dari 6,699 (2006) kepada 8,119 (2007) - meningkat 1,420 atau 21.20 peratus. Kes mencederakan (seksyen 324/326) meningkat dari 5,843 (2006) kepada 6,806 (2007) - meningkat 963 atau 16.48 peratus. Kes samun berkumpulan bersenjatapi meningkat dari 67 (2006) kepada 77 (2007) - meningkat 10 kes atau 14.93 peratus [Utusan Malaysia, 26/8/2008].

Kes yang melibatkan penyalahgunaan dadah di kalangan remaja dan dewasa samada penagih dadah baru atau penagih dadah tegar juga kian meningkat yang majoritinya adalah di kalangan umat Islam. Keadaan ekonomi rakyat Malaysia juga khususnya umat Islam masih di takuk lama sepertimana sebelum merdeka lagi. Kebanyakan orang Melayu-Islam masih dibelenggu kemiskinan terutamanya di luar bandar. Ekonomi rata-ratanya dipelopori oleh orang bukan Melayu-Islam. Bukankah keadaan ini sama sahaja jika dibandingkan dengan keadaan sebelum kemerdekaan lagi? Ketika pemerintahan British, umat Islam dipinggirkan dengan menempatkan mereka di kampung-kampung yang hidup penuh dengan kedhaifan. Namun berbeza pula dengan orang bukan Islam yang ditempatkan di bandar-bandar dengan diberikan pekerjaan yang lebih baik. Ini semua dek kerana kebencian dan kejahatan British terhadap umat Islam.

Melihat kemerdekaan dari perspektif wanita, adakah kaum Hawa ini telah mengecapinya? Jika statistik di atas menunjukkan gejala sosial seperti sumbang mahram yang melibatkan wanita, kita menyaksikan saban hari jenayah dan keganasan terhadap wanita belum menemui jalan penghujung. Terkini krisis dan keganasan rumahtangga yang berlaku juga menyumbang kepada permasalah ini. Kes terbaru melibatkan seorang suami memukul dan mencederakan si isteri sehingga menyebabkan kematian. Kejadian berlaku di Hotel Kepong, Kuala Lumpur yang berpunca daripada perasaan cemburu si suami terhadap isterinya [Utusan Malaysia, 11/8/2009]. Jika diperhatikan kesemua masalah yang berlaku ini melibatkan wanita yang telah menjadi mangsa kepada keadaan ini. Jadi sudah tentu persoalan yang perlu dilontarkan kepada setiap individu khususnya Muslimah: adakah Muslimah hari ini telah benar-benar merdeka jika dilihat dari sudut pandangan Islam?

Adakah wanita Muslimah benar-benar telah merdeka kini?

Pada hakikatnya pada hari ini wanita Muslimah telah dijadikan sebagai objek utama kepada Barat untuk menyerang Islam. Barat mendakwa bahawa Islam telah menyekat dan mengongkong kehidupan wanita Muslimah dari pelbagai aspek terutamanya aspek sosial disebabkan oleh hukum hakam seperti larangan bersunyi-sunyian dengan lelaki asing tanpa ditemani mahram, keharaman bagi wanita bermusafir untuk perjalanan melebihi satu hari satu malam tanpa disertai mahramnya, dsb. Oleh itu, ini memberi peluang kepada Barat untuk mempengaruhi pemikiran wanita Muslimah dengan menyuntik pelbagai tipu daya dan propaganda yang mungkin selama ini tidak disedari oleh wanita Muslimah bahawa ini semua adalah rancangan jahat dan kotor pihak Kuffar Barat. Selama ini wanita Muslimah ini menyangka bahawa Barat sangat mengambil berat permasalahan mereka padahal itu semua adalah sebaliknya. Barat telah menggunakan agen-agen mereka yang sebenarnya di kalangan wanita Muslimah sendiri. Pemikiran wanita Muslimah dicemari oleh pemikiran-pemikiran Barat yang kononnya lebih sesuai dengan arus kemodenan dan sesuai dengan wanita Muslimah hari ini agar setanding dengan wanita Barat. Wanita Muslimah yang telah termakan kata-kata Barat tanpa berfikir terlebih dahulu konsekuensinya terus menerima pemikiran-pemikiran dan idea-idea jahat Barat malah mereka menjadi bangga mempunyai pemikiran-pemikiran setaraf dengan wanita Barat yang kononnya sentiasa mengikut arus kemodenan. Wanita Muslimah dijadikan bahan ekploitasi oleh pelbagai pihak yang kebanyakan ingin meraih keuntungan dan dalam pada masa yang sama ingin merosakkan kemuliaan wanita Muslimah itu sendiri. Wanita Muslimah dijadikan objek eksploitasi dalam mempromosikan produk-produk seperti menjadi model, ’sales promotion girl’, ’public relation’ dan sebagainya. Anehnya, wanita Muslimah ini rela dirinya diekploitasi malah bangga dengannya. Selain itu, pejuang feminisme iaitu agen-agen Barat mengusung idea dan pemikiran menghendaki agar kaum perempuan diberi hak-hak setara dengan lelaki (gender equality). Golongan ini mengatakan wanita Muslimah seharusnya dibebaskan dari diskriminasi, dari beban-beban yang menghalang kebebasan dalam kehidupan, walaupun terpaksa mengenepikan hukum-hukum Islam. Beban-beban yang menjadi penghalang antara lainnya adalah peranan sebagai seorang ibu yang hamil, menyusui, mendidik anak dan mengatur rumahtangga. Lalu wanita Muslimah pun berlumba-lumba untuk setanding dengan lelaki dalam apa jua bidang terutamanya bidang pekerjaan atau kerjaya dan meninggalkan tugas asal dan paling utama sebagai ibu pengurus rumahtangga. Justeru itu, sedar atau tidak sedar sebenarnya tenaga dan fikiran wanita Muslimah ini di manfaatkan habis-habisan dalam menggerakkan sistem ekonomi kapitalis ini. Idea gender equality ini sebenarnya menjadi pendorong dan penyumbang kepada terjadinya masalah-masalah lain bagi wanita dan masyarakat umumya seperti meningkatnya angka perceraian, ’single parent’, kebebasan hubungan sosial antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.

Dasar Wanita Negara 2009

Berdasarkan tanggapan bahawa nasib wanita di negara ini masih lagi terbelakang dan dizalimi dan menjadi mangsa diskriminasi, Pelan tindakan Dasar Wanita Negara 2009 telah dilancarkan. Akhbar Utusan Malaysia pada 26hb Ogos 2009 melaporkan bahawa menurut pelan yang digubal berteraskan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara dan Dasar Sosial Negara, dasar ini mendukung cita-cita untuk mencapai kesaksamaan gender dan pembangunan seimbang merangkumi 13 sektor iaitu ekonomi; kemiskinan; undang-undang; keganasan terhadap wanita; kesihatan; pendidikan dan latihan; sains dan teknologi; dan wanita dalam pembuat keputusan. Ini adalah satu langkah yang diambil oleh pemerintah sekular untuk ‘membantu’ wanita. Akan tetapi apakah jaminan Dasar Wanita Negara ini akan dapat menyelesaikan kemelut yang melanda wanita?

Islam memerdeka dan mengangkat darjat wanita

Sesungguhnya apabila hukum-hakam Islam tidak dipelihara malah ditinggalkan, maka semakin jauh dan mundurnya pemikiran dan kehidupan umat Islam. Sejak Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan Islam kepada Rasul-Nya, maka sejak itu lah Islam telah menyelamatkan kaum wanita dari rosak oleh peradaban manusia yang sama sekali tidak menghargai kaum wanita. Membunuh anak perempuan kerana rasa malu, menjadikan wanita sebagai barang warisan, memperlakukan wanita hanya sebagai pemuas nafsu lelaki dan sasaran pelampiasan kekerasan dan sebagainya adalah budaya yang ada hampir di seluruh dunia sebelum kedatangan Islam. Tetapi setelah kedatangan Islam, hak-hak dan kemulian wanita terbela dan terjamin kerana Islam sangat menjaga kemuliaan wanita dan agar wanita dipandang tinggi bukan sebaliknya. Islam telah menjaga wanita daripada apa jua bentuk kerosakan samada eksploitasi atau kekerasan. Sememangnya Islam tidak mengekang mahupun melarang wanita Muslimah untuk beraktiviti dalam kehidupan umum selagi mereka tetap menjaga diri dan kehormatannya. Sirah kehidupan isteri-isteri Rasulullah pun mengindikasikan aktiviti aktif. Ummul Mukminin Khadijah r.a. adalah salah satu contoh usahawan wanita berjaya pada masa itu. Aisyah r.a. adalah perawi hadis dan banyak memberikan fatwa kerana kecerdasannya. Ini kerana Islam tetap mendorong wanita untuk memajukan diri dalam apa jua bidang yang ingin mereka ceburi tanpa mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi tenaga dan tubuhnya malah menjaga dan menghormati wanita. Wanita wajib menuntut ilmu sama seperti lelaki seterusnya mengaplikasikan ilmunya dalam apa jua bidang yang mereka inginkan selagi tetap menjaga martabatnya sebagai wanita Muslimah. Namun begitu, apa yang penting dan perlu diingat oleh setiap wanita Muslimah adalah tanggungjawab utama sebagai ibu pengatur rumahtangga tetap menjadi tugas utama kerana itu adalah ketetapan Allah Subhanahu wa Taala.

Khatimah

Sesungguhnya setiap permasalahan yang terkait dengan wanita sebenarnya sangat mudah untuk diselesaikan iaitu apabila melaksanakan Islam secara total dalam kehidupan iaitu mengambil Islam secara kaffah (keseluruhan). Islam bukan hanya perlu diimplementasi dalam ibadah atau spritual semata-mata tetapi Islam mesti diimplementasi dalam seluruh kehidupan. Sekiranya Islam tidak diterapkan secara kaffah, maka sampai bila-bila pun wanita Muslimah khususnya dan umat Islam umumnya akan tetap di takuk yang lama, wanita akan terus-menerus dieksloitasi tenaga dan tubuhnya, menjadi pelampias nafsu dan kekerasan lelaki manakala umat Islam sendiri akan terus menerus diracuni pemikirannya oleh pemikiran-pemikiran rosak Barat malah akan terus diperbodoh-bodohkan dan dipandang rendah oleh Barat. Taraf pemikiran umat Islam juga akan menjadi mundur. Pendek kata umat Islam keseluruhannya akan terus lena dan hanyut oleh tipu daya si kufar Barat yang sememangnya menginginkan Islam dan umat Islam terus hancur terkubur supaya matlamat mereka untuk menguasai dunia akan menjadi kenyataan. Sedar lah wahai Muslimah dan umat Islam, tegakkan kembali hukum syariat Islam dan seterusnya melaksanakan Islam secara kaffah di bawah naungan Daulah Khilafah agar nasib seluruh umat Islam akan terbela dan terjamin tanpa gangguan si kufar Barat.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

”Hai orang-orang beriman, masuk lah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya”. [TMQ Al-Baqarah [2]: 208]

”Dan mengutus seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum) supaya Dia mengeluarkan amal-amal yang soleh dari kegelapan kepada cahaya”. [TMQ At-Talaq [65]: 11]

”Siapa saja yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Siapa saja yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [TMQ Thaha [20]: 123-126]

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam:

”Aku telah meninggalkan untuk kalian dua perkara: kalian tidak akan tersesat selama kalian berpegang teguh pada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya” [HR Malik]

Wallahu a’lam bisshawab.


Baca selengkapnya...
29.8.09

I AM FREE TO DO WHAT I WANT

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |



Di dalam masyarakat hari ini, ramai di antara kita percaya bahawa kita bebas untuk berbuat apa sahaja yang diingini dalam kehidupan. Menjadi seorang yang berjiwa muda dan remaja bererti mempunyai berbagai-bagai perpektif kehidupan bersamanya. Sebaik sahaja kita melangkah ke dunia remaja di dalam masyarakat hari ini, kita akan terus ingin memperlihatkan bagaimana cara kehidupan yang dipilih. Samada keluar berhibur di kelab-kelab atau pub-pub, mencari cinta tanpa sebarang ikatan atau memberontak dengan keluarga dan pihak berkuasa; berkelakuan sesuka hati atau bersukaria tanpa batas, adalah satu perkara yang lumrah bagi para remaja.

Di dalam masyarakat Barat, para remaja telah mencipta dan didorong ke arah satu peranan di mana tanggungjawab adalah satu perkara yang asing dan hanya berminat untuk mencari keseronokan. Oleh itu, aktif secara seksual tanpa ada rasa tanggungjawab telah membawa kepada konsekuensi yang serius – contohnya seperti Alfie Patten, seorang kanak-kanak yang berumur 13 tahun telah menjadi seorang bapa pada usia yang begitu muda.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana satu kajian yang dibuat oleh Princeton Survey Research International dalam tahun 2005 telah mendedahkan bahawa di Amerika Syarikat, 27% remaja yang berusia di antara 13 - 16 tahun dan 41% remaja berusia di antara 14 – 15 tahun aktif secara seksual. Oleh yang demikian, adalah tidak menghairankan jika kehamilan ketika remaja merupakan masalah yang besar di Barat, di mana Amerika Syarikat dan Britain mempunyai kadar kehamilan tertinggi.

Walaupun sikap berbuat sesuka hati wujud di Barat, realitinya, kita hidup dalam sebuah masyarakat, bukan bersendirian. Oleh itu, walaupun ramai di antara kita cuba menterjemahkan kebebasan di dalam kehidupan sebagai hanya mencari dan mempunyai pekerjaan yang baik dan mempunyai keluarga yang stabil di mana akan membuat kita bahagia, kemungkinan individu yang lain pula menterjemahkan kebebasan ini dengan cara yang berbeza. Begitu juga jika kita merelakan diri kepada seorang perogol pasti akan membawa ke arah satu malapetaka yang dahsyat, walaupun perbuatan tersebut dilakukan sama dengan idea yang dipegang iaitu kebebasan untuk memuaskan diri sendiri. Jadi, jika kita benar-benar mempercayai bahawa kita perlu mempraktikkan kebebasan peribadi sepertimana satu kehidupan yang baik dan benar, pasti kita tidak mempunyai masalah apabila ada seorang perogol yang mempraktikkan kebebasan individunya, wujud di tengah–tengah masyarakat.

Adakah kita benar-benar bebas?

Inilah satu persoalan di mana orang-orang yang tinggal di dalam masyarakat Barat membuat berbagai-bagai andaian bagi jawapannya. Jika kita benar-benar bertanya soalan ini kepada diri kita, pasti jawapan yang ditemui adalah negatif. Kita sebenarnya tidak bebas. Walaupun masyarakat mempromosikan kebebasan seksual untuk memuaskan keinginan seksual seseorang, undang-undang British hanya membenarkan jika seseorang itu berumur 16 tahun ke atas.
Walaupun kita mempercayai bahawa kita bebas untuk berpakaian sebagaimana yang kita sukai seperti memakai karung guni jika kita memilihnya, realitinya adalah jika seseorang itu memilih untuk berjalan di jalan-jalan raya dalam keadaan berbogel, dia pasti akan ditangkap. Jika anda meminta sebuah akhbar untuk melaporkan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh Ratu England, pasti anda akan diberitahu bahawa perkara itu tidak dibenarkan.
Oleh yang demikian, jelas lah bahawa kita tidak sebenar-benarnya bebas. Kita hanya bebas setakat yang dibenarkan oleh masyarakat dan pemerintah. Oleh itu, persoalannya, jika kita tidak benar-benar bebas, tetapi menjalani kehidupan yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan dan norma-norma tertentu, apakah peraturan yang perlu kita ikuti? Adakah mengikuti norma-norma kehidupan sesebuah masyarakat yang dipilih oleh manusia sendiri atau norma-norma dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta yang telah mencipta setiap dari kita?

Kebebasan hanya menyebabkan kita berfikir tentang diri kita sendiri

Keghairahan untuk memenuhi berbagai-bagai keinginan yang melebihi segala-galanya, akan melenyapkan rasa tanggungjawab daripada minda para remaja. Keinginan untuk mendapatkan kegembiraan bagi diri sendiri membuatkan seseorang mengutamakan keinginannya melebihi daripada orang lain.

Idea individualisme di dalam masyarakat menyebabkan ramai anak-anak muda berseronok tanpa batasan dan tidak memikirkan impak ke atas orang lain atau masyarakat. Individualisme memberikan lesen
kepada anak–anak muda lelaki untuk melakukan hubungan seksual sesuka hati mereka tanpa sebarang komitmen kepada pasangan perempuan mereka. Individualisme juga memberikan keinginan superfisial untuk memiliki teman wanita yang bersize 8, seperti contoh yang ditonjolkan dalam program realiti TV BBC di mana seorang ibu tunggal membuat pendedahan bahawa pasangannya telah meninggalkannya ketika dia hamil 5 bulan dengan alasan bahawa dia telah hilang kecantikannya. Individualisme juga menunjukkan bahawa ibu bapa yang lebih mengutamakan kejayaan kerjaya mereka atau hubungan cinta mereka daripada kesejahteraan anak-anak mereka sepertimana yang dilaporkan oleh Children’s Society Report 2009, telah mengakibatkan anak-anak menjadi lebih gelisah dan tidak gembira.

Panel yang menyediakan Children’s Society Report 2009 menyatakan bahawa individualisme yang berlebih-lebihan perlu digantikan dengan satu sistem di mana manusia mendapat kepuasan dengan membantu orang lain, bukan mengejar kejayaan peribadi.

Masyarakat Barat melahirkan idea individualisme sebagai satu idea bahawa manusia hidup di samping masyarakat dan yang penting ialah kesejahteraan peribadi, bukan perbuatan kita yang boleh memberi kesan kepada orang lain. Jika seorang lelaki melakukan hubungan sulit dengan seorang wanita sehingga wanita itu hamil dan kemudian meninggalkannya, dia bukan sahaja memberi kesan terhadap kehidupan wanita tersebut di mana wanita tersebut perlu terus hidup dan memelihara seorang anak serta mencari nafkah bersendirian, tetapi perbuatan lelaki tersebut juga turut memberi kesan terhadap kehidupan anak tersebut yang membesar tanpa seorang bapa. Perbuatan individu pasti memberi kesan terhadap masyarakat, dan inilah idea yang harus difahami oleh masyarakat Barat untuk menangani masalah keruntuhan sosial yang disaksikan sekarang.

Keprihatian Islam terhadap semua di sekeliling kita.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan disampaikan oleh Nu’man bin Basheer r.a., Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Contoh orang yang mendirikan din Allah dan orang yang meninggalkannya adalah umpama sekumpulan orang yang menaiki sebuah kapal, sebahagian memenuhi dek atas dan sebahagian lagi memenuhi dek bawah. Apabila orang-orang dari dek bawah memerlukan air, mereka perlu menaiki dek atas untuk mendapatkannya. Maka, sebahagian daripada mereka berkata, “kenapa tidak kita tebuk sebuah lubang di dek kita supaya kita tidak perlu menyusahkan orang-orang yang di dek atas?” Jika perbuatan mereka itu tidak ditegah, mereka semua akan tenggelam dan karam, tetapi jika sebaliknya, mereka akan terselamat.”

Di dalam hadis ini, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam menerangkan bagaimana manusia perlu bekerjasama untuk membiarkan kapal tersebut untuk terus terapung, sama seperti keadaan sesebuah masyarakat. Jika manusia hanya mencari kepuasan untuk memenuhi keperluan dan keinginan sendiri tanpa memikirkan orang lain, maka akhirnya mereka akan musnah. Oleh itu, Islam menyarankan supaya kita harus memikirkan tentang komuniti dan masyarakat, di samping memenuhi keperluan sendiri. Dibawah pemerintahan Khilafah Islam, sistem sosial Islam menekankan bahawa segala rangsangan ke arah keinginan seksual dijauhkan daripada masyarakat supaya masyarakat dan komuniti akan terpelihara daripada keganasan hubungan seksual secara rambang akibat kebebasan tanpa batas.

Kita hamba kepada Allah

Idea yang menyatakan bahawa kita bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki serta memenuhi sebarang keinginan dengan apa cara sekalipun adalah satu kedustaan. Jika kita tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap denyut jantung kita, berapa banyak litar saraf elektrik yang dihantar oleh otak kita dan berapa banyak oksigen yang kita sedut, bagaimanakah kita boleh mempercayai bahawa kita mempunyai kebebasan
untuk memenuhi keperluan dan keinginan badan kita sepertimana yang dibincangkan sebelum ini? Jelas, kita telah dicipta oleh Allah dan dihidupkan oleh Allah, jadi bagaimana kita mempunyai keberanian untuk mempercayai bahawa kita mempunyai pilihan untuk memenuhi keinginan kita, tetapi Allah tidak berhak menentukan apa yang harus kita perbuat? Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa;

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahku”. [TMQ Az-Zariyat [51]: 56]

Ayat ini telah jelas menerangkan bahawa kita tidak mempunyai pilihan melainkan melakukan setiap perbuatan dengan mengikut perintah dan larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana tujuan kita hidup di dunia ini hanyalah untuk-Nya.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Sebarang perbuatan yang dilakukan bukan berdasarkan kepada urusan kita akan ditolak”.

Oleh yang demikian, tidak ada ruang untuk seseorang Muslim itu merasakan bahawa dia mempunyai kebebasan untuk memenuhi sebarang keinginannya. Setiap perbuatannya harus berlandaskan kepada Islam. Ini bukanlah bermaksud seorang Muslim itu harus bersembahyang dan berpuasa selama 24 jam sehari dan tidak melakukan perbuatan yang lain, tetapi kita juga harus mempunyai hubungan dengan orang lain, berjual beli, menghormati orang tua kita dan memenuhi masa lapang kita selari dengan tuntutan din Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sebagai seorang Muslim, kita harus mengetahui bahawa kematian adalah satu kemestian dan hari pembalasan pasti akan datang, di mana kita akan diberi balasan ke atas segala perbuatan kita di dunia ini. Hari ini adalah hari di mana,
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasannya). Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula ” [TMQ Al-Zalzalah [99]: 7 – 8]

Oleh itu, seharusnya kita menggunakan minda kita untuk berfikir sebelum melakukan sebarang perbuatan kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan mempertanggungjawabkan kita walaupun untuk kesalahan kecil yang dilakukan akibat kesombongan kita mengingkari din-Nya. Bebas melakukan apa saja yang boleh membawa akibat yang buruk, tanpa mengambil kira samada perbuatan itu baik atau salah tidak seharusnya berlaku kepada seorang Muslim yang berfikir dan matang.
Seorang Muslim yang matang dan berfikir seharusnya mempunyai perasaaan ketaqwaan, ketakutan dan kesedaran tentang Penciptanya serta sentiasa menyala di dalam tubuhnya untuk mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam segala perbuatannya. Seharusnya ketakutan dan kecintaan seseorang terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu lebih besar untuk dapat menahan dirinya daripada terfikir untuk berpeleseran dengan teman-temannya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berjanji bahawa ganjaran yang besar di luar daripada fikiran manusia menanti di akhirat, seperti firman-Nya,

“… dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.” [TMQ At-Thalaaq [65]: 5]

Sesungguhnya kehidupan di dalam masyarakat hari ini amat sukar bagi remaja Muslim kerana mereka sentiasa dipaksa untuk menyerah kalah kepada keinginan dan kesenangan manusia yang rendah. Tetapi, seorang Muslim itu harus mengetahui bahawa ini adalah jalan ke arah kehancuran bersama-sama orang di sekeliling mereka samada di dalam kehidupan ini mahupun di akhirat nanti. Dengan pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, oleh itu, mereka pasti dapat mencari kekuatan dan hidup semata–mata untuk-Nya, melebihi keinginan untuk memenuhi keinginan sebagai manusia;

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” [TMQ Yunus[10]: 63 -64]

Sumber : Islamic Revival


Baca selengkapnya...
25.7.09

Negara Perlu Khidmat Wanita atau Wanita Perlu Khidmat Negara

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ketika ini di seluruh dunia, pandemik Inlfuenza A (H1N1) masih belum dapat dibendung. Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 hb Julai 2009 melaporkan bahawa dua orang warga Singapura mati akibat jangkitan virus Selesema Babi ini. Manakala laporan Yahoo News mencatitkan kematian ke 31 di United Kingdom atas sebab yang sama. Sama seperti mana-mana musibah yang menimpa umat manusia di seluruh dunia, walaupun permasalahannya masih belum pulih, akan tetapi semakin lama ia semakin kurang diberi perhatian apabila laporan tentangnya dianggap sebagai sesuatu yang biasa. Begitu juga dengan permasalahan yang melanda kaum wanita. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan insiden kejam pembunuhan Dr Marwa al-Sharbini semata-mata mempertahankan khimar (tudung kepala). Malangnya, berita dan rentetan peristiwa selepas kematian Raja Pop lebih mendapat perhatian media kerana lebih tinggi nilai komersilnya menjadikan kisah sedih perjuangan seorang Muslimah di Jerman mempertahankan khimarnya lenyap tanpa desakan untuk pembelaan dan balasan setimpal ke atas pelakunya.

Syukur Alhamdulillah. Fikratul Ummah kali ini membawakan dua buah artikel. Artikel Negara Perlu Khidmat Wanita atau Wanita Perlu Khidmat Negara ingin menjelaskan tentang kemelut yang melanda iaitu samada wanita perlu lebih berkhidmat untuk Negara dengan menyertai pasaran buruh serta menjadi pembuat keputusan atau wanita perlu memainkan lebih peranan untuk menangani gejala sosial. Manakala artikel Isu Penderaan Pembantu Rumah: Siapakah yang Patut Dipersalahkan serba sedikit menjelaskan tentang insiden penderaan ke atas pembantu rumah Indonesia dan langkah ‘jangka-pendek’ Sekular untuk menyelesaikannya.

Artikel ini berama-sama dengan bahagian akhir artikel terjemahan bertajuk Propaganda yang Dilancarkan Oleh Kapitalisme Ke Atas Wanita Muslimah diharapkan akan dapat menjelaskan kepada Muslimah khususnya Islam telah datang dengan meninggikan taraf wanita dan memuliakannya dengan hukum-hukum syarak yang benar.

Semoga artikel-artikel yang dikemukakan ini dapat memberi input bermanfaat kepada Muslimat khususnya bahawasanya apabila Al-Quran dan Sunnah dipinggirkan dalam pemerintahan Negara, seluruh warganegara akan merasai bahang akibat lari dari perintah Rabbnya. Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta [TMQ Taha:124].
Wallahu ‘alam bisshawab.





Negara Perlu Khidmat Wanita…itulah tajuk artikel yang ditulis oleh Sri Ayu Kartikawati Amri [kartika@hmetro.com.my] di akhbar Harian Metro pada 7 Julai 2009. Beliau membuat ulasan dalam artikel tersebut setelah menghadiri Seminar Kepekaan Gender yang diadakan di Kuala Lumpur sehari sebelumnya. Seminar ini dirasmikan oleh Tan Sri Faizah Mohd Tahir selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dalam artikel tersebut, Tan Sri Faizah yang mewakili Menteri KPWKM, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipetik sebagai berkata “Negara masih memerlukan lebih ramai wanita menyertai pasaran pekerjaan berikutan kini hanya 45.7 peratus wanita bekerja berbanding lelaki, 79.5 peratus”. Menurutnya lagi “Kita belum mencapai walaupun 50 peratus wanita yang bekerja di negara ini, apatah lagi penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan juga masih rendah.” Seterusnya beliau menambah “Sebagai contoh dalam bidang politik, hanya 10.4 peratus wanita berjaya menduduki kerusi dewan rakyat dan 8.0 peratus dipilih sebagai ahli dewan undangan negeri.”

Seterusnya artikel tersebut memetik kenyataan daripada Tan Sri Faizah berkenaan dengan pelan tindakan KPWKM di mana menurut beliau KPWKM akan melaksanakan satu pelan tindakan khas bagi meningkatkan peratusan wanita menyertai pasaran pekerjaan selain mencapai dasar minimum 30 peratus yang ditetapkan kerajaan di mana pelan tindakan itu turut merangkumi pembabitan wanita di lima sektor utama iaitu sektor awam, swasta, kehakiman, legislatif dan badan berkanun.

Dalam keghairahan KPWKM yang baru diterajui semula oleh Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyusun semula pelan tindakan untuk menambah jumlah tenaga kerja wanita di segenap sektor, kementerian ini didesak agar berbuat sesuatu untuk menangani kemelut gejala sosial yang melanda negara. Hal ini disuarakan oleh Muslimat PAS di mana KPWKM diminta memberi tumpuan serius dalam menyelesaikan isu kekeluargaan yang semakin meruncing-statistik yang terkini yang dikemukakan membabitkan lebih 250,000 kes anak luar nikah[www.muslimatpas.org ,13hb Julai 2009].

Seterusnya Ustazah Nuridah Mohd Salleh, selaku Ketua Dewan Muslimat PAS menyatakan sudah tiba masanya Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilantik semula mengetuai kementerian tersebut bertindak tegas dan mengemukakan strategi khusus untuk menangani isu-isu yang boleh meruntuhkan jati diri dan institusi kekeluargaan di negara ini. Beliau menegaskan, masalah gejala sosial dalam negara ini sebenarnya bermula daripada masalah dalam sesebuah keluarga. Jika keluarga terbabit menghadapi pelbagai kecamukan dari sudut penghayatan agama, masalah ekonomi, didikan dan gaya hidup, maka akan berlakulah keruntuhan serius terhadap institusi keluarga.

Ustazah Nuridah dipetik sebagai berkata "Keluarga merupakan unit paling kecil dalam sesebuah masyarakat. Kalau keluarga kita baik, masyarakat akan baik, tetapi kalau keluarga kita sendiri bermasalah, maka ia boleh menyumbang masalah kepada masyarakat dan negara.” Seterusnya beliau mahu agar Shahrizat dan kementeriannya berperanan dan mengambil tahu tentang isu sebenar keruntuhan akhlak remaja dan kerapuhan institusi keluarga di negara ini agar ia boleh diselamatkan dan diperkasa sebagai unit kecil yang mahu membangunkan peradaban negara.

Jika diperhatikan dari satu sudut, nampaknya KPWKM mempunyai strategi yang cukup mantap dalam usahanya meningkatkan jumlah pekerja wanita dalam negara, seruan kerajaan disambut baik oleh kementerian tersebut dan langkah pro aktif terus dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi kerajaan. Di satu sudut yang lain pula, kementerian yang sama dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memulihkan institusi kekeluargaan yang kian rosak dan diminta agar diatasi dengan segera masalah sosial yang melanda negara yang seolah-olah berpunca dari keruntuhan institusi keluarga. KPWKM diletakkan dalam keadaan yang boleh diibaratkan seumpama si lumpuh mengejar pelangi, pelangi yang dikejar terlalu tinggi, sengsara berterusan memakan diri.

Memang sukar untuk seseorang mengejar cita-cita yang tinggi apabila pada masa yang sama terpaksa berhadapan dengan masalah yang semakin meruncing yang belum pernah dapat diselesaikan. Kemelut melanda, mana yang perlu didahulukan? Selesaikan masalah atau mengejar cita-cita? Atau mampukah kedua-duanya dilakukan serentak dalam satu masa? Kelihatan seolah-olah KPWKM sekarang perlu dengan segera menyahut seruan “Negara Perlukan Khidmat Wanita” dan pada masa yang sama perlu menjaga dan membenteras segala permasalahan keluarga yang mana khidmat kementeriannya diperlukan layaknya seperti “Wanita Perlukan Khidmat Negara”. Lalu apa kesudahannya kepada kemelut ini?

Di sinilah sebenarnya yang perlu dijelaskan kerana seorang pemikir yang diasuh ilmu dan tsaqafah Islam yang benar akan mampu menghuraikan permasalahan ini. Ini kerana agama Islam yang syumul telah mengajar kita melihat apa punca masalah yang sebenarnya? Setelah dapat dikenal pasti apa punca masalahnya, soalan kedua ialah kenapa masalah seumpama ini berlaku? Seterusya mencari jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan permasalahan ini dan penyelesaiannya mestilah dikembalikan kepada Islam iaitu bersumberkan al-Quran dan Sunnah yang mana ia tidak boleh dijadikan alternatif melainkan satu penyelesaian yang perlu diambil secara hak kerana Islam adalah satu Deen yang mengatur kehidupan manusia. Islam sebagai cara hidup. “Islam is Way of Life”.

Punca Permasalahan dan Kenapa Ia Berlaku

Secara ringkasnya di sini ada dua pertembungan masalah yang boleh diterjemahkan iaitu: Pertama, wanita bersungguh-sungguh ingin memantapkan diri dalam kerjaya dan perlu dipandang setanding dengan lelaki, menyahut cabaran untuk sama-sama tampil ke hadapan, berdaya saing, hebat, diberi hak dan pengiktirafan yang selayaknya. Kedua, wanita dibelenggu dalam permasalahan sosial yang tiada kesudahan malah makin meruncing dan kian parah seolah-olah tiada penyelesaiannya.

Untuk masalah pertama, wanita disibukkan dengan mengejar kerjaya dan kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Satu sasaran penunjuk aras telah diletakkan agar wanita mencapai sasaran ini. Kenapa perkara seumpama ini berlaku? Apa yang ingin dikejar sebenarnya kalau bukan kepuasan diri dan keuntungan (manfaat) yang menjadi tunjang kepada sistem Sekular-Kapitalis? Wanita seolah-olah dipaksa agar melupakan tugas hakiki mereka sebagai pengurus rumahtangga dan pendidik kepada anak-anak mereka. Dari Ibnu Umar disebutkan bahwa Nabi Sallalahu Alaihi Wa Sallam pernah bersabda “Setiap diri kalian adalah pemimpin….Seorang wanita adalah pemimpin (pengurus) rumah suaminya dan anak-anaknya, dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya"[HR Bukhari dan Muslim]. Dari hadis di atas jelas bahwa hukum asal seorang wanita adalah sebagai Umm(un) wa rabbah al bayt (ibu dan pengatur rumah tangga). Jika hujah ini dikemukakan, maka akan ada yang mengatakan itu wanita zaman dulu sedangkan sekarang wanita zaman moden. Wanita perlu tonjolkan kelebihan yang ada pada mereka, wanita perlu lebih berketerampilan, wanita perlu mempunyai daya saing dan banyak lagi hujah yang akan dikemukakan. Sesungguhnya, di zaman mana pun manusia berada, fitrah manusia tetap sama. Adakah mereka ini lupa yang secara fitrahnya Allah telah melebihkan kaum lelaki dari kaum perempuan? Kaum lelaki adalah pemimpin (qawwamuna) ke atas kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan (faddala) sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka (untuk menanggung wanita)[TMQ an-Nisa (4):34].

Ledakan globalisasi telah memaksa wanita untuk keluar bekerja, kesempitan hidup dalam sistem Sekular-Kapitalis menyebabkan hak-hak wanita terabai, wanita dibiarkan menanggung dirinya sendiri untuk sesuap nasi. Walhal dalam Islam, wanita dijaga oleh wali atau suami masing-masing. Ada juga yang keluar bekerja semata-mata kerana inginkan gaya hidup mewah dan menjaga prestasi sosial masing-masing. Apabila penyakit wahn menyelubungi diri, wanita Islam hilang hala tuju dan terumbang-ambing dilambung ombak Sekular-Kapitalis dan menderita setelah dijangkiti virus penyakit wahn. Rasulullah Sallalahu Alaihi Wa Sallam bersabda: “Di perkirakan bahawa orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu hidangannya.” Seseorang berkata, “Apakah kerana jumlah kami sedikit di waktu itu (hingga orang-orang kafir boleh menyerbu)?” Baginda bersabda, “Bahkan jumlah kalian di saat itu ramai sekali, tetapi kalian seperti buih air bah (tidak berguna). Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuh kalian terhadap kalian serta memasukkan di dalam hati kalian (penyakit) wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah (penyakit) wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud].

Wanita Islam juga dimomok-momokkan dengan isu kesetaraan gender yang merupakan sekadar tipu daya musuh Islam semata-mata untuk melihat wanita Islam jatuh tersungkur dan membiarkan pegangan agama terpinggir dan lebur. Telah jelas kepada kita bahawa perjuangan feminisme dan perjuangan kesetaraan gender adalah satu pembohongan yang diada-adakan oleh musuh Islam. Ia langsung tidak berasal dari Islam, malah Islam sebagai Deen yang syumul telah lebih awal mengangkat darjat wanita dan memberi penghormatan kepada golongan Hawa ini. Hanya saja wanita Islam hari ini telah dirabunkan matanya kalaupun belum dibutakan dengan isu-isu feminisme dan kesetaraan gender yang menyebabkannya hanyut jauh dalam perjuangan yang batil lagi menyesatkan. Sesungguhnya apabila pemikiran umat Islam telah lemah maka amat mudah untuk pihak musuh menggunakan tipu daya mereka dengan apa cara sekalipun. Dan ingatlah firman Allah bahawa “ Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak sekali-kali akan redha kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)” [TMQ Al-Baqarah (2):120].

Apabila wanita yang sepatutnya mengurus rumahtangga disibukkan dengan isu-isu perjuangan kesetaraan gender, mendahulukan kerjaya yang statusnya mubah (harus), maka ini secara tidak langsung menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pengurus dan pengatur rumahtangga yang mana sekaligus akan mengakibatkan pengabaian kepada didikan anak-anak. Di sini akan bermula gejala sosial yang melanda negara. Akibat kurangnya perhatian dan didikan agama dalam sesebuah keluarga, keluarga tersebut hancur. Berlakulah sumbang mahram, penzinaan di kalangan remaja, kes buang bayi, mat rempit, penagihan dadah, budaya “black metal” dan seumpamanya. Justeru di mana tanggungjawab negara dalam menangani masalah ini? Kenapa gejala sosial semakin parah? Jawapannya akan dikembalikan semula kepada pengabaian tugas oleh wanita dalam menjaga dan mendidik anak-anak mereka.

Satu persoalan, adakah benar, wanita tidak akan cemerlang jika mereka hanya duduk di rumah dan mendidik anak sepenuhnya? Ini satu mitos sebenarnya. Faktanya adalah, kenyataan tersebut tidak benar sama sekali! Lihat saja imam-imam besar dan ulama-ulama termasuk pengasas mazhab-mazhab dalam Islam. Siapa yang melahirkan mereka, membesarkan mereka, mendidik mereka dengan didikan agama yang sempurna kalau bukan ibu mereka yang sememangnya wanita? Hanya saja wanita hari ini tidak mahu kembali kepada kehidupan Islam yang benar. Maka natijahnya adalah masyarakat ditimpa penyakit sosial yang amat parah.

Apa penyelesaiannya dalam Islam?

Dalam Islam, wanita adalah sebahagian anggota masyarakat yang merupakan sebahagian warganegara Negara (Daulah Islamiyyah) yang layak mendapat perlindungan harta, nyawa dan kehormatan serta jaminan keperluan asas. Justeru untuk memahami penyelesaiannya menurut syarak, kita mesti memahami bahawa perlindungan kepada wanita termasuk jaminan keperluan asasnya terpenuh hanya dalam sebuah negara yang melaksanakan Islam secara kaffah, secara keseluruhan. Negara (Daulah) ini akan melaksanakan sistem ekonomi Islam yang mana dengannya, pengagihan kekayaan kepada seluruh warganegara menyebabkan wanita tidak perlu bekerja demi untuk ‘survival’ sebagaimana senario ramai wanita hari ini. Negara (Daulah) ini juga akan melaksanakan sistem uqubat yang mana dengannya, hukuman hudud, qisas, takzir dan mukhalafah dilaksanakan oleh imam atau khalifah untuk mencegah dan menghukum pesalah yang terlibat dalam semua aspek pelanggaran hukum termasuk terlibat dalam gejala sosial. Di sini, negara (Daulah)lah yang akan menguatkuasakannya sehingga gejala sosial dapat dihapuskan dan bukannya hanya memfokuskan kepada kaum wanita untuk membendungnya. Sesungguhnya, dengan berdirinya semula Negara Khilafah sahajalah pemimpin dan kaum wanita melaksanakan tanggungjawabnya sesuai syarak sehingga Islam terpancar sebagai rahmatan lil ‘alaamin.

Wallahu ‘alam bisshawab.


Baca selengkapnya...
25.7.09

Isu Penderaan Pembantu Rumah: Siapakan yang Patut dipersalahkan?

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |


Malaysia merupakan salah satu destinasi utama kepada sebahagian besar tenaga kerja Indonesia (TKI) sejak dua dekad yang lalu. Jarak geografi yang dekat, persamaan adat, bahasa dan terbukanya pelbagai peluang pekerjaan di pelbagai sektor telah mendorong TKI untuk datang ke Malaysia. Menurut Sidney Jones [2000: 3] TKI telah berebut untuk mencari peluang pekerjaan di dalam sektor pekerjaan yang tidak mahir atau dikenali sebagai pekerjaan 3 D (dirty, difficult and dangerous). Ia selari dengan laporan yang memetik bahawa “Bayaran gaji yang terlalu rendah dan laporan media mengenai penderaan pembantu rumah asing merupakan antara faktor pembantu rumah asing yang berkemahiran tinggi kurang berminat datang ke Malaysia”, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini [Bernama, 11hb Julai 2009].

Lanjutan dari isu penderaan terhadap pembantu rumah yang hangat mendapat liputan media, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28hb Jun 2009 melaporkan bahawa Indonesia kekal dengan keputusannya untuk menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia sehingga satu kata putus dibuat menerusi perbincangan khas kedua-dua pihak minggu depan. Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar berkata, pihaknya belum yakin bahawa Malaysia boleh menjaga kebajikan pembantu rumahnya sehingga satu jaminan keselamatan termeterai dalam perbincangan khas itu.


Sehubungan itu, katanya, semua agensi pekerjaan di republik tersebut telah diarah untuk menghentikan sebarang aktiviti merekrut tenaga buruh baru khususnya pembantu rumah untuk dibekalkan ke negara ini. “Bagaimanapun bagi bakal pembantu rumah yang sudah melalui proses pemilihan, kursus dan latihan yang dikendalikan agensi pekerjaan di Indonesia, mereka masih dibenarkan untuk di bawa masuk ke negara ini.

“Ini kerana mereka telah pun membayar wang kursus dan latihan pembantu rumah malah telah menghabiskan banyak masa untuk tujuan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Keluarga Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia di sini hari ini.

Tindakan ini diambil ekoran kemarahan rakyat negara itu dengan kes-kes majikan tempatan mendera pembantu rumah Indonesia. Antara kes yang mendapat liputan yang meluas oleh media massa baru-baru ini adalah kes Siti Hajar yang didera oleh majikannya. Siti Hajar, 33 adalah penganut agama Islam yang didera dan disiksa sehingga dipaksa memakan babi. Beliau bahkan tidak pernah menerima gaji sebanyak RM500 sebulan. Bayangkan pada kes Siti Hajar ini, majikannya sendiri mengakui tidak pernah membayar gaji sejak tiga tahun lalu!!

Sedikit masa lalu negara dikejutkan dengan kes penderaan yang menimpa Nirmala Bonat, 19, warga Indonesia yang tiba di negara ini dengan harapan mencari nafkah halal, akhirnya terpaksa melarikan diri meminta pertolongan. Gadis berasal dari Nusa Tenggara Timur, Kupang, Indonesia itu dipercayai didera teruk oleh majikan wanitanya selama lima bulan lalu sewaktu bekerja di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Mangsa, antara lain, melecur pada kedua-dua buah dadanya akibat ditekap dengan seterika panas. Bahagian belakang badan mangsa melecur teruk disiram air panas. Begitu juga kedua-dua belah tangannya melecur akibat direndam dalam air panas.``Saya terpaksa melarikan diri selepas tidak tahan dipukul setiap hari oleh majikan sejak lima bulan lalu,'' katanya kepada wartawan setelah menerima perlindungan di Kedutaan Indonesia di sini.

Begitulah antara kisah-kisah yang menyayat hati, menyentuh perasaan bagi makhluk yang bergelar manusia. Namun penderaan ini juga dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia. Mengapa ini boleh terjadi?

Adakah si majikan ini sudah tidak mempunyai hati dan perasaan lagi? Ataukah si pembantu yang tidak pernah mengenang budi? Apakah si pembantu ini tidak pandai membuat kerja rumah? Atau si majikan yang terlalu cerewet dalam urusan rumah tangga? Semua persoalan ini bermain dibenak setiap pembaca yang membaca kisah penderaan pembantu rumah tersebut.

Fikratul Ummah kali ini ingin mengupas serba sedikit berkenaan isu penderaan pembantu rumah, mengapa dan punca keadaan-keadaan seperti ini boleh terjadi dan apakah peranan negara dalam menyingkap permasaalahan tersebut.

Mengapa keadaan seperti ini boleh terjadi?

Dari kisah-kisah yang hebat dipaparkan oleh media, kebanyakan majikan yang mendera pembantu rumah adalah daripada kalangan majikan yang bukan Islam mendera pembantu rumah yang beragama Islam. Adakah ini disebabkan oleh kebencian mereka terhadap agama Islam ataukah mereka sememangnya sudah tidak mempunyai perasaan terhadap manusia yang bergelar pembantu? Jika kebencian terhadap Islam merupakan penyebabnya, pasti ada banyak cara untuk menzahirkan kebencian itu dan bukan hanya dengan mendera pembantu. Mangsa penderaan seperti Nirmala Bonat juga bukan seorang Islam! Adakah semangat assobiyah atau nasionalisme yang sering dilaungkan oleh kerajaan menyebabkan mereka merasakan bahawa warga asing tidak layak menerima layanan yang baik? Apakah desakan hidup, masalah rumah tangga, bebanan kerja yang saban hari semakin membebankan menyebabkan majikan ini hilang pertimbangan sehingga menjadikan pembantu rumah sebagai mangsa?

Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Fatimah Yusoff berkata, masalah personaliti majikan serta sikap sesetengah pembantu rumah adalah antara faktor yang mengakibatkan terjadinya kes-kes penderaan.Katanya, sikap majikan yang terlalu garang serta pembantu rumah yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan mereka, boleh mewujudkan ketegangan sehingga majikan cenderung mendera pekerja mereka itu. Ketua Kaunselor, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Asmawati Baharuddin berkata, harapan majikan yang terlalu tinggi menyebabkan mereka cenderung mendera pembantu rumah apabila pekerja mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik. [Utusan Malaysia, 12 Februari 2000]. Menurut Dr. Nazarudin Zainun yang merupakan pensyarah Sejarah Asia Tenggara (Indonesia), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, majikan menaruh harapan yang sangat tinggi kepada pembantu rumah Indonesia kerana mereka telah membelanjakan hampir RM5,000 untuk mendapatkan pembantu rumah. Malangnya, terjadi apabila pembantu rumah Indonesia ialah seorang yang tahap pendidikannya rendah, berasal dari kampung yang mundur dan miskin. Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat memahami sesuatu arahan dengan tepat dan cepat. Tambahan pula pembantu rumah yang datang dari desa juga kurang fasih berbahasa Indonesia. Kebanyakan mereka menggunakan bahasa daerah sebagai bahasa utama. Untuk memahami bahasa ibunda mereka saja susah apatah lagi memahami bahasa orang lain [Utusan Malaysia, 1hb Jun 2004]. Bayangkan bagaimana Nirmala Bonat dapat berkomunikasi dengan majikannya yang berbangsa Cina!

Menerusi wawancara pada 21hb Mei 2007, Dato’ Raja Zulkiflie, Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) mendakwa hampir sebahagian besar atau lebih daripada 70 peratus daripada seluruh pembantu rumah daripada Indonesia di Malaysia pada ketika ini bekerja dengan orang bukan Islam khususnya majikan berbangsa Cina. Faktor agensi juga memainkan peranan penting mengapa pembantu rumah Indonesia lebih ramai bekerja dengan orang bukan Melayu khususnya bangsa Cina. Ini adalah kerana agensi pembantu rumah asing di Malaysia pada ketika ini sudah di dominasi oleh orang Cina. Daripada lebih 100 buah agensi yang berdaftar dengan PAPA lebih 90 peratus dimiliki oleh syarikat berbangsa Cina. Syarikat agensi yang dimiliki orang Cina mempunyai modal yang banyak untuk mendatangkan pembantu rumah dari Indonesia yang akhirnya syarikat agensi bangsa Cina secara terus menerus akan mendapat bekalan pembantu rumah dari pembekal di Indonesia. Apalagi syarikat atau agensi berbangsa Cina berani untuk membayar wang pendahuluan kepada syarikat pembekal pembantu rumah dari Indonesia. Oleh sebab itu, syarikat agensi pembantu rumah bangsa Cina tersebut telah berjaya mengawal aliran jumlah kemasukan pembantu rumah dari Indonesia. Sedangkan syarikat yang dimiliki orang Melayu pada ketika ini sangat sukar untuk mendapatkan bekalan pembantu rumah daripada Indonesia. Salah satu faktornya adalah kerana syarikat orang Melayu kekurangan modal kerja dan tidak berani menanggung risiko dengan mengeluarkan pembayaran pendahuluan kepada pembekal pembantu rumah yang berada di Indonesia. [Darul Iman Abdul Munaf, “Perlindungan Pembantu Rumah Indonesia Di Malaysia: Antara Impian Dan Realiti”, Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya]. Pada masa yang sama, menurut Jeffrey Foo, Naib Presiden PAPA permintaan terhadap pembantu rumah dari Indonesia semakin hari semakin tinggi dan faktor ini sekaligus telah mendorong syarikat agensi pembantu rumah berbangsa Cina mulai terfokus kepada pembantu dari Indonesia. Sedangkan permintaan untuk pembantu rumah semakin kecil kerana permintaan terhadap pembantu Filipina hanya daripada kelompok majikan yang berada [Dewi Anggraeni, 2006: 166]. Fakta di atas menjelaskan mengapa penderaan terhadap pembantu rumah lebih menonjol dalam kalangan majikan berbangsa Cina.

Penyelesaian Sekular-Kapitalis

Apabila timbul permasalah seumpama ini, selaras dengan pengurusan negara melalui krisis (management by crisis), pelbagai pihak mengemukakan kaedah untuk menyelesaikan kemelut ini sebagaimana laporan Berita Minggu pada 19hb Julai 2009:

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, mesyuarat antara beliau dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Erman Suparno, bakal membincangkan isu yang dipersetujui Malaysia membabitkan pembantu rumah warga Indonesia iaitu, soal cuti sehari dalam seminggu, liputan insurans, membaiki tahap kontrak dan soal bayaran gaji tetap atau bulanan.

Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan, bagi mengatasi masalah ini (baca: pergantungan kepada pembantu rumah) apa yang boleh dilakukan adalah memperbanyakkan pusat penjagaan kanak-kanak dan orang tua di kawasan kejiranan kerana antara alasan utama kepada masyarakat negara ini menggunakan pembantu rumah adalah untuk menjaga anak dan juga ibu bapa mereka yang sudah tua. Sebagai galakan, kerajaan juga boleh mengurangkan kadar cukai tahunan kepada pengguna yang menggunakan khidmat rumah asuhan ini.

Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim, kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah penguatkuasaan untuk menangani masalah penderaan pembantu rumah asing, termasuk mewujudkan “hotline” aduan di bilik gerakan ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia untuk pembantu rumah asing, majikan dan orang ramai membuat aduan [Bernama, 11hb Julai 2009].

Peranan Negara (Islam) di Dalam Memenuhi Keperluan Rakyat.

Untuk memahami bagaimanakah Islam menyelesaikan isu penderaan kepada pembantu rumah dan pergantungan terhadap tenaga kerja asing ini, kita hendaklah melihat apakah punca permasalahan kepada isu ini. Kita menyaksikan bahawa banyak keluarga bergantung pada pembantu rumah untuk menjaga anak dan melakukan kerja-kerja domestik disebabkan oleh kaum wanita yang menyertai tenaga kerja. Ada kalangan wanita yang terpaksa bekerja bukan kerana untuk mengejar kemewahan dan pangkat tetapi atas faktor ‘survival’ terutamanya yang berstatus ibu tunggal. Dalam keadaan negara diperintah dengan sistem pemerintahan berasaskan perundangan Barat dan akal manusia, tiada jaminan keperluan asas untuk seluruh warga negara menyebabkan wanita terpaksa bekerja dan meletakkan tanggungjawab pengasuhan kepada pembantu rumah. Mendera manusia lain dan memperlakukan mereka seperti haiwan adalah satu kesalahan. Akan tetapi, sekadar usaha menyelesaikan ‘gejala’ atau ‘symptoms’ masalah, tidak akan menghentikan kes penderaan ini. Buktinya, Yim Pek Ha, bekas majikan Nirmala Bonat telah dijatuhi hukuman 18 tahun penjara di bawah Seksyen 326, Kanun Keseksaan akan tetapi ia tidak menyebabkan individu seperti bekas majikan Siti Hajar meneladaninya.

Justeru kita melihat peri pentingnya negara di pimpin oleh seorang imam/khalifah yang akan memastikan kesejahteraan seluruh warga negara tanpa mengira kaum dan agama terbela. Ini adalah kerana setiap individu dalam Islam adalah tanggungjawab pemimpin dalam Negara Islam (Daulah Islamiyah). Tugas pemimpin adalah memastikan bahawa individu di dalam negaranya dipenuhi setiap keperluan asas.

Ini kerana Islam bertolak dari akidah yang tinggi dalam memandang manusia, kerana Allah ‘Azza wa Jalla telah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, dan menegakkan hukum-hukum syariat Allah di muka bumi. Allah berfirman: “Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi” [TMQ al-An’am [6]:165].

Oleh itu, Islam memandang bahawa manusia adalah objek penghormatan dari Allah Subhanahu Wa Taala yang telah menganugerahkan penghormatan itu dan memberikannya kepada manusia. Setiap manusia dengan sifatnya sebagai manusia, adalah sama-mendapat penghormatan ini, meskipun berbeza-beza warna kulit tempat tinggal dan keturunannya. Begitu juga antara laki-laki dengan perempuan semuanya mendapat penghormatan dari Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 70 yang berbunyi “Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan makhluk yang telah kami ciptakan.”

Sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin dalam negara Islam, dia dipertanggung jawabkan ke atas setiap individu dalam pimpinannya. Ini kerana Negara dibebani untuk memelihara pelbagai urusan dan kemaslahatan manusia. Negara juga dibebani untuk menjamin hidup dan kehidupan yang mulia bagi manusia. Islam menegaskan penjagaan dan perlindungan atas peribadi manusia dengan mengharamkan pelanggaran terhadapnya, kezaliman dan serangan (siksaan) yang tidak dibenarkan.

Dalil-dalil syara telah mewajibkan penjaminan hak-hak manusia, iaitu dengan menempatkan negara sebagai pihak yang bertanggungjawab atas seluruh urusan rakyat. Syara mewajibkan negara melindungi hak-hak rakyat, bersikap adil terhadap mereka, baik antara kaum muslim maupun kaum Kafir Zimmi. Syarak mengharamkan negara melakukan diskriminasi kepada rakyat atas dasar agama, kelompok, warna kulit, keturunan atau sebagainya. Antara dalil-dalil di mana Allah Subhanahu Wa Taala memerintahkan supaya manusia berlaku adil ialah “Dan (Allah menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” [TMQ An-Nisa’ (4): 58].

Dalil tersebut disyariatkan untuk umum. Allah tidak mengkhususkan bagi sesuatu kaum lalu mengecualikan kaum yang lain. Ini adalah kerana hukum Allah tidak lain disyariatkan untuk seluruh umat manusia. Allah berfirman “Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.” [TMQ Saba’ (34): 28].

Selain kewajipan berbuat adil dan wajibnya pemelihara atas seluruh urusan rakyat itu ditetapkan dalam al-Quran, kewajiban-kewajiban tersebut juga ditetapkan dalam as-sunnah seperti sabda Rasulullah “Siapa saja yang mati meninggalkan warisan, maka itu bagi ahli warisnya. Dan siapa saja mati meninggalkan orang yang terlantar, maka tanggungjawabnya bagi kami, dan kadang-kadang baginda bersabda - bagi Allah dan Rasul-Nya” [HR Ibn Majah]. Dalam riwayat Imam Muslim, dari Nafi’ dari Ibn Umar, Nabi saw pernah bersabda: “Ingatlah, masing-masing dari kalian adalah pemimpin (pemelihara), dan masing-masing akan bertanggung jawab atas pemeliharaannya. Seorang amir (penguasa) adalah orang yang memelihara urusan manusia, dan ia wajib bertanggungjawab atas pemeliharaan urusan rakyatnya [HR Muslim].

Begitu juga Nabi saw telah melarang dengan larangan yang bersifat tegas agar tidak menipu rakyat, dan terhadap pengabaian pemeliharaan urusan rakyat. Nabi bersabda “Tidak seorang hambapun yang diamanahi untuk mengurus urusan rakyat, lalu ia mati, sementara ia menipu rakyatnya, melainkan Allah mengharamkan baginya syurga.” [HR Bukhari].

Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan diatas ternyata negara bertanggungjawab penuh terhadap urusan rakyatnya. Negara wajib menyediakan segala keperluan asas bagi menjamin kehidupan rakyat dalam negara cukup. Setiap negara umat Islam telah Allah cukupkan dengan kekayaan alam di mana rakyatnya tidak perlu merantau mencari pekerjaan di negara asing bagi mencari sesuap nasi. Jika berlaku keadaan sedemikian, ini bermakna pemimpin negara tersebut tidak cekap mengatur urusan rakyatnya ataupun pemimpin tersebut sengaja membiarkan rakyatnya berdikari mencari kehidupannya sendiri. Apakah mereka mampu berdepan dengan Allah atas kecurangan yang mereka lakukan terhadap rakyatnya?


Baca selengkapnya...
25.7.09

Propaganda yang dilancarkan oleh Kapitalisme Ke Atas Wanita Muslimah (Bhg Akhir)

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |



Lelaki Dan Wanita Tidak Sama

Sesungguhnya mereka yang melontarkan idea persamaan antara dua jantina ini perlulah menegaskan –secara rasional- bahawa kedua-dua jantina ini sama daripada segi faktanya. Justeru apakah lelaki dan wanita dari segi bentuk tubuh badannya dan juga tugas-tugas semulajadinya benar-benar sama?

Marilah bersama-sama kita melihat adakah idea persamaan antara lelaki dan wanita yang dilemparkan oleh Barat adalah idea yang betul atau salah? Dan apakah yang dikehendaki daripada idea ini sebenarnya!!

Allah Subhanahu Wa Taala telah menentukan bahawa manusia ini dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini. Firman Subhanahu Wa Taala: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"[TMQ al-Baqarah: 30]. Begitu juga Allah Subhanahu Wa Taala telah menentukan bahawa manusia itu terdiri daripada lelaki dan wanita. Firman Allah Subhanahu Wa Taala: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)" [TMQ al-Hujurat: 13], Allah Subhanahu Wa Taala telah menciptakan wanita pertama daripada lelaki dengan firman-Nya: "Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan daripada keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai" [TMQ an-Nisa’:1]. Kehendak Allah Subhanahu Wa Taala menentukan bahawa lelaki dan wanita itu memiliki persamaan dalam banyak ciri dan berbeza pula dalam ciri-ciri yang lain. Allah Subhanahu Wa Taala juga menjadikan setiap mereka itu ada tugas semulajadi yang khusus dan sesuai dengan penciptaan dan pembentukannya. Allah Subhanahu Wa Taala meminta agar mereka ini saling tolong-menolong dalam mengelolakan bumi dan memakmurkannya, bekerja dan meramaikan generasi. Dia menjadikan lelaki berasa tenang bersama wanita dan begitulah pula sebaliknya. Allah Subhanahu Wa Taala memberikan kita pasangan, anak-anak dan cucu sebagaimana firman-Nya: "dan Allah menjadikan bagi kamu daripada diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit" [TMQ an-Nahl:72]. Berikut ini adalah aspek-aspek persamaan dan aspek-aspek perbezaan antara lelaki dan wanita.

Aspek-aspek persamaan:

Manusia itu makhluk bertamadun secara semulajadi, iaitu ia cenderung secara fitrahnya untuk hidup bersama manusia lain. Setiap wanita dan lelaki adalah makhluk sosial, iaitu secara naluri, lelaki cenderung terhadap wanita. Begitu juga sebaliknya. Lelaki mempunyai perasaan, wanita pun demikian. Lelaki memiliki naluri, keperluan jasmani yang pelbagai dan itulah juga yang dimiliki oleh wanita. Sekiranya naluri ini tidak dipenuhi, ia akan membawa kepada goncangan, keresahan dan penderitaan. Jika keperluan jasmani pula tidak diturutkan akan membawa kepada kemusnahan. Kedua-dua mereka memiliki naluri beragama, naluri seksual dan naluri mempertahankan diri. Tidak boleh tidak mereka perlu memenuhinya dan jika tidak mereka akan menderita dan merana. Mereka mempunyai pelbagai keperluan tubuh badan seperti bernafas, makan, minum, tidur dan sebagainya. Jika keperluan-keperluan ini tidak dipenuhi mereka akan berhadapan dengan kemusnahan. Mereka masing-masing mempunyai lima pancaindera serta otak yang digunakan untuk mengindera dan berfikir. Setiap daripada mereka juga merasa gembira dan sedih, redha dan marah, takut dan merasa aman, cinta dan benci, menangis dan ketawa, merasa selesa dan penat. Lelaki dan wanita serupa dalam banyak perkara, iaitu pada bentuk luaran. Setiap mereka mempunyai kepala, leher, dua tangan, jari-jari, dada, perut, tulang belakang dan juga bersamaan dalam alat-alat dalam tubuh mereka, ada urat saraf, alat penghadaman dan alat pernafasan...

Aspek-aspek Perbezaan:

Lelaki dan wanita berbeza dalam beberapa bentuk rupa kejadian, iaitu pada alat pembiakan. Alat pembiakan bagi lelaki berbeza daripada wanita. Allah Subhanahu Wa Taala telah menciptakan alat pembiakan bagi lelaki mampu untuk meletakkan air mani dalam faraj wanita, kemudian air mani ini akan bertemu dengan telur wanita agar dapat membentuk makhluk hidup yang baru yang melekat pada rahim wanita. Wanita mempunyai alat pembiakan yang berbeza yang disediakan untuk menjadi tempat untuk haid dan mengandung kemudian melahirkan dan menyusui, seperti rahim, tempat telur dan payudara. Semuanya itu dicipta untuk membantu janin sehingga dapat tumbuh berkembang dan berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain hingga sampai waktu melahirkan. Seterusnya keluarlah makhluk hidup ini sebagai manusia yang sempurna, tetapi ia masih kecil, lemah dan memerlukan kepada penjagaan dan bantuan daripada ibunya sehingga sempurna tempoh penyusuannya. Kemudian dia memerlukan pula kepada penjagaan hingga dia mencapai usia mumayyiz dan seterusnya usia baligh. Oleh yang demikian, kita dapati wanita itu lebih penyayang, lebih lembut perasaannya, lebih pengasih dan belas kasihan, terutama kepada anaknya. Wanita juga lebih tabah dan sabar menanggung kepayahan mengandung, melahirkan dan juga menyusukan, sifat yang tidak dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada kaum lelaki kerana lelaki tidak melakukan perkara-perkara tersebut.

Sepertimana lelaki dan wanita berbeza pada perkara yang mereka katakan serupa: maka pada perkara-perkara yang lain, secara umumnya majoriti lelaki lebih tinggi dari wanita dan kepalanya lebih besar daripada kepala wanita. Bentuk dadanya juga berlainan daripada bentuk dada wanita. Perut wanita lebih besar daripada lelaki untuk membantunya mengandung dan melahirkan anak. Muka lelaki berbeza daripada muka wanita, dibaluti rerambut ketika balighnya dan rambut lelaki selain rambut di kepala lebih lebat daripada rambut wanita. Suara lelaki ketika telah baligh menjadi kasar dan ada bunyi kelelakian tertentu sementara suara wanita sentiasa lembut dan lebih halus dan ada bunyi yang membezakannya. Otot lelaki secara umumnya lebih kuat daripada otot wanita. Oleh itu mereka bersedia untuk bekerja berat seperti bertani, bertukang, memikul bebanan berat dan berperang sementara otot wanita tidak seperti itu dan ia disediakan secara umumnya kebanyakannya tidak untuk kerja-kerja berat tersebut meskipun sebahagian daripada mereka mampu untuk melakukannya.


Jika diteliti dengan lebih mendalam lagi kita akan dapati bahawa perbezaan antara lelaki dan wanita bukan setakat pada bentuk anggota pembiakan dan kewujudan rahim, haid, mengandung, melahirkan serta menyusukan, tidak juga pada lamanya masa subur pada lelaki dan pendeknya bagi wanita, dan tidak juga pada perbezaan secara zahir sahaja, semata-mata hanya di sana terdapat perbezaan lain pada susunan dan tugas-tugas sebahagian sel kelenjar endokrin lalu dari mana datangnya persamaan mutlak antara lelaki dan wanita?!

Menyanggah idea `persamaan antara lelaki dan wanita’

Kita telah katakan bahawa lelaki dan wanita adalah makhluk sosial, yang serupa pada beberapa sifat dan berbeza pula pada sifat yang lain. Dan sesungguhnya setiap mereka itu disediakan untuk mentadbir alam ini dan memakmurkannya sepertimana disediakan juga untuk tugas semulajadi khusus yang lain daripada yang satu lagi. Jika pemilik idea persamaan antara lelaki dan wanita mampu untuk membahagikan beban antara dua jenis ini dengan sama maka cubalah untuk menjadikan lelaki yang akan mengeluarkan haidh, mengandung, melahirkan dan menyusukan pada satu tahun dan wanita pula melakukan hal yang demikian pada tahun yang lain. Bahkan cubalah untuk menjadikan lelaki yang akan melakukan tugas ini walaupun sekali dalam seumur hidupnya. Jawapannya telah maklum...Wanita mengeluarkan haidh, mengandung, melahirkan anak dan melakukan tugas menjaga anak kecil dengan sempurna dan pada masa yang sama lelaki tidak mengeluarkan haid, tidak mengandung, tidak melahirkan anak dan tidak menjaga anak, lalu bagaimana kita menuntut wanita agar melaksanakan tugas-tugas di ladang, bertukang, berniaga, berperang, menanggung beban di samping tugas mengandung, melahirkan anak dan menyusukan dengan kadar yang sama yang dilakukan oleh lelaki sedangkan dia tidak mengandung dan tidak menyusukan. Lalu apakah makna persamaan antaranya dalam hal itu?!

Adakah wanita mampu ketika dia sedang hamil atau menyusukan untuk memimpin tentera dan pejuang-pejuang dan memerangi musuh di medan pertempuran?! Sesungguhnya mereka yang menyerukan kepada persamaan mutlak antara lelaki dan wanita ini jahil terhadap hakikat pembentukan mereka, bahkan mereka bersikap degil dan mahu menentang realiti atau fakta ciptaan Allah Subhanahu Wa Taala bagi lelaki dan wanita.

Sesungguhnya kita meminta agar mereka yang menyerukan kepada persamaan antara dua gender ini dan yang mendakwa tahu hakikatnya dan dia telah merealisasikan banyak perkara mengenai hal tersebut, untuk menjawab beberapa persoalan yang berikut ini:

Dari gender yang manakah semua para nabi dan rasul?! Adakah daripada lelaki atau daripada wanita?! Sedangkan setiap lelaki dan wanita memikul tanggungjawab mengemban dakwah dan bersabar atas gangguan/cabaran di jalan tersebut berdasarkan potensi masing-masing.
Dari gender yang manakah Pope Vatikan dalam sepanjang sejarahnya?!

Dari manakah sebahagian besar gender ini menjadi tentera yang berperang di medan pertempuran?! Sedangkan sebahagian wanita menyertai peperangan. Terutama dalam merawat mereka yang tercedera dan berkhidmat untuk para pejuang.

Adakah pemimpin tentera agung yang dicatatkan dalam lipatan sejarah terdiri daripada kaum wanita atau mereka itu lelaki?!

Kita juga ingin menanyakan kepada mereka: Berapakah pemimpin negara wanita yang memerintah Amerika Syarikat atau Britain atau Perancis atau German sepanjang sejarah mereka dahulu dan sekarang?! Dan berapa ramaikah menteri wanita yang menjawat pimpinan tentera negara-negara tersebut atau negara-negara lain?! Berapa ramaikah wanita bekerja dalam kerja-kerja yang sukar dan jawatan-jawatan pemerintahan di negara-negara ini yang menjanjikan terealisasinya persamaan? Adakah mereka telah melakukan persamaan dengan sebenar-benarnya dalam jawatan-jawatan ini antara lelaki dan wanita?! Sedangkan mereka mendakwa bahawa orang lain daripada kalangan hamba Allah Subhanahu Wa Taala telah menzalimi wanita, menelan hak mereka dan tidak membenarkan mereka menyaingi lelaki!! Bagaimana boleh terjadinya wanita yang haid atau hamil atau bernifas atau menyusukan anak kecil, atau yang mengambil berat dengan kesihatan dan hidup anaknya untuk melakukan kerja yang disebutkan tadi?! Tidak ragu lagi bahawa jika kita meminta wanita melakukan kerja-kerja ini, kita sebenarnya telah menzaliminya dan meminta dia menanggung bebanan di luar kemampuannya. Pada masa yang sama telah diberikan penyelesaian antara dirinya dan tanggungjawabnya dengan ciptaan Allah Subhanahu Wa Taala dengan sebaik-baik cara. Maka apakah makna persamaan antara keduanya?!

Oleh yang demikian kami katakan: Sepertimana sunnatullah dan hikmat-Nya telah menentukan bahawa bagi lelaki ada tugas-tugas yang sesuai dengan bentuk tubuhnya seperti pekerjaan berat dan peperangan, juga pemerintahan. Sunnatullah dan hikmat-Nya juga telah menentukan agar kaum wanita itu ada tugas-tugas yang sesuai dengan penciptaannya seperti kerja-kerja rumah dan mendidik anak-anak. Maka wanita mengeluarkan haid, mengandung, melahirkan, menyusukan dan melaksanakan kerja-kerja ini dengan penuh lapang dada serta memikul tanggungjawab ini dengan redha dan tenang. Bahkan sesungguhnya wanita merasa kekurangan yang banyak sekiranya terdapat sesuatu yang menghalangnya dari menunaikan tanggungjawab ini atau melakukan tugas-tugas yang fitrah ini. Sunnatullah dan hikmat-Nya telah menentukan agar kedua-dua gender ini disamakan dalam banyak tugas seperti menuntut ilmu, mengemban dakwah, memuhasabah pemerintah, amali kedoktoran, pendidikan, menulis dan bersastera, berniaga, bertukang, bertani dan sebagainya.

Lalu di manakah tamadun kapitalis yang rosak ini menyerukan pembohongan persamaan antara lelaki dan wanita?!

Sesungguhnya mereka yang mendirikan tamadun Barat menyedari fakta ini tetapi disebabkan pandangan manfaat mereka, iaitu tolok ukur mereka dalam kehidupan. Disebabkan mereka kosong daripada sebarang nilai selain nilai material, mereka melihat seruan idea persamaan antara lelaki dan wanita dan kemudian menerapkannya adalah satu perkara yang bermanfaat. Hal ini membolehkan mereka memonopoli sebahagian sifat yang dikhususkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada wanita sahaja seperti kecantikannya, kelembutannya dan potensi daya tarikannya kepada lelaki lalu ditambah biak sifat ini dalam kerja perekonomian seperti menarik pelanggan dan pengiklanan. Tubuh badan mereka dipergunakan di rumah-rumah urut, dan dalam bidang seni yang rendah darjatnya juga untuk melakukan dakyah, menjadi setiausaha dan melakukan penyiasatan. Mereka berada di pentas-pentas teater dan sebagainya lalu mereka memperolehi keuntungan yang menjijikkan.

Inilah yang mereka dapati. Mengenai tuntutan mereka kepada kita dengan idea persamaan antara lelaki dan wanita adalah sebahagian daripada propaganda kapitalis terhadap umat Islam untuk menjauhkan mereka daripada Islam. Untuk menghalang tanpa mengembalikannya semula seperti sistem pemerintahan ke dalam kehidupan. Mereka dengan alasan yang dipaksakan dan suatu kebohongan, idea `persamaan antara lelaki dan wanita`, hendak menjauhkan wanita Muslimah daripada kedudukannya yang sebenar untuk menghapuskan keluarga Muslimah. Lebih jauh lagi mereka ingin menghidupkan pelacuran dan keruntuhan akhlak antara kaum Muslim untuk menyambut kemenangan pemikiran baru di samping kemenangan mereka secara politik dan ketenteraan. Cuma kaum muslimin telah tersedar daripada kelalaian mereka. Sekarang mereka merasakan kebangkitan atas asas Islam dalam pelbagai penjuru dunia Islam. Bahkan di rumah kaum kafir yang mereka sempitkan jarak sehasta dengan Islam dan kaum Muslimin. Mereka tidak mampu untuk melihat secarik kain menutupi kepala wanita Muslimah di atas tanah mereka. Inilah dia akidah Islam. Fikrah yang terpancar darinya tersebar di seluruh penjuru dunia meskipun wujud propaganda kufar yang ganas terhadap Islam. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman: "Mereka berkehendak untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka...." [TMQ As-Saff: 8]

Wanita Dalam Islam:

Sebelum cahaya Islam menyinar, pandangan terhadap wanita dahulunya di dunia, khususnya oleh orang Arab adalah pandangan yang menyeleweng seperti pemikiran dan akidah mereka yang menyeleweng. Mereka tidak memandang wanita adalah manusia sepertimana lelaki. Sesungguhnya hikmah Allah Subhanahu Wa Taala dan kehendak-Nya menentukan bahawa di antara mereka ada kehidupan perkahwinan yang menentukan kehormatan, bukan kehinaan, untuk mereka membentuk keluarga yang mampu untuk mendidik anak-anak dan memakmurkan dunia ini.

Islam telah datang dengan meninggikan taraf wanita dan memuliakannya dengan hukum-hukum syarak yang benar. Mereka diselamatkan daripada keadaan yang menyelimuti mereka sepanjang zaman dalam kebanyakan tamadun. Mereka diberikan hak dan kewajipan seperti lelaki daripada segi kemanusiaan. Hal itu tidak disebabkan oleh ajakan, pemberontakan, tuntutan sosial, ekonomi atau politik, bahkan Islam yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan hal itu. Allah Pencipta lelaki dan wanita. Islam menganugerahkan kepada wanita hak syarak sejak daripada awal lagi tanpa permintaan darinya, daripada persatuan wanita atau pertubuhan hak-hak asasi manusia. Islam bertujuan untuk merealisasikan manhajnya yang sempurna dengan tegas, bukan untuk bahagian lelaki dan bukan untuk bahagian wanita, tetapi untuk bahagian manusia dan masyarakat Islam dan untuk bahagian keadilan yang diperintahkan oleh Pencipta. Memuliakan wanita adalah memuliakan manusia. Tiada kelebihan antara sesama manusia melainkan takwa, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) " [TMQ al-Hujurat: 13].

Majalah al-wa’ie (edisi bahasa Arab). 2006. Bil. 229.hal. 29-32


Baca selengkapnya...
28.6.09

Masih Adakah Keamanan Dan Kesejahteraan Buatmu Wanita..?

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |








Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Disaat negara sedang dilanda pandemik Influenza A (H1N1), nampaknya serangan ke atas wanita masih tak kunjung padam. Jenayah ragut yang melibatkan wanita semakin menjadi-jadi sungguhpun rakyat dan pihak berwajib mengesyorkan pelbagai cara untuk mengatasinya. Jika jenayah ragut dan lain-lain gejala sosial dianggap sebagai serangan fizikal, serangan pemikiran yang lebih ‘halus’ turut rancak mengatur strategi memperdayakan wanita dengan fikrah Kufur supaya Muslimah semakin jauh tersasar.

Syukur alhamdulillah, Fikratul Ummah bulan ini mengemukakan dua artikel dan satu artikel terjemahan dari Majalah Al-Waie versi bahasa Arab. Masih adakah kesejahteraaan buatmu wanita mengungkap kisah-kisah duka mangsa-mangsa ragut yang mana 98% dari kalangan wanita. Harapan kami supaya para Muslimah khususnya menyedari bahawa Sistem Sekular-Kapitalis-Demokrasi yang menjadi tunjang pemerintahan negara tidak pernah memberi penyelesaian tuntas untuk membenterasnya dan ia bakal berterusan selagi tidak diterapkan perundangan Islam. Artikel berjudul Awas! Feminisme & Kesetaraan Gender Musuh Umat Islam pula cuba mengupas serba sedikit tentang perjuangan golongan feminis ‘Islam’ untuk mengangkat martabat kaum Hawa setaraf dengan kaum Adam. Artikel ini berama-sama dengan bahagian ke 4 artikel terjemahan bertajuk Propaganda yang Dilancarkan Oleh Kapitalisme Ke Atas Wanita Muslimah diharapkan akan dapat menjelaskan kepada Muslimah khususnya bahawa serangan pemikiran oleh puak Kuffar melalui idea-idea kesetaraan gender itu lebih dahsyat impaknya kepada nasib Muslimah yang dianggap sebagai makhluk kelas kedua.

Adalah menjadi harapan kami semoga artikel-artikel di atas menjadi pencetus dan pemangkin kepada kaum Muslimah untuk berusaha mengembalikan sistem Islam dalam kehidupan sehingga pada akhirnya, kesejahteraan diraih bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Wallahu ‘alam bisshawab.

===============================================================================




Saban hari, masyarakat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai ‘genre’ kisah jenayah yang kejam dan menggerunkan. Kes-kes rogol, bunuh, samun, culik dan ragut yang tidak kunjung usai, menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen. Salah satu isu panas yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini ialah jenayah berkaitan isu ragut. Awal dekad ini, kes ragut dilaporkan masih terkawal. Walaubagaimanapun, menjelang tahun 2002 pernah dilaporkan bahawa jenayah ragut telah meningkat daripada 14,640 ke 15,798 kes pada 2003 . Perutusan Ketua Polis Negara sempena Peringatan Hari Polis ke 199 pada 25 Mac 2006 menyatakan bahawa jenayah ragut telah mengalami penurunan tertinggi pada tahun 2005 iaitu -16.63%. Ironinya, baru-baru ini, laporan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah pula mendedahkan bahawa jenayah ragut meningkat kepada 99 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu. Kes jenayah yang dulunya dianggap kurang ‘popular’ seperti ragut, samun berkumpulan dan perseorangan tanpa senjata tapi kini menyumbang hampir 31 peratus dari keseluruhan indeks jenayah di Kuala Lumpur sahaja. [UM 16/4/2009]

Hakikatnya, umum mengetahui angka-angka statistik yang dilaporkan belum cukup untuk melegakan kebimbangan masyarakat, apatahlagi meyakinkan kita bahawa negara ini adalah negara yang aman dan selamat didiami. Mana tidaknya, jika dulu, kes-kes jenayah ini masih dikategorikan sebagai terpencil dan hanya melibatkan kehilangan sejumlah kecil wang, tetapi kini peragut seolah-olah telah hilang sifat kemanusiaannya sehingga tergamak mencederakan malah membunuh mangsa!. Kes-kes ini bukanlah kes yang pertama, kedua atau ketiga pernah berlaku di dalam masyarakat. Malah kes-kes seumpama ini sebenarnya telah banyak kali berlaku. Seperti biasa, sikap hangat-hangat tahi ayam yang diamalkan oleh pihak berkuasa sering menjadikan isu seperti ini ‘dilupakan’ setelah sekian waktu. Sudah terhantuk, baru terngadah. Jika bukan kerana desakan dari masyarakat umum atas faktor keselamatan ahli keluarga mereka, isu ini tidak mustahil akan diabaikan begitu saja.

Kita pernah dikejutkan dengan berita kematian Chin Wai Fun, 38, yang koma 18 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut yang merampas beg tangan beliau di Brickfields. Begitu juga, kes kematian seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau, Chong See Cheng, 37 turut berlaku pada tahun yang sama (2004). Kes jenayah ragut yang berakhir dengan kematian turut menimpa mendiang Chang Shu Then, 18 yang ditemui orang awam terbaring kaku di tepi jalan Persisiran Perling Satu, Taman Perling, Johor Bahru pada Ogos 2006, dipercayai mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala. Seorang jurujual wanita yang mati akibat terjatuh dan koma 16 jam kerana diragut di Kompleks Berjaya Megamall menambahkan lagi ketakutan dalam kalangan masyarakat ketika itu. Lebih tragis lagi, baru-baru ini negara dikejutkan dengan insiden dua ibu hamil yang terkorban setelah menjadi mangsa jenayah ragut ketika menunggang motosikal. Pada 5 Mei, Jamilah Selamat, 31, yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma dua hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Batu Pahat, Johor. Sehari selepas itu, Saripah Mohd. Noor, 34, yang hamil empat bulan meninggal dunia apabila dirempuh kereta setelah diragut ketika menunggang motosikal di Kota Bharu, Kelantan (9/5/2009). Di Pulau Pinang pula dua lelaki bermotosikal di Kampung Besar, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara telah menyebabkan kematian seorang nenek berusia 86 tahun yang ditumbuk ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 58 tahun dari diragut. Kes-kes terbaru ini mendapat liputan meluas dari pihak media serta menerima maklumbalas yang pelbagai dari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan turut didesak untuk mewujudkan akta khusus berkaitan jenayah ragut, dengan harapan dapat membendung masalah ini daripada berleluasa [UM 9/5/2009].
PENYELESAIAN AKAL

Umum sedia maklum, kes-kes seperti ini sering dikaitkan dengan wanita memandangkan lebih daripada 98 peratus kejadian menjadikan wanita sebagai kelompok sasaran. Akibatnya, wanita dihujani kebimbangan untuk keluar dari rumah bagi menunaikan aktiviti-aktiviti harian mereka, termasuklah bekerja. Masalah ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang cuba untuk mencadangkan pelbagai solusi jangka pendek kepada kelompok ini. Ironinya, ‘mangsa’ adalah pihak pertama yang disongsong ke ‘kandang pesalah’. Sama ada kerana keluar berseorangan, berpakaian kurang sesuai atau akibat tidak menjaga harta peribadi mereka sebaik mungkin.

Maka, timbullah saranan agar para wanita menggunapakai tips-tips keselamatan yang dicadangkan oleh pihak berkuasa seperti berpakaian sesuai agar mudah untuk menyelamatkan diri ketika berada dalam situasi berbahaya, tidak menggunakan beg tangan bertali nipis atau mengelakkan penggunaan beg tangan biasa yang memudahkan mangsa diragut, berjalan di lorong yang bertentangan dengan arus lalulintas, keluar secara berkumpulan atau jika menaiki motosikal, perlu memastikan beg tersebut diletakkan di tempat yang tersembunyi dan tidak mudah dicapai oleh peragut. Isu yang sama turut dibincangkan oleh pihak kerajaan, khasnya melalui Mesyuarat EXCO Puteri UMNO pada Mei lepas di mana salah satu program yang cuba dilaksanakan ialah dengan menggalakkan wanita untuk mendalami ilmu mempertahankan diri untuk memastikan mereka mampu berhadapan dengan situasi
kecemasan seperti jenayah ragut ini.
[http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=print&sid=2418]

Persoalannya kini, haruskah penyelesaian masalah yang kronik seperti jenayah ragut ini dibataskan pada skop individu semata-mata?. Memang benar, mencegah lebih baik dari mengubati. Tetapi, bagaimanakah kaedah pencegahan yang perlu dilakukan? Satu fakta yang sangat jelas jika diperhatikan secara mendalam adalah masyarakat kita saban hari ‘disuapkan’ dengan anggapan bahawa masalah-masalah jenayah berlaku kerana kesalahan individu (baca; mangsa), keluarga atau masyarakat semata-mata, sedangkan pihak kerajaan pula adalah pihak yang telah ‘sedaya upaya’ menjaga keselamatan masyarakat dengan mengeluarkan statistik-statistik terbaru bagi membuktikan keberkesanan dan kesungguhan pihak berkuasa membasmi masalah-masalah jenayah hari ini. Maka, tidak hairanlah jika kes-kes jenayah yang membawa kepada kematian sering berakhir dengan adegan ‘tuding menuding jari’ sesama sendiri di kalangan manusia-manusia penggubal hukum di dewan parlimen sana. Akhirnya, penyelesaiannya dikembalikan kepada individu atau masyarakat dan mereka berlepas tangan begitu saja!.. Pandai-pandailah kalian (baca: rakyat) menjaga diri sendiri!. Formula yang sama turut digunakan ketika mereka (pihak berkuasa dan kerajaan) menyelesaikan masalah kes rogol, culik dan bunuh yang pernah menggegarkan negara beberapa tahun lepas. Perhatikan saja kes Nurin Jazlin, si cilik kecil yang menjadi mangsa kekejaman penjenayah yang masih gagal dikesan sehingga ke hari ini. Kesalahan akan dikembalikan kepada individu, ibubapa, keluarga atau guru sekolah. Di mana pula peranan pemimpin dan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini?

Dari segi perundangan pula, ternyata undang-undang yang dicipta, digubal dan diterapkan hasil dari akal manusia semata-mata tidak akan mampu menyelesaikan masalah yang berlaku selama ini. Undang-undang ini bukan saja gagal mencegah kes-kes jenayah dari terus berleluasa, malah sedikit pun tidak menggetarkan dan mengecutkan hati para penjenayah ini. Ini malah menyebabkan mereka tidak teragak-agak untuk bertindak nekad mencederakan dan membunuh mangsa sekiranya kehendak mereka tidak dituruti. Kenyataan ini diakui sendiri oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang berkata, sudah sampai waktunya kerajaan menggunakan pendekatan perundangan yang serius bagi membendung jenayah ragut. Menurutnya, sebelum ini, peragut akan didakwa di bawah kesalahan merompak mengikut Seksyen 390 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya. ''Sekiranya melibatkan kematian mereka akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sekiranya bersalah akan dihukum mati''. Jadi, tiada pendekatan perundangan khusus untuk jenayah ragut dan ia perlu diwujudkan untuk memberikan penerangan jelas mengenai kesalahan dan bentuk hukuman akibat ragut,'' katanya. [UM 7 Mei 2009].

Inilah padah dari sistem Sekular Kapitalisme yang menjadikan akal sebagai satu-satunya timbangan dalam menentukan hukum yang patut diterapkan dalam masyarakat. Perlembagaan Kufur yang lahir dari rahim peradaban Barat yang ditinggalkan penjajah barat masih dipuja-puja. Realiti pula dijadikan ‘indikator’ untuk menilai sama ada undang-undang akal buatan manusia itu sesuai atau tidak untuk tetap diimplementasikan. Jika keadaan semakin meruncing, undang-undang baru pula akan digubal, akta dipinda, hukuman ditukar ganti. Hakikatnya, dewan parlimen yang bersidang saban tahun dan memperdebatkan isu ini tidak pernah mampu menyelesaikan permasalahan ini dengan sekadar retorik belaka. Hasilnya, pi mai, pi mai tang tu juga!

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita perlu kembali

Dari sini, kita perlu memahami bahawa setiap pihak ditaklifkan oleh Allah dengan kewajiban masing-masing. Walaupun ibu bapa, sekolah, jiran-jiran dan masyarakat berperanan untuk mencegah dan menghapuskan jenayah ini, tetapi kita perlu sedar setakat manakah taklif dan ‘kuasa’ yang ada pada mereka? Jadi soalnya sekarang ialah, apakah lagi daya seseorang itu jika ia telah melakukan sebaiknya, tetapi jenayah tetap berlaku dalam masyarakat? Jawabnya, kita hanya melakukan apa yang Allah taklifkan kepada kita dan kita telah lepas dari dosa jika berbuat demikian. Jadi, jika berlaku lagi maksiat, maka Negara (kerajaan)lah pula yang sewajibnya memainkan peranan untuk menghukum pelaku maksiat tersebut. Di sinilah tugas Negara. Peranan mereka adalah untuk mencegah maksiat dengan menerapkan sistem Islam (bukan sistem akal), dan jika maksiat tetap berlaku, maka mereka wajib pula menghukum mengikut hukum Islam (uqubat), bukan hukum akal. Malangnya, inilah apa yang tidak dilakukan oleh kerajaan.

“Dan hendaklah engkau memutuskan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, bahawasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” [TMQ Al- Maidah:49].

Berdasarkan ayat di atas, kita sebagai hamba yang diciptakan olehNya wajib juga mengatur segala paksi hidup kita berlandaskan kepada aturan dan sistemNya. Sistem Islam yang telah disampaikan oleh insan mulia Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Salam melalui Al-Quran dan sunnahnya. Sistem ini telah dilegalisasikan selama lebih 14 abad; bermula sejak berdirinya Daulah Islam pertama di Madinah dan disambung oleh generasi sesudahnya melalui Daulah Khilafah. Sejarah menyaksikan sistem ini telah melalui satu fasa yang cemerlang dalam ‘menterjemahkan’ Islam bukan sekadar pengatur kepada hubungan manusia dengan Al-Khaliq (berkaitan dengan hal akidah dan ibadah), malah mengatur juga hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan dengan manusia sesamanya. Sistem kehidupan Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan, termasuklah politik, sosial, pendidikan, uqubat, ekonomi, dan politik luar negeri.

Berbalik kepada kes jenayah ragut, sistem perundangan dan hukuman dalam Islam menawarkan kaedah penyelesaian yang bersifat penebus dan pencegah. Kes ragut tidak akan dihukum seperti pencuri ‘biasa’ yang dikenakan hukuman hudud (jika cukup syarat) atau hukuman ta’zir (jika tidak cukup syarmutuskanat). Ragut dikategorikan sebagai qutha’i ath-thurq (pencuri/perompak jalanan). Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang berkaitan dengan kes diatas adalah seperti berikut:

“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan berbuat kerosakkan dimuka bumi, mereka hanya akan dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilangan, atau mereka akan dibuang negeri.” [TMQ Al Maidah:33].

Imam Syafi’ie rahimahullah meriwayatkan dalam musnadnya, dari Ibnu Abbas yang berkaitan dengan masalah qutha’i ath-thurq (pencuri/perompak jalanan) maksudnya: “Jika mereka membunuh dan merampas harta benda mereka akan dihukum bunuh dan disalib. Jika mereka membunuh tetapi tidak merampas harta, mereka akan dihukum bunuh tetapi tidak disalib. Jika mereka mengambil harta benda tanpa membunuh mereka akan dihukum potong tangan dan kaki secara bersilangan. Dan jika mereka sekadar menakut-nakutkan orang dijalanan tanpa merampas harta benda maka usirlah (hukuman buang negeri).”

Wahai Muslimat yang dirahmati Allah,

Bagi Negara (pemerintah), mereka adalah qiyan tanfizi (institusi pelaksana) yang wajib menerapkan hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Mereka wajib menjaga dan memelihara rakyat, sesuai dengan kehendak Allah Subhanahu wa Taala, bukan mengikut kehendak dan kepentingan sendiri. Jika berlaku apa jua kemaksiatan (pelanggaran hukum Allah) dalam Negara, maka Negara wajib menyelesaikannya mengikut hukum syara’. Ini adalah kerana taklif hukum yang Allah letakkan ke atas Negara adalah memerintah dengan hukum-hakam Allah, bukannya hukum British atau hukum akal sendiri! Jadi, usaha kerajaan dalam meletakkan bebanan kesalahan kepada pihak lain ternyata merupakan suatu ‘escapism’ dari taklif hukum yang Allah telah letakkan di bahu mereka. Setiap kali berlaku kekecohan, kerajaan tidak pernah mengaku salah, namun dalam masa yang sama cuba mencadangkan langkah-langkah penyelesaian. Jika adapun ‘cadangan’ (bukan pengakuan) oleh kerajaan, ia adalah pengulangan-pengulangan cadangan yang membosankan seperti, ‘perkasakan institusi keluarga, pulihkan Rukun Tetangga, pasang CCTV, tebas semak-samun, beratkan lagi hukuman’ dan pelbagai cadangan dangkal lainnya. Persoalannya, apakah ini semua merupakan penyelesaian Islam, penyelesaian yang datangnya dari al-Quran dan Sunnah? Adakah jika diberatkan lagi hukuman bermaksud kerajaan telah terlepas dari taklif yang telah Allah letakkan? Contohnya, jika hukuman maksima bagi penzina sekarang ialah denda RM5,000, 3 tahun penjara dan 6 kali sebatan, diberatkan kepada RM50,000, 10 tahun penjara dan 50 kali rotan? Adakah ini satu cadangan yang sesuai dan lebih baik? Yang lebih penting, adakah ini hukum Allah? Wahai para pemimpin! Ingatlah bahawa kekuasaan yang Allah letakkan atas bahu kalian adalah satu amanah. Amanah untuk apa? Amanah untuk menjalankan hukum Allah, bukan hukum sendiri

Kesimpulan

Sekiranya umat mahu keselamatan dan keamanan mereka terjamin dengan utuh dan berpanjangan sentosanya, umat perlu bangkit dari pemikiran dan sistem yang ketika ini umpama hidup dalam sistem dan zaman ‘jahilliyyah’ versi moden. Keamanan dan keselamatan kita tiada jaminan sepadu. Marilah umat.. kita bangunkan kembali satu era yang amat gemilang, terbilang dan cemerlang dengan mengembalikan serta melaksanakan Islam sebagai agama malah sebagai satu sistem yang mengatur segala aspek kehidupan melalui system khilafah yang agung, Sistem yang telah diwariskan oleh Junjungan Mulia kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Salam.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Salam:

“Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi darinya...” [Muttafaqun Alaih]
Jadi, apa yang kita tunggu lagi wahai umat... Kembalilah.. Kembalilah kita kepada Islam yang mulia. Hanya itu satu-satunya penyelesaian ampuh yang kita miliki....


Baca selengkapnya...
28.6.09

Awas! Femenisme Dan Kesetaraan Gender Musuh Umat Islam

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |




Tak semena-mena nama Sisters In Islam (SIS), sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1990 hasil ilham Dr Amina Wadud berkumandang di media arus perdana tanahair. Segalanya bermula pada 7hb Jun 2009 dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam apabila usul PAS Shah Alam diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal, seterusnya mengharamkan SIS sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya. Laporan www.malaysiakini.com pada 12 Jun 2009 menyebut bahawa Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota MFK menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Akhbar Berita Harian pada tarikh yang sama memetik bahawa “usul itu mengundang pelbagai persepsi daripada masyarakat termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kelmarin menyertai kira-kira 322 NGO dan individu membantah gesaan PAS supaya SIS diharamkan” [Berita Harian, 12 Jun 2009].

Adalah penting bagi umat Islam melihat senario ini-bukan dari apa isu panas yang dimainkan oleh media
serta respon ‘suam-suam kuku’ yang akan sejuk setelah isu tidak lagi diperkatakan. Sebaliknya melihat dengan jelas – apakah perjuangan SIS yang mesti dibongkar kebatilannya dan bukan kerana ia menjadi mainan politik pihak pro kerajaan dan parti pembangkang. Juga, adakah pengharaman NGO yang berdaftar atas nama SIS Forum Berhad, sekiranya dilaksanakan akan dapat membendung idea feminisme ke akar umbi?

Sepintas lalu, apabila dilihat tujuan penubuhan SIS, agenda mereka adalah menegakkan prinsip keadilan, kebebasan dan maruah manusia sama ada lelaki atau wanita, khususnya hak wanita Islam. NGO “Islam” yang dipelopori seorang aktivis feminis yang memeranjatkan dunia kerana mengimami solat Jumaat di sebuah gereja di New York pada 18hb Mac 2005 ini begitu komited dalam memperjuangkan Musawah (kesetaraan/kesaksamaan). Menurut Kerangka Kerja Tindakan Musawah di laman web rasminya iaitu www.musawah.org, Musawah adalah satu gerakan global bagi menuntut kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam. Ia mengisytiharkan bahawa kesaksamaan dalam keluarga sangat diperlukan memandangkan banyak aspek dan amalan dalam Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI) masa kini tidak adil dan tidak berlandaskan realiti kehidupan individu serta pengalaman keluarga Islam. Secara ringkasnya, mereka beranggapan bahawa kezaliman dan ketidakadilan yang menimpa wanita Islam akan dapat diselesaikan jika wujud kesaksamaan atau kesetaraan (musawah/equality) antara gender. Jadi untuk mewujudkan kesetaraan gender ini, mereka memperjuangkan feminisme. Justeru, sebelum kita melihat dalam perspektif syarak tentang isu kesaksamaan atau kesetaraan yang diperjuangkan oleh SIS ini, marilah kita halusi dahulu apakah itu feminisme.

Apa itu Feminisme?

Menurut Wikipedia, feminisme ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong oleh atau berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang [http://ms.wikipedia.org/wiki/Feminisme]. Kamla Bashin dan Nighat Said Khan dalam “Persoalan Pokok Mengenai Feminisme dan Relevansinya” (1995) mengatakan bahawa feminisme adalah “Suatu kesedaran akan penindasan dan pemerasan terhadap perempuan dalam masyarakat, di tempat kerja, dan dalam keluarga, serta tindakan sedar oleh perempuan mahupun lelaki untuk mengubah keadaan tersebut.”

Apa itu Feminisme Islam?

Menurut Yunahar Ilyas dalam “Feminisme dalam Kajian Tafsir Al Qur’an Klasik dan Kontemporer” (1977), selain mesti memenuhi kriteria tersebut iaitu memiliki kesedaran akan ketidakadilan gender (gender inequalities), yang menjadi “benang merah” pengikat semua fahaman feminisme, dia mestilah beragama Islam dan mempersoalkan ajaran Islam. Menurut laman web www.sistersinislam.org.my, Sisters In Islam (SIS) yang mendakwa mereka sebagai pergerakan feminisme Islam berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keIslaman, khususnya prinsip keadilan (al-adala), kesetaraan (al-musawah), kebebasan (al-hurriya), kemartabatan (al-karama) dan kasih sayang antara insan (mu'asyarah bil'ruf). Ini adalah kerana di dalam masyarakat, lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab yang sama dan saling bertanggungjawab. Feminis Islam seperti SIS menganggap amat penting menegaskan bahawa perjuangan mereka adalah untuk meraih keadilan, kesetaraan, kebebasan, kemartabatan dan kasih sayang antara insan kerana berpendapat bahawa terjadinya ketidakadilan gender adalah hasil dari anggapan-anggapan bersifat teologi bahawa perempuan memang diciptakan lebih rendah darjatnya daripada lelaki kerana golongan Hawa itu tidak boleh terlibat dalam aspek pemerintahan dan kekuasaan dan hanya membatasi aktivitinya di rumah dan di dapur. Menurut Ali Asghar Engineer yang juga seorang feminis Muslim dalam “Hak-Hak Perempuan dalam Islam” (1994), tanggapan-tanggapan ini iaitu wanita diciptakan dengan darjat lebih rendah adalah hasil penafsiran kaum lelaki terhadap Al-Quran untuk mengekalkan dominasi kaum Adam ke atas kaum Hawa. Dia kemudiannya mengajukan konsep kesetaraan sebagai jawapan kepada masalah kesetaraan antara lelaki dan wanita dalam Al Quran yang mesti memenuhi dua syarat:

Dalam pengertian umum, konsep kesetaraan hendaklah ada penerimaan martabat kedua jenis kelamin dalam ukuran yang setara.

Manusia mesti mengetahui bahawa laki-laki dan perempuan mempunyai hak-hak yang setara dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, seperti kesetaraan hak untuk mengadakan akad nikah atau memutuskannya, kesetaraan hak untuk memiliki atau mengatur harta miliknya tanpa campur tangan pihak lain, kesetaraan hak untuk memilih atau menjalani cara hidup, dan kesetaraan hak dalam tanggungjawab dan kebebasan.

Memetik kata-kata Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam buku Nizamul Ijtima’ie fil Islam (Sistem Sosial dalam Islam), dapat disimpulkan secara ringkasnya bahawa idea feminis Muslim ini adalah menjadikan kesetaraan (al-musawah/equality) sebagai batu loncatan untuk meraih hak-hak perempuan. Dengan kata lain, idea dasar feminisme itu adalah kesetaraan kedudukan laki-laki dan perempuan. Sementara idea cabang yang dibangun di atas dasar itu ialah kesetaraan hak-hak antara laki-laki dan perempuan.

Berdasarkan tanggapan bahawa prinsip keadilan dan kesaksamaan yang dipromosikan oleh Al-Quran tidak terlaksana disebabkan para mufassirin yang terdiri daripada lelaki telah menghasilkan tafsir al-Qur’an yang mendukung doktrin yang mengangkat martabat kaum lelaki dan menjustifikasi superiority kaum lelaki, feminis Muslim berusaha meraih kesetaraan yang diimpikan itu dengan membatalkan dan menggantikan idea dan hukum Islam yang mereka anggap tidak sesuai dengan konsep kesetaraan hak antara lelaki dan wanita. Akan tetapi mereka tidak menyebutnya sebagai ‘penggantian’ atau ‘pembatalan’ hukum Islam sebaliknya menggunakan perkataan ‘penafsiran semula’, ‘rekonstruksi syariah,’ ‘re-reading the sacred text’ dsb seolah-olah hukum-hakam Islam itu keliru atau ditafsirkan secara keliru sehingga perlu diluruskan oleh feminis Islam. Para mufassir atau mujtahid yang mengistinbath hukum-hukum yang didakwa mengekalkan ketidaksetaraan gender tersebut dianggap berniat untuk mengekalkan dominasi lelaki dan penindasan ke atas wanita. Bahkan, ada yang bertindak lebih jauh dari itu dengan membuat kesimpulan bahawa hukum-hukum dalam al-Qur’an memberi kelebihan kepada kaum lelaki, terutamanya dalam masalah harta pusaka dan perwarisan, pemerintahan dan kekeluargaan, semata-mata kerana ingin mengambil hati dan mendapatkan sokongan daripada masyarakat Arab ketika itu yang mengamalkan patriarki.

Kedudukan Wanita dan Lelaki di Hadapan Syariat

Islam datang dengan membawa taklif syarak yang dibebankan ke atas lelaki dan wanita berupa hak, tanggungjawab dan kewajipan yang boleh dibahagi kepada 3 domain utama:

Domain khas lelaki. Sang Pencipta telah menetapkan hukum-hakam yang khusus untuk lelaki. Antaranya lelaki adalah pemimpin dalam rumah tangga melalui Surah An-Nisa (4): 34 - “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita”. Para ulama dan mufassirin telah menafsirkan perkataan qawamah dengan tafsiran yang berbeza: al-Tabari menafsirkan kalimat tersebut sebagai pelaksana tugas (nafizi al-amr) dan pelindung (protectors).[Tafsir at-Tabari, 8:290] Ibn Kathir mengatakan qawamah bermakna lelaki adalah ketua dan penguasa rumah tangga kerana lelaki lebih baik dari wanita [Tafsir Ibn Kathir, 2:292]. Selain dari aspek qawamah, Islam juga menetapkan bahawa hanya kaum lelaki boleh terlibat dalam aspek pemerintahan (ruling) manakala wanita dilarang menjadi pemimpin tertinggi negara berdasarkan hadis Nabi “Tidak akan beruntung satu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada perempuan.” [HR Bukhari, An-Nasa’i, dan Ahmad melalui Abu Bakrah]

termasuk menjadi Qadhi Mazalim iaitu qadhi dalam Mahkamah Mazalim yang merupakan satu-satunya mahkamah yang dapat bertindak untuk mengadili kesalahan dan penyalahgunaan kuasa. Lelaki juga boleh menikahi maksimum empat wanita dalam satu masa, menjadi imam dalam solat, menjadi wali dalam pernikahan, memiliki hak menjatuhkan talak dalam perceraian berdasarkan maksud firman Allah

“..kerana Allah telah memberikan kelebihan kepada sebahagian mereka atas sebahagian yang lain [TMQ an-Nisa (4):3].

Lelaki juga wajib memberi mahar dan nafkah dalam perkahwinan sebagaimana firmanNya

“...kerana mereka telah memberikan nafkah dari harta-harta mereka [TMQ an-Nisa (4):3]

Domain khas wanita. Allah menetapkan hukum-hakam yang spesifik kepada wanita seperti hukum-hakam tentang kelahiran, penyusuan, penjagaan anak (hadhanah). Kesaksian satu orang wanita juga diterima dalam urusan yang tiada penglibatan kaum lelaki seperti jenayah di tempat permandian wanita, isu keperawanan, janda atau persusuan. Allah juga menetapkan hak pewarisan harta separuh dari yang diterima oleh saudara lelaki dalam keadaan tertentu, manakala nafkah hidupnya disara oleh saudara lelaki sungguhpun saudara lelaki itu fakir dan wanita itu mampu bekerja. Wanita juga wajib mengenakan pakaian tertentu iaitu khimar (tudung), memakai jilbab di tempat umum serta dilarang bertabarruj.

Domain umum. Hukum-hakam berbentuk umum ini dipertanggungjawabkan kepada lelaki dan wanita atas kapasiti mereka sebagai manusia. Dalam hal ini, kita tidak menemukan perbezaan taklif hukum. Sebagai contoh, tidak ada diskriminasi kepada lelaki dan wanita dalam menyeru manusia kepada keimanan, mengemban dakwah, menuntut ilmu dan mengajarkannya. Dalam aspek ibadah, Islam menetapkan bahawa solat, puasa, mengerjakan haji dan membayar zakat sebagai beban yang perlu dipikul oleh lelaki dan wanita. Begitu juga dengan aspek jual beli, pekerjaan (ijarah), perwakilan (wakalah), pertanggungjawaban (kafalah) dan hukuman (uqubat) seperti hudud, jinayah, takzir ke atas kedua jantina atas pelanggaran hukum Allah.

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang Muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut [nama] Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” [TMQ al-Ahzab (33):35].

Kesetaraan Gender menurut Islam

Hukum-hakam yang ditetapkan Allah Subhanahu wa Taala selaku As-Syari’ iaitu Sang Pembuat Hukum adalah untuk mengatur aktiviti manusia sama ada lelaki atau wanita sesuai dengan tujuan penciptaan keduanya iaitu untuk beribadat kepada Sang Pencipta Allah Azza wa Jalla.

“Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, sama ada lelaki atau wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianiaya walau sedikit pun [TMQ an-Nisa (4):124].

Taklif syarak yang dibebankan di atas batu jemala manusia adalah dalam rangka untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku antara kedua jantina ini tanpa melihat sama ada ia masalah lelaki atau masalah wanita kerana penyelesaian masalah diusahakan oleh manusia untuk aktiviti atau peristiwa yang terjadi, bukan semata-mata demi kepentingan lelaki atau wanita sahaja. Oleh sebab itu, persoalan tentang wujud aspek kesetaraan gender antara lelaki dan wanita tidak pernah ditemukan dalam wacana syariat Islam. Apa yang ada ialah hukum syarak tentang peristiwa yang terjadi yang dihadapi oleh manusia sama ada lelaki atau wanita. Justeru, isu kesetaraan gender yang menjadi salah satu ‘perjuangan’ golongan feminis bukanlah satu perkara yang perlu dibahas atau didiskusikan dan bukan topik pembahasan dalam wacana sistem interaksi atau sistem pergaulan antara lelaki dan wanita (an-nizam al-ijtimaie) kerana kedudukan lelaki atau wanita yang dianggap ‘sama’ atau ‘setara’ tidak mempengaruhi kehidupan sosial yang perlu diberi perhatian. Ia tidak pernah berlaku dalam kehidupan Islam sebaliknya ia muncul dan lahir di tengah masyarakat Barat. Ia muncul dalam kalangan Muslim yang telah ‘terbius’ dek pemikiran Barat yang secara de facto telah ‘merenggut’ hak-hak asasi wanita selaku manusia. Hakikat ini menyebabkan masyarakat Barat menuntut ‘hak-hak’ ini dikembalikan sekali gus menjadikan tuntutan itu sebagai wacana kesetaraan gender untuk mendapatkan hak-hak mereka. Islam mempunyai sistemnya sendiri untuk menjamin keutuhan dan ketinggian komuniti dalam masyarakat dengan menetapkan kepada kaum wanita dan lelaki hak-hak serta kewajipan-kewajipannya. Perbezaan taklif tidak menjadi sesuatu jantina itu lebih ‘superior’ dari jantina yang lain.

“Bagi kaum lelaki ada bahagian dari apa yang diusahakannya. Bagi kaum wanita pun ada bahagian dari apa yang diusahakannya [TMQ an-Nisa (4):32].

Wanita diberi tugas khas untuk membesarkan anak (child bearing) kerana keistimewaan dan keunikan kaum Hawa ini yang tidak dimiliki oleh kaum Adam dari segi biologi, mental dan emosi. Kualiti dan sifat penyayang dan penyabar ini sangat penting dalam membesarkan anak. Antara hikmah perbezaan antara dua jantina ini akan menghasilkan kerjasama, kesempurnaan dan keharmonian. Sekiranya kedua jantina ini memiliki keistimewaan yang sama, keadaan ini akan menghilangkan perasaan saling memerlukan menyebabkan kerjasama dan keharmonian sukar dijalinkan. Pada masa yang sama, ketika Islam menetapkan lelaki selaku pemimpin rumah tangga dan wanita sebagai rabbatul bayt iaitu pengurus rumah tangga, ia sama sekali tidak bertujuan untuk merendahkan martabat wanita. Falsafah kepimpinan dalam Islam tidak dikaitkan dengan kemuliaan atau kerendahan, sebaliknya kepimpinan adalah tanggungjawab berat yang bakal dihisab di Akhirat kelak. Menurut Sayid Qutb, kepimpinan dalam sebuah keluarga adalah sangat penting seperti dalam organisasi atau institusi demi meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Tanpa kepimpinan, tidak wujud bidang kuasa dan tidak ada tanggungjawab. Dalam hal ini, ulama-ulama bersepakat bahawa seorang suami bertanggungjawab memastikan keluarga menjalankan seluruh perintah dan larangan-Nya. Seorang isteri juga bertanggungjawab mentaati suaminya selama tidak bercanggah dengan hukum syarak. Justeru, sangat penting ditegaskan bahawa kepimpinan lelaki hendaklah atas dasar kasih sayang dan kerjasama, bukan kuku besi, sebagaimana pesanan Rasululllah Sallalahu Alaihi Wa Salam sewaktu menunaikan Haji Wida’ pada tahun 10 Hijrah iaitu: “…Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia….”

Khatimah

Isu kesetaraan gender yang diperjuangkan oleh golongan feminis lahir disebabkan pejuangnya tidak memahami bahawa manusia lahir dengan ciri-ciri maskulin dan feminin kerana masing-masing lelaki dan wanita memiliki fungsi dan peranan yang berbeza. Perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita bukan bermakna ketidakadilan kerana ia diciptakan oleh Sang Pencipta semata-mata demi kemaslahatan, kelestarian dan kesucian hidup manusia dengan cara saling melengkapi dan bekerjasama sesuai dengan aturan-Nya. Munculnya cara berfikir sedemikian adalah pengaruh prinsip ‘individualistik’ yang amat sinonim dengan pemikiran demokrasi yang beranggapan bahawa masyarakat terdiri daripada individu-individu yang mana lelaki dan wanita di tempatkan di posisi yang berbeza. Ketika timbul permasalahan yang berkaitan dengan wanita seperti diskriminasi dan penindasan, ia dipandang secara sebahagian iaitu ia adalah masalah dalaman wanita yang mesti diselesaikan oleh wanita sahaja. Hakikatnya, kezaliman seperti penindasan, diskriminasi dan kekerasan turut dialami oleh kaum lelaki menjadikannya satu permasalahan dalam masyarakat, bukan permasalahan kaum wanita sahaja. Justeru penyelesaian apa jua permasalahan hendaklah diambil secara total iaitu dengan hukum-hukum syarak yang diturunkan Allah untuk mengatur aktiviti manusia. Selain dari itu, sebagai umat Islam, amatlah penting bagi kita untuk menghakimi suatu kelompok atau gerakan berdasarkan inti pati perjuangannya – adakah sesuai atau bertentangan dengan hukum syarak, bukan berdasarkan nama atau label semata-mata. Pada akhirnya, amat penting memahami bahawa isu kesetaraan gender yang diperjuangkan oleh feminis Islam di dalam dan di luar negara tidak pernah wujud dalam Islam kerana perbezaan taklif syarak antara kedua jantina tidak menjadikan suatu jantina atau ‘gender’ itu lebih baik atau lebih ‘superior’.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal [TMQ al-Hujurat (49):13].

Wallahu’alam bisshawab.



Baca selengkapnya...
28.6.09

Propaganda Yang Dilancarkan Kapitalisme Ke Atas Muslimah [ Bahagian 4]

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |




Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta Pelbagai Organisasinya Berkhidmat Untuk Amerika Bagi Memerangi Wanita Muslimah...

Amerika Syarikat sebagai ketua Kafir Barat mendokong idea kebebasan wanita muslimah daripada segala ikatannya, persamaan haknya dengan lelaki dengan segenap kekuatan dan pengaruh, dan dengan semua cara berupa insentif dan intimidasi atas nama memelihara kebebasan dan demokrasi. Mereka menggunakan dua institusi yang mempunyai peranan masing-masing dalam urusan wanita Muslimah. Kedua-dua institusi ini adalah:
* Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) dengan berbagai-bagai organisasinya.
* Amerika Syarikat sendiri sebagai pembawa panji globalisasi dan
demokrasi.


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB): Perhatiannya dalam isu-isu wanita muslimah zaman moden dan dewasa ini nampak jelas sejak pertengahan abad yang lalu. Perhimpunan Agung PBB telah menganjurkan beberapa seminar yang berkaitan dengan wanita dan mengeluarkan beberapa ketetapan dan deklarasi antarabangsa seperti (Ketetapan Khas Mengenai Hak-hak Politik Bagi Wanita Tahun 1952). (Dan Deklarasi Khas Tentang Penghapusan Diskriminisasi Terhadap Wanita Tahun 1967). (Deklarasi Tehran Mengenai Hak-hak Wanita Tahun 1968). Usaha berterusan telah dilakukan untuk mengadakan seminar antarabangsa bagi tujuan tersebut. Seminar pertama adalah pada tahun 1975 di Mexico yang dinamakan (Tahun Wanita Sedunia) merupakan seminar yang menyerukan persamaan hak, pembangunan dan perdamaian. Setelah itu seminar Copenhagen bagi wanita tahun 1980, seminar Nairobi pada tahun 1985, kemudian seminar keempat yang ditujukan untuk wanita, iaitu seminar Pekin yang diadakan pada tahun 1995. Ia diikuti oleh seminar Kaherah dan kemudiannya seminar Oman. Semua seminar ini telah bersepakat di dalam beberapa perkara utama berkaitan wanita iaitu:

Pertama: Kerana ia mengiktiraf agama sebagai salah satu bentuk sikap berat sebelah kepada lelaki berbanding wanita dan menyerukan penolakan kepada agama.

Kedua: Kerana ia melakarkan untuk wanita Muslimah gaya hidup wanita Barat yang sepatutnya ia lalui supaya ia bebas daripada berat sebelah agama dan menikmati kebebasan dan persamaan mutlak dengan kaum lelaki.

Salah satu cadangan adalah kepemimpinan daripada konferensi ini ditaja oleh isteri raja-raja dan presiden dari negara masing-masing. Ia bertujuan untuk menampakkan keseriusan kepada perkara yang sedang dikaji dan lebih jauh lagi melaksanakan keputusan-keputusannya kerana mereka ini dekat dengan para pembuat keputusan.

Daripada seminar-seminar ini muncul pula seminar peringkat nasional yang membincangkan topik-topik khusus mengenai wanita seperti: wanita dan media, wanita dan pendidikan, wanita dan pembangunan dan sebagainya. Semua itu adalah topik-topik yang dirancang untuk menyesatkan wanita, khususnya wanita Muslimah untuk mengambil tamadun barat yang menyerukan kepada persamaan mutlak antara kedua-dua jantina ini dan kepada kebebasan seksual dan menghalalkan pengguguran. Istilah “gender” yang dimunculkan dalam seminar Pekin tiada lain merupakan seruan yang jelas kepada hubungan sesama jenis. Banyak usaha telah dilakukan untuk menyebarkan pemikiran ini di negara umat Islam dengan pelbagai cara. Ia adalah untuk memaksa masyarakat untuk menerima hubungan sesama jenis dan tidak menganggap mereka bersalah. Inilah yang diterjemahkan ke dalam banyak undang-undang negara Barat.

Sementara organisasi di bawah payung PBB telah memainkan peranan penting dalam bidang ini. Tabung Pembangunan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFEM) telah bekerja sama dengan organisasi wanita di beberapa negara Arab dengan mengadakan bengkel untuk memperkenalkan kepada para peserta lelaki dan wanita dengan konsep “gender”, dan memasukkannya ke lembaga/yayasan kerajaan dan bukan kerajaan dengan pelbagai cara yang meningkatkan percampuran antara kedua-dua jantina ini dan mempamerkan kecantikan wanita serta menelanjangkannya dan menghinakannya dengan keterlibatannya dengan perbuatan keji. Apa yang dimaksudkan dengan “gender” adalah persamaan mutlak antara lelaki dan wanita dan mengenepikan semua perbezaan fizikal antara kedua-duanya sehingga ke aspek biologi yang ada pada wanita, seperti kehamilan dan penyusuan.

Demikian juga organisasi Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah memilih untuk mengemukakan isu bahaya perkahwinan usia muda – yang merupakan antara pesanan seminar tersebut - untuk mendesak golongan muda supaya enggan berkahwin awal, mengehadkan kelahiran, memakan pil pencegah kehamilan, membolehkan pengguguran dan seterusnya, yang membawa kepada meningkatnya usia perkahwinan di kebanyakan negara. Banyak pusat yang ditaja oleh organisasi asing secara sukarela telah ditubuhkan dengan mengagihkan pil pencegah kehamilan untuk para remaja dan mereka yang telah berkahwin secara percuma.
Kempen kesedaran mengenai kelahiran berfungsi untuk menyeru kepada pembatasan dan pengurangan kelahiran. Demikian juga Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia serta organisasi Amnesti antarabangsa mempunyai sumbangan masing-masing dalam hal-ehwal wanita untuk menggalakkan amalan tersebut. Merekalah yang mengelolakan pembiayaan kebanyakan seminar dan ketetapan serta pusat-pusat pemulihan para penzina dan memelihara anak-anak zina. Usaha-usaha yang digembelingkan dan bantuan kewangan yang diberikan untuk perkara ini amat banyak.

Amerika Syarikat: Telah mengeksploitasi peristiwa 11 September 2001, dan reaksi seterusnya sebagai alasan untuk melaksanakan perubahan-perubahan besar daripada aspek ketenteraan, politik serta ekonomi dalam negara Islam khususnya negara Arab dengan alasan memerangi keganasan. Tidak cukup hanya dengan bidang tersebut justeru ditambah dengan satu lagi bidang yang penting, iaitu yang berkaitan dengan wanita. Maka ditubuhkan pejabat khas dalam Kementerian Luar dan dilantik kepimpinan utamanya para koordinator bagi menangani isu-isu wanita sedunia. Aktivitinya dimulakan dengan lawatan ke negara-negara Islam untuk menyampaikan ucapan. Pertama sekali adalah ucapan yang disampaikan di Istanbul. Di sana mereka menetapkan tujuan-tujuan yang dilontarkan oleh Amerika Syarikat dan berusaha untuk merealisasikannya di negara kaum Muslimin, iaitu:

-Mengemukakan konsep utama mengenai hak wanita dan membolehkan wanita untuk menyertai
aktiviti politik.
-Mendorong wanita untuk sentiasa menuntut kebebasan peribadinya yang diperakui oleh
sistem kapitalis.
-Membentuk kerjasama dan perjanjian dengan kerajaan lain dan yayasan antarabangsa
serta organisasi bukan kerajaan untuk mengetahui apa yang telah dilakukan oleh
mereka dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita untuk mengambil manfaat
daripadanya.

Di samping penjelasannya terhadap tujuan-tujuan tersebut program kerja juga telah ditetapkan, dan mengehadkan cara-cara untuk melaksanakan tujuan-tujuan ini dan menyebutkan bahawa kerajaannya telah melakukan pemantauan untuk tujuan ini dengan peruntukan sebanyak 29 juta dolar.

Antara “keprihatinan” Amerika mengenai wanita Muslimah menurut ucapan wakil penasihat keselamatan negara (dalam pentadbiran Bush): “Sesungguhnya presiden Bush menegaskan semula pendirian Amerika Syarikat di samping perkara yang dinamakannya sebagai ‘tuntutan martabat manusia’ yang tidak menerima adanya tawar-menawar, iaitu hukum undang-undang, persamaan di hadapan pengadilan, dan penghormatan terhadap wanita”, dia juga berkata: “Terdapat permulaan yang menjanjikan reformasi dan keterbukaan di kedua-dua dunia arab dan dunia Islam terutamanya di Bahrain, Jordan, Maghribi, Qatar dan Afghanistan.”

Semua usaha ini membawa kepada berlakunya beberapa perubahan dalam bidang-bidang yang dikhususkan untuk wanita, yang berkaitan dengan perkongsian politik, hal-ehwal peribadi dan sebagainya.

Dalam bidang perkongsian politik, wanita telah memperolehi hak pencalonan dan mengundi serta berkongsi pemerintahan di beberapa buah negara di samping mengikut sebahagian posisi yang penting.

Sementara itu, dalam bidang hal-ehwal peribadi, sebahagian negara dunia seperti Mesir dan Maghribi mula mengusahakan perubahan dan pindaan sebahagian hukum syarak yang berkaitan wanita. Di Mesir telah dibincangkan undang-undang hal-ehwal peribadi dalam majlis rakyat sejak tahun 2000 untuk mengadakan perubahan yang berkaitan dengan Khulu’, dan pertelingkahan berkaitan safar wanita, dan perceraian dan membentuk mahkamah sivil untuk keluarga di samping perkara-perkara lain yang ingin mereka pinda.

Sementara di Maghribi, yang paling jelas dapat dicapai secara khusus – apa yang diusahakan oleh Barat berupa tujuan-tujuan mengenai hal ehwal wanita Muslimah yang dinamakan (rancangan nasional untuk integrasi wanita dalam pembangunan), langkah ini sebahagian daripada rancangan antarabangsa dengan tujuan memaksakan keluarga Muslimah agar mencontohi Barat. Dalam langkah ini dilaksanakan perkara-perkara berikut:

-Meningkatkan tahap usia anak perempuan yang dibolehkan berkahwin iaitu dari usia 15
tahun kepada 18 tahun.
-Pembahagian hak milik/harta antara suami isteri selepas perceraian.
-Menghapuskan poligami secara terus terang.
-Kedua-dua suami dan isteri menafkahi keluarga secara berkongsi berdasarkan sumbangan
masing-masing.
-Membolehkan kaum wanita hak menuntut cerai.
-Memberi hak kepada kaum wanita untuk berkahwin sendiri tanpa persetujuan wali.
-Persamaan hak dan kewajipan bagi suami isteri.

Sementara di Jordan: peraturan di sana, sejak dahulu lagi adalah melaksanakan keinginan Barat. Usaha yang berterusan sentiasa dilakukan terhadap persoalan wanita. Selain itu usaha juga dilakukan untuk mengiktiraf suara wanita dan penyertaan mereka dalam seluruh aspek kehidupan tanpa membezakannya dengan lelaki. Dalam erti kata lain ia adalah seruan kepada persamaan gender. Dalam kaitan ini untuk mencari keredaan Amerika dan kaum kufar, mereka melakukan tindakan-tindakan untuk melaksanakan politik pembatasan kelahiran. Antaranya adalah:

-Mewujudkan pengkhususan baru di Fakulti Perubatan, Universiti Hashimite, iaitu
perubatan dan kesihatan reproduksi. Kesihatan reproduksi dan pengaturan keluarga
adalah dua istilah yang diberikan untuk mempraktikkan pembatasan kelahiran.
-Menyediakan peluang di institusi-institusi, persatuan-persatuan serta organisasi
antarabangsa untuk melaksanakan program yang berkaitan pencegahan kehamilan seperti
yayasan (Hopkins) Amerika, yang mampu mempromosikan melalui pemberian berbentuk
harta dari organisasi pemudi untuk tujuan-tujuannya. Yayasan ini telah mengeluarkan
sebuah buku yang bertajuk (asas teknologi sebagai cara untuk mencegah kehamilan –
petunjuk bagi para pengamal perubatan di klinik-klinik), buku ini telah sempurna
dikaji oleh para pengamal perubatan yang menggunakan semua maklumat wanita Jordan
dan pengumpulan maklumat penduduk dengan kerjasama organisasi kesihatan sedunia dan
perwakilan Amerika bagi pembangunan antarabangsa.
-Mewujudkan majlis tertinggi penduduk, tujuannya adalah untuk membataskan kelahiran
dan pemandulan (dengan alasan membaiki taraf ekonomi penduduk).
-Mewujudkan mahkamah keganasan rumahtangga yang terdiri daripada qadhi, doktor dan
pendakwa am.
-Pembentukan dan pelaksanaan seminar-seminar dan juga biro-biro wanita serta
nadwah-nadwah khusus mengenai kesihatan dan reproduksi.
-Pembukaan klinik-klinik, pemantauan harta dan pembentukan delegasi wanita terlatih
untuk melakukan lawatan berulang terhadap kaum wanita di rumah mereka dan
menggalakkannya agar membataskan kelahiran dengan menggunakan pil-pil pencegah
kehamilan dan dengan cara-cara yang lain (sebahagian besarnya dengan dana luar yang
mempunyai objektif tertentu).
-Mengaitkan pertumbuhan ekonomi dengan pertambahan penduduk, dan mengaitkan
kemiskinan dan pengangguran dengan pengembangan keluarga, untuk merealisasikan
sesuatu yang mereka namakan sebagai keseimbangan antara kadar pendapatan dengan
bilangan ahli keluarga. Sedangkan statistik rasmi menyangkal dakwaan ini. Keputusan
rasmi pada tarikh 17 Mac 2004 yang telah dikeluarkan menyatakan bahawa kadar
reproduksi pada tahun 1976 telah mencecah 7:4 dan baru-baru ini mencapai jumlah 2:1.
Jika mereka menafikan kadar yang tinggi ini, adalah sewajarnya masalah ini telah
diselesaikan, maka selesailah hal tersebut. Kemajuan yang pesat telah meningkatkan
kadar pertumbuhan ekonomi namun pengangguran, kadar kemiskinan dan kelemahan
anggaran tahunan pula kian bertambah.

Menyertai seminar-seminar antarabangsa dan menjadi tuan rumah seminar-seminar khas untuk wanita. Daripada seminar tersebut dikeluarkan keputusan-keputusan yang membenarkan dan memberikan hak kepada kaum wanita dalam kebebasan berfikir, berperasaan, beragama, berakidah dan mengawal hal-hal berkaitan kesihatannya, khususnya yang berkaitan dengan kesuburannya dan juga memperbaiki kesihatan reproduksi dengan alasan bahawa wanita mempunyai hak untuk menikmati kebebasan peribadinya.

Bahawasanya propaganda kaum kafir terhadap wanita Muslimah di bawah pimpinan Amerika semuanya adalah untuk merealisasikan beberapa tujuan. Antaranya: menjauhkan wanita Muslimah daripada agamanya, mengeluarkannya dari rumahnya, menghapuskan keluarga Muslimah dan pendidikan anak-anak, kemudian menggalakkannya untuk melakukan pengguguran dan menelan pil pencegah kehamilan yang berakhir dengan kemandulan bertujuan untuk mengehadkan kelahiran di kalangan umat Islam.

Perkara-perkara inilah yang dikehendaki oleh Amerika untuk kita. Sementara para pemikir di negara mereka pula menginginkan yang lain. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Harvard (salah sebuah universiti terkemuka Amerika) menasihatkan para wanita di Amerika Syarikat agar ‘meniru wanita Muslimah dalam akhlak mereka dengan mengajak semua wanita Amerika supaya cuba meniru tingkahlaku wanita Muslimah sebagai satu-satunya cara untuk menyelamatkan masyarakat Amerika daripada penyesalan dan kekecewaan yang tidak berpenghujung disebabkan oleh keruntuhan akhlak dan tersebarnya penyakit yang diakibatkan oleh hubungan tidak syarie antara lelaki dan wanita di sana’. Institusi nasional kajian kesihatan di Maryland yang melakukan kajian khas mengenai Islam dan syiarnya telah menegaskan bahawa jika umat Islam menjaga pelaksanaan syiar Islam, dia akan menjadi seorang yang berperibadi baik daripada sudut jiwa dan kesihatannya. Dia akan melalui kehidupannya dengan jiwa yang halus dan tidak akan berhadapan pula dengan sebarang masalah kejiwaan. Hal tersebut berlawanan dengan seorang Muslim yang tidak menjaga pelaksanaan syiar-syiar Islam ataupun jika dia seorang non-Muslim.

[bersambung]

- Majallah al-wa’ie (edisi bahasa Arab). 2006. Bil. 228.hal. 21-24.


Baca selengkapnya...
24.5.09

Hari IBU : Benarkah Ia Bukti Ketaatan Sejati?

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



Bulan Mei ini sangat sinonim dengan Hari Ibu. Promosi di media cetak dan elektronik termasuk internet menjadikan ia satu hari yang mesti dirayakan oleh semua. Hadis yang mengatakan bahawa Syurga terletak di tapak kaki ibu seolah-olah menjadi justifikasi sebahagian umat Islam merayakannya.

Syukur Alhamdulillah. Fikratul Ummah edisi Mei 2009 membawakan dua isu iaitu Hari Ibu: Benarkah ia bukti ketaatan dan Permasalahan Sosial – Sampai Bila? Tema Hari Ibu dikupas untuk menjelaskan ketaatan kepada ibu menurut syarak yang mana ia bukanlah dengan merayakan satu hari yang khusus untuk mereka. Manakala isu gejala sosial yang menyaksikan peningkatan statistik kes rogol dan sumbang mahram pula diangkat untuk menjelaskan bagaimana syariat Islam menyelesaikan gejala sosial yang terbit dari pemenuhan gejolak syahwat melalui hukum-hakam galakan menikah, perintah menutup aurat kepada wanita, larangan berdua-duaan tanpa ditemani mahram dsb. Gejala sosial yang kian meruncing ini jika difikirkan dengan mendalam pasti dapat menyuntik satu kefahaman bahawasanya peranan ibu dalam memberi pendidikan agama kepada anak-anak adalah sangat penting demi untuk membasminya selain peranan Negara untuk menguatkuasakan hukuman kepada pesalah jenayah rogol dan zina. Fikratul Ummah juga membawakan bahagian ketiga yang merupakan bahagian akhir artikel “Benarkah Islam Menindas Wanita”.

Adalah diharapkan semuga paparan ketiga-tiga artikel di atas akan dapat memberi penjelasan bahawa Islam mempunyai formula tersendiri untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melingkari kehidupan wanita yang mana tanpa penyelesaian menurut sumber wahyu iaitu Al Quran dan Sunnah tidak akan dapat memberi ketenangan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Wallahu ‘alam bisshawab.

==============================================================================



Ibu ibu,.. engkaulah ratu hatiku. Hari Ibu disambut pada hari yang berbeza di antara negara mengikut pelbagai asal-usulnya. Ternyata, pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun, Malaysia merupakan antara negara yang akan menyambut hari ibu.

Golongan wanita terutama yang bergelar ibu, sudah pasti merasakan hari ibu adalah hari untuk diri mereka diraikan dan disanjung oleh si anak. Ibu merupakan insan yang tidak pernah mengenal erti perit jerih tatkala melahirkan seterusnya bertanggungjawab membesarkan cahayamatanya dengan penuh kasih sayang. Seorang wanita yang sanggup mengorbankan kepentingan dirinya dalam mengharungi pelbagai cabaran demi untuk kesejahteraan si anak. Apa yang pasti setiap kali menjelang bulan Mei kad-kad ucapan dari anakanda tersayang akan lebih menyemarakkan kedatangan bulan tersebut. Tidak lupa juga tradisi menghadiahkan jambangan bunga, barangan kemas bernilai puluhan ribu, pakej pelancongan keluar negara dan sebagainya disediakan pada hari tersebut semata-mata untuk meraikan sambutan Hari Ibu Sedunia ini. Perayaan tahunan yang lahir dari ciptaan barat diraikan begitu meriah mengikut acuan mereka yang sudah pasti untuk semua golongan bangsa tidak terkecuali umat Islam. Saat paling bermakna adalah ketika anak-anak berkumpul bersama-sama meluangkan masa bersama ibu dan bapa bagi meraikan hari tersebut. Bagi ibu, itulah saat paling bahagia dan paling dinantikan yang pasti akan sentiasa berada dalam lipatan memorinya. Bukan hadiah mahal dan indah yang dinantikan tetapi cukup dengan ingatan dan kunjungan dari anak-anak yang membahagiakan jiwa sang ibu.

Sejarah Hari Ibu


Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati Dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari tersebut.

Justifikasi Sambutan Hari Ibu

Jika dilihat sambutan hari ibu yang telah disambut dengan meriah di Malaysia khususnya, rata-rata umat beranggapan bahawa hari ibu merupakan hari yang seharusnya seorang anak mengingati dan menghargai keberadaaan ibu yang telah membesarkan dan mendidik agar anak menjadi insan yang berguna.

Sebahagian umat Islam di Malaysia beranggapan bahawa Hari Ibu yang jatuh dalam bulan Mei disambut bukan untuk mengikuti tradisi atau hadharah Barat, tetapi merasakan mereka berhak untuk dijaga, dihormati, dikasihi, ditaati selagi tidak melakukan kemaksiatan kepada Allah Subhanahu wa Taala. Mereka berpendapat bahawa, jasa ibu yang tiada tolok bandingnya dan tidak akan terbalas hingga ke hujung nyawa sekalipun harus dihargai. Sememangnya, ketaatan kepada ibu, bukan hanya untuk hari tersebut, namun harus ditunjukkan setiap hari, tempat dan setiap masa hatta apabila ibu tersebut telah meninggalkan dunia fana ini.

Kepada penganut agama lain, hari Ibu adalah sebahagian lambang ketaatan yang dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil.Dalam tradisi agama Cina contohnya, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Cina, Universiti Malaya, Dr. Yam Kah Kean menjelaskan, ketaatan kepada ibu bapa adalah sifat penting di dalam budaya masyarakat Cina. Tradisi ini menekankan dan mempraktikkan ketaatan telah dikesan semenjak sebelum kewujudan fahaman Konfusianisme lagi. Malah perlakuan mentaati itu bukan sekadar dalam lingkungan ibu bapa yang masih hidup sahaja tetapi melangkaui ke alam selepas mati. Konsep ini terbawa dengan signifikan agama dan amalan memuliakan nenek moyang yang masih meresap dalam tradisi Cina hingga sekarang.

Katanya lagi, definisi tentang ketaatan kepada ibu bapa di dalam tradisi masyarakat Cina merangkumi enam perkata iaitu mematuhi, memperingati, menyokong, menghormati, tidak membuat mereka risau atau bersedih dan ia adalah asas kepada segala kebaikan.
Di China baru-baru ini, sesetengah orang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

Layanan kepada Ibu menurut Islam

Islam memerintahkan penganutnya untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Taala dan hadis berikut:

"Dan tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uuh', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (TMQ Surah al-Isra:23-24)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud: "Aku pernah bertanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda." (HR Muslim)

Ketaatan serta kasih sayang yang mesti ditunjukkan oleh anak-anak kepada ibunya tidak terputus terhadap ibu yang kafir. Siapa pun mereka, apapun agama mereka, ibu tetap berhak diberi ketaatan. Jasa mereka yang mengandungkan anak selama sembilan bulan, bertarung nyawa untuk melahirkan dan berhempas pulas untuk membesarkan, melayakkan mereka untuk menerima penghargaan dari si anak kelak. Namun, harus diingat, selagi ianya tidak membawa kepada kemurkaan Allah Subhanahu Wa Taala dan kekasihNya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam selagi itulah ibu mesti ditaati. Ini berdasarkan kepada hadis berikut:

Diriwayatkan daripada Sa'id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir. Kerana terlalu benci kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, "Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam)." (HR Muslim)

Berikutan peristiwa itu, Allah menurunkan ayat yang bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan." (TMQ Surah al-Ankabut: ayat 8)

Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau – dengan akal fikiranmu - tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan." (TMQ Surah Luqman: 14-15)

Khatimah

Islam yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala merupakan agama yang lengkap dan penuh dengan syariat. Islam yang merupakan rahmatan lil Alamin iaitu rahmat bagi sekalian alam sama sekali tidak mengendahkan bagaimana umatnya menunjukkan ketaatan kepada kedua ibubapanya. Islam juga mengajar umatnya agar senantiasa melakukan ketaatan bukan hanya kepada ibu malahan yang lebih utama adalah ketaatan kepada Pencipta seluruh alam ini. Hari Ibu adalah hari di mana ibu itu sentiasa dihormati dan ditaati setiap hari, bukan hanya bulan-bulan tertentu yang disambut seperti tradisi Barat. Ibu hendaklah dilayani dengan baik dan dicurahkan kasih sayang bukan hanya pada satu hari tertentu, sebaliknya sepanjang masa selama 365 hari. Budaya hedonism yang sinonim dengan masyarakat Barat menyebabkan mereka sibuk mengejar kemewahan dan kenikmatan duniawi. Justeru mereka mengadakan suatu “Hari Ibu” untuk mengingatkan mereka bahawa mereka masih mempunyai ibu. Senario ini berbeza dengan ajaran Islam yang memerintahkan umatnya berbuat baik kepada ibu sepanjang masa. Sebagai Muslim, selain melakukan kebaikan kepada Sang Ibu, sesuatu yang sangat wajar dilakukannya untuk membalas kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga semenjak kecil adalah dengan berusaha menjadi anak yang soleh kerana doa dari anak yang soleh akan dapat membantu sang ibu sungguhpun setelah bercerai nyawa dari jasad. Itulah yang lebih menjadi perkara utama yang mereka harapkan dari seseorang yang bergelar anak.
Setiap Muslim hendaklah merasa mulia dan bangga dengan agamanya serta merasa cukup dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya dalam agama yang lurus ini yang telah diredhai Allah untuk para hambaNya. Maka hendaknya tidaklah dia menambahi dan tidak mengurangi. Seterusnya, hendaknya setiap Muslim tidak menjadi pak turut yang
menirukan setiap ajakan hingga melakukan dosa akibat dari tasyabuh bil Kuffar (menyerupai orang Kafir) sebaliknya dia menjalankan syari'at Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan menjadikan peribadi RasulNya sebagai panutan yang ditiru, bukan yang meniru, sehingga menjadi suri teladan dan bukan penciplak, kerana alhamdulillah, syari'at Allah itu sungguh sempurna dari segala sisinya, sebagaimana firmanNya: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agamamu. " (TMQ Al-Ma'idah: 3).

Wallahu ‘alam bisshawab.



Baca selengkapnya...
24.5.09

Permasalahan Sosial : Sampai Bila ?

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |





Mutakhir ini, permasalahan gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin menjadi-jadi dan tiada berkesudahan malahan sangat membimbangkan.Jumlah kes-kes yang dilaporkan menunjukkan permasalahan ini semakin parah. Ini tidak termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa atau tidak sampai kepada pengetahuan umum. Ketika ini, saban hari kita didedahkan dengan pelbagai masalah gejala sosial di media-media cetak dan massa sehinggakan masyarakat tidak memandangnya sebagai sesuatu yang luar biasa, sudah lali, malah pasrah dengan masalah ini. Pada satu-satu masa dapat kita lihat kes-kes permasalahan sosial meningkat dengan begitu drastik sekali seolah-olah ada satu baja yang menjadi pemangkin kepada kesuburan masalah ini seiring dengan kemajuan yang dikejar-kejar oleh Malaysia. Semakin maju sesebuah negara itu, maka semakin maju jugalah permasalahan sosial yang terjadi di tengah-tengah umat. Siapa yang tidak pernah terbaca tentang jenayah rogol, liwat, cabul, sumbang mahram dan sebagainya. Dari kes remaja sekolah dirogol teman internet atau teman yang baru beberapa jam dikenali, kes bomoh merogol dan meraba pesakit, kes sumbang mahram melibatkan bapa kandung rogol anak kandung, abang kandung rogol adik kandung dan sebagainya.

Segelintir pihak menganggap ianya bukan urusan mereka, tidak ada kaitan langsung dengan kehidupan mereka kerana ianya tidak terjadi di kalangan ahli keluarga terdekat, saudara-mara atau jiran tetangga. Namun begitu, tidak kurang juga yang sangat mengambil berat dengan isu-isu gejala sosial ini sehingga menjadikan ia sebagai isu perbincangan di mana-mana sahaja, masyarakat menyuarakan rasa tidak puas hati dan mengutuk tindakan pelaku-pelakunya malah dijadikan juga sebagai bahan kajian atau tesis oleh para mahasiswa.

Akhbar The Star pada hari Isnin 27 April, 2009 melaporkan hampir 60% gadis berumur antara 13 hingga 15 tahun pernah melakukan hubungan seks disebabkan ingin membalas dendam terhadap ibu bapa yang telah mengabaikan mereka. Satu kes sumbang mahram dan sekali gus rogol berlaku di Johor Bahru ke atas seorang gadis berumur 15 tahun yang kini hamil 7 bulan, di mana bapa kandungnya dan sahabat bapanya telah merogolnya sejak dia berumur 12 tahun. Penolong Pesuruhjaya Suguram Bibi Munshi Deen, Ketua Bahagian Siasatan Penderaan Seksual Kanak-kanak, Bukit Aman pula melaporkan kes-kes rogol sehingga mangsa hamil di kalangan remaja meningkat sejak 2005 dan kes-kes berlaku kebanyakannya di bandar-bandar utama disekitar Selangor, Johor dan Kedah dan statistik dari tahun 2005 sehingga 2008, menunjukkan 75% daripada mangsa rogol berumur 18 tahun dan sekurang-kurangnya 60% adalah gadis di bawah umur 16 tahun, manakala remaja lelaki berumur di bawah 18 tahun menyumbang antara 8.4% dan 13.6% sebagai pelaku dalam kes rogol. Jika kita telusuri dari laporan kes-kes yang berlaku hampir setiap hari dan statistik yang dikeluarkan oleh PDRM dan sebagainya, dapat kita simpulkan bahawa permasalahan ini sebenarnya disebabkan tiada sistem hukuman yang berkesan yang dapat menghukum pelakunya sehinggakan terdapat kes-kes yang dilakukan oleh pelakunya dilakukan berulang kali malah tidak kurang juga munculnya kes-kes baru yang menunjukkan hukuman yang dikenakan ke atas pelakunya langsung tidak menunjukkan umat takut dengan hukuman itu. Malah hukuman yang dikenakan juga tidak setimpal dengan apa yang dilakukan, lalu tidak hairanlah jika ada sahaja kes-kes baru yang dilaporkan.

Kaedah penyelesaian berdasarkan hukum akal

Kaedah penyelesaian yang disarankan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan sendiri tidak juga dapat menyelesaikan permasahan sosial yang sangat serius berlaku ketika ini bahkan memburukkan lagi keadaan di tahap yang sangat membimbangkan. Ini berpunca daripada konsep kebebasan yang diagung-agungkan oleh Barat dan telah meracuni pemikiran umat Islam sehingga ianya dijadikan sebagai asas dalam setiap tindakan dan perbuatan mereka. Standard/tolok ukur perbuatan halal dan haram dalam Islam tidak digunapakai dan tidak diendahkan lagi sebaliknya mereka lebih bangga memilih budaya Barat sebagai panduan hidup. Apabila perbuatan-perbuatan mereka dipertikaikan atau ditegah, maka mereka menggunakan istilah hak asasi manusia yang mana ia juga< adalah idea Barat. Selain itu, apabila berlaku sesuatu permasalahan sosial di tengah-tengah masyarakat, ada sahaja pihak yang tampil dengan pelbagai kaedah penyelesaian yang dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi ada pula pihak-pihak lebih sibuk menuding jari dan menyalahkan pihak-pihak tertentu daripada memberikan

penyelesaiannya. Kebiasaannya yang menjadi mangsa yang dipersalahkan adalah ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya, media massa, internet dan sebagainya.

Sebahagian umat Islam melalui badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengadakah rumah-rumah perlindungan untuk gadis-gadis liar yang telah hamil dengan harapan langkah ini akan dapat ‘menyelamatkan’ gadis-gadis yang terlanjur sehingga mereka dapat mencari jalan pulang. Akibatnya, sebahagian masyarakat berpendapat, tidak mengapa melakukan kesalahan kerana mereka boleh merujuk kepada pusat-pusat perlindungan ini.

Sementara itu, dalam hal ini pihak kerajaanlah kononnya yang seharusnya dipuji kerana tampil dengan kaedah penyelesaian yang hebat setiap masa. Setiap kali timbul permasalahan sosial yang baru, Parlimen menjadi medan untuk mencari jalan penyelesaian dengan cara menggubal akta yang baru di samping meminda akta-akta yang sedia ada mengikut kesesuaian dan kemahuan mereka. Pemimpin-pemimpin Muslim dan kafir berkumpul, bersatu hati menjadikan hukum kufur Barat yang bersumber dari akal untuk tetap dipegang teguh dan letakkan di tempat yang tertinggi. Pihak kerajaan menjadikan pihak berkuasa sebagai penanggungjawab utama yang akan mengawal dan menyelesaikan segala permasalahan sosial yang timbul walhasil masalah ini tetap berlarutan dan pihak berkuasa hanya hebat dalam mengumpul dan mencatat statistik kes-kes berlaku. Jika dilihat dengan teliti, semakin giat kerajaan dan pihak-pihak berkenaan cuba menangani masalah tersebut dengan kaedah-kaedah penyelesaian mereka, maka semakin rancak pulalah kes-kes baru yang akan muncul. Oleh itu, sampai bilakah permasalahan ini akan selesai atau bolehkah permasalahan ini selesai dengan menggunakan sistem kufur Barat yang bersumberkan akal? Atau bagaimana sebenarnya permasalahan ini dapat diselesaikan dengan syari’at Islam?

Kaedah penyelesaian dalam Islam

Sesungguhnya sesuatu yang perlu kita ketahui dan sedia maklum, orang-orang kafir Barat tidak menjadikan agama sebagai panduan hidup mereka. Agama hanya untuk tujuan kerohanian semata-mata bagi memenuhi naluri beragama (gharizah at-taddayun). Namun begitu, mereka menjalani hidup seharian dan menyelesaikan masalah hidup mereka berpandukan akal semata-mata tanpa panduan daripada agama mereka. Ini sama sekali berbeza dengan umat Islam yang mempunyai panduan hidup yang mana kita pasti tidak akan sesat sekiranya kita berpegang teguh kepada kedua-duanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. (TMQ Surah al-Baqarah[2]: 208) Tetapi sayang sekali umat Islam hari ini lebih cenderung memilih panduan dan sistem yang mengatur kehidupan mereka selain daripada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Umat Islam menjadikan akal semata-mata sebagai sumber utama dalam penyelesaian masalah kehidupan malah mereka tidak menyedari bahawa mereka terus-menerus sesat. Justeru itu, buktinya memang telah nyata di mana semua permasalahan kehidupan umat tidak dapat diselesaikan hingga ke akar umbi tetapi mereka hanya menyembuhkan penyakit dengan mengubati simptom-simptomnya sahaja yang mana penyakit tetap sahaja tidak dapat disembuhkan dan masalah tetap sahaja tidak dapat dituntaskan. Ini adalah janji Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mana umat Islam pasti akan sentiasa dalam kesulitan sekiranya mengambil selain daripada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya sepertimana dalam firman-Nya: “Dan tidaklah patut bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan mengenai sesuatu perkara (tidaklah patut mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dalam kesesatan yang jelas nyata”. (TMQ Surah Al-Ahzab[33]: 36)

Persoalannya sekarang, adakah umat Islam masih tetap dengan pendirian mereka untuk menjadikan akal sebagai sumber hukum? Sesungguhnya telah ada penyelesaian yang hakiki yang jelas dapat menyelesaikan segala macam masalah umat yang mungkin tidak terfikir dek akal manusia yang terbatas.

Penyelesaian hakiki yang dapat menyelesaikan semua permasalahan sosial umat yang akan dijelaskan di sini tidak lain dan tidak bukan adalah Islam yang menjadi satu-satunya solusi. Islam adalah ideologi yang sempurna dan lengkap dengan akidah dan syariah. Islam mempunyai akidah yang memancarkan sistem iaitu bahawa Islam mempunyai tatacara atau peraturan hidup yang mengatur segala urusan umat dan juga menyelesaikan dan memecahkan permasalahan yang dihadapi umat. Sebenarnya telah jelas kini bahawa segala punca permasalahan umat adalah kerana Islam tidak dijadikan satu-satunya panduan dan pegangan oleh umat Islam dan seterusnya tidak diterapkan di tengah-tengah kehidupan umat. Umat Islam terutamanya para pemimpin lebih cenderung memilih sistem kufur sebagai sumber hukum mereka seterusnya mengagung-agungkannya seolah-olah hanya sistem kufur sahajalah satu-satunya sistem yang ada di dunia ini yang sesuai untuk digunapakai. Cara berfikir para pemimpin juga telah dipengaruhi oleh cara berfikir kafir Barat dan cara berfikir itulah yang telah dipaksakan ke atas rakyat di bawah pimpinannya. Para pemimpin mempunyai kuasa veto untuk membuat undang-undang sendiri sesuka hati mereka mengikut akal mereka tanpa ada perasaan takut meninggalkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya sebagai sumber hukum tetapi mengambil undang-undang yang batil itu untuk diterapkan di tengah-tengah umat dan umat terpaksa mengikutinya samada setuju atau tidak. Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman: “Maka demi tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. (TMQ an-Nisa’[4]: 65)

Justeru itu, sesungguhnya permasalahan umat pastinya dapat diselesaikan sekiranya Islam dikembalikan sebagai peraturan hidup dengan mengambil Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya sebagai satu-satunya sumber hukum dengan menerapkan hukum Allah Subhanahu wa Ta’ala di tengah-tengah umat. Ini kerana sekiranya peraturan yang diterapkan daripada sumber yang haq, maka sudah pastinya tiada unsur-unsur yang tidak baik yang akan mendorong umat manusia untuk melakukan kerosakan atau perkara-perkara yang akan menyebabkan mereka dikenakan hukuman oleh negara. Apabila kita teliti dari segi aspek potensi kehidupan manusia, maka di situ kita akan dapat mengetahui bahawa potensi kehidupan terdiri daripada dua iaitu: 1) keperluan jasmani (al-hajat al-udhuwiyah) yang mana manusia memerlukannya untuk terus hidup iaitu seperti makan, minum, bernafas dan sebagainya, 2) naluri (al-gharizah) adalah khasiat yang merupakan fitrah yang terdapat dalam diri manusia agar manusia mendapatkan ketenangan dengan pemenuhan naluri ini. Permasahan sosial yang berlaku juga adalah di sebabkan oleh salah satu naluri iaitu naluri seksual (gharizah an-nau’) yang tidak diatur sesuai dengan Islam yang mana mengakibatkan berlakunya kes-kes rogol, sumbang mahram, zina dan sebagainya. Padahal Islam sejak awal-awal lagi telah mengatur kehidupan sosial manusia dengan menetapkan garis panduan yang lengkap iaitu sistem pergaulan dalam Islam (an-nizham al- ijtima’i) yang mana ianya hanya perlu dipatuhi dan diikuti, sebagai contoh, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batasan pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat antara lelaki dan wanita, penetapan pakaian wanita Muslimah dan sebagainya. Sekiranya garis panduan dan peraturan ini dipatuhi, pasti ianya dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendorong ke arah penyimpangan seksual. Beberapa garis panduan dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam Islam adalah seperti berikut:

Islam menggalakkan umatnya yang berkemampuan untuk menikah melalui sabda Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai para pemuda, siapa di antara kalian yang memiliki kemampuan, maka menikahlah, kerana menikah itu bisa menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan siapa yang tidak mampu, berpuasalah karena puasa itu bisa menjadi kendali baginya”. (Riwayat Bukhari, Kitab an-Nikah, no. Hadis: 5066). Pernikahan ini akan dapat menyalurkan nafsu syahwat dengan jalan yang halal dan mengelakkan perzinaan.

2 Islam telah memerintahkan kepada manusia, samada lelaki atau pun wanita untuk menundukkan pandangan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Katakanlah kepada lelaki Mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya (melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatannya (daripada zina), sesungguhnya Allah Maha Tahu atas apa yang mereka lakukan. Katakanlah kepada wanita Mukmin, hendaklah mereka menahan pandangannya (melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatannya (daripada zina)”. (TMQ Surah an-Nur [24]: 30-31). Dengan menundukkan pandangan, walaupun hukum asalnya mubah kerana yang dipandang adalah darah daging sendiri, seseorang akan dapat menghindari dirinya dari terjebak dalam gejala haruan makan anak.

3 Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna yakni pakaian yang menutup seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain yang biasa nampak padanya. Hendaklah mereka melabuhkan tudung (khimar) ke bahagian dada mereka”. (TMQ Surah an-Nur [24]: 31).

Islam juga memerintahkan Muslimah untuk mengenakan jilbab sebagaimana maksud firman Allah: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan wanita-wanita Mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. (TMQ Surah al-Ahzab [33]: 59).

Pada hari ini, kita menyaksikan wanita bebas mengenakan sebarang pakaian dan mendedahkan aurat mereka di tempat umum tanpa dikenakan hukuman oleh para penguasa menyebabkan kejadian rogol berlaku apabila rangsangan syahwat tidak dapat disalurkan pada jalan yang halal.

4 Islam melarang seorang wanita melakukan safar (perjalanan) dari suatu tempat ke tempat yang lain selama sehari semalam, kecuali jika disertai dengan mahramnya. Rasulullah Sallaulahhu alaihi wa salam bersabda: “Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

5 Islam melarang lelaki dan wanita untuk berkhalwat (berdua-duaan), kecuali wanita itu disertai mahramnya. Rasullulah Sallaulahhu alaihi wa salam bersabda: “Tidak dibolehkan seorang lelaki dan wanita berkhalwat kecuali jika wanita itu disertai mahramnya”. [HR Muslim].
Realiti pada hari ini, masyarakat Islam seakan menganggap lelaki-wanita bebas berdua-duaan samada di tempat khusus seperti dalam kenderaan peribadi dan di khalayak ramai. Akibatnya, anak-anak gadis juga bebas membonceng motosikal lelaki yang baru dikenali hingga kehormatan mereka dicabul dengan rakus.

6 Islam melarang wanita untuk keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya atau walinya.

7 Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jemaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jemaah (komuniti) kaum lelaki.

8 Islam sangat menjaga agar hubungan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam urusan muamalat, bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya.

Justeru itu, ketetapan-ketetapan di atas wajib dipatuhi oleh setiap umat Islam dan dalam memastikan ketetapan-ketetapan tersebut dipatuhi adalah menjadi tanggungjawab ahli masyarakat dan juga negara. Ini kerana Islam sebagai ideologi akan dapat dilaksanakan secara utuh apabila tiga asas penerapan hukum Islam ada dalam kehidupan umat iaitu:
1) ketaqwaan individu yang mendorongnya untuk terikat kepada hukum syara’
2) kawalan masyarakat yang mana manusia memerlukan kepada manusia yang lain untuk mengawal dirinya, dan 3) negara Islam yang menerapkan syari’at Islam secara utuh. Masyarakat wajib mengubah kemungkaran yang dilihatnya manakala negara bertanggungjawab mengenakan hukuman apabila umat melanggar sesuatu ketetapan yakni hukum syara’.Tanggungjawab Negara (Daulah) ini adalah dalam bentuk pelaksanaan hukuman seperti hudud untuk pesalah zina. Pelaksanaan hukum Islam sangat berkesan kerana ia mempunyai dua fungsi iaitu sebagai zawajir (pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat). Apabila seseorang melakukan kesalahan, maka dia akan berhadapan dengan hukuman dari Al-Khaliq yang akan dilaksanakan oleh Negara (Daulah) dan dia juga tidak akan berhadapan dengan azab seksaan Allah Subhanahu wa Ta’ala di akhirat nanti.

Khatimah

Walaupun telah jelas nyata bahawa hukum Islam adalah satu-satunya penyelesaian yang hakiki kepada setiap permasalahan umat dan sebagai satu peraturan hidup yang lengkap dan sempurna, tetapi umat Islam tetap mengambil hukum kufur untuk diterapkan di tengah-tengah umat. Walaupun, telah jelas pelbagai permasalahan umat terutamanya gejala sosial yang semakin meruncing, namun para pemimpin tidak pernah cuba memikirkan alternatif lain yang sebenarnya telah ada dihadapan mereka dan tidak perlu dicari-cari lagi. Penyelesaiannya adalah Islam semata-mata dan kerana itulah Islam disebut sebagai rahmatan lil ‘alamin. Ini kerana dengan Islam sahaja setiap umat samada lelaki dan wanita dapat melalui kehidupan mereka dengan aturan yang benar yakni aturan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tetapi apakan daya, para pemimpin sangat teruja untuk memegang teguh tali ikatan kepada sistem kufur Barat. Mereka berusaha bersungguh-sungguh agar sistem kufur ini tetap diterapkan walau apa cara sekalipun.
Para pemimpin khususnya dan umat Islam amnya sepatutnya membuka mata mereka seluas-luasnya dan memikirkan sedalam-dalamnya bahawa permasalahan sosial dan permasalahan-permasalahan lain yang dihadapi dalam kehidupan ini tidak sekali-kali akan dapat dituntaskan jika mereka tetap teguh dengan pendirian mereka untuk berpegang dengan sistem kufur Barat. Sesungguhnya Sistem Islamlah yang sangat diperlukan oleh umat dalam menghadapi situasi umat yang sangat kritikal ketika ini bukannya sistem kufur yang berlandaskan akal semata-mata. Dalam erti kata lain, kita sebenarnya memerlukan kekuasaan (Khilafah) yang dipimpin oleh seorang penguasa (Khalifah) yang akan melangsungkan kehidupan Islam dengan menerapkan hukum Allah Subhanahu wa Ta’ala di muka bumi ini secara total sebagai peraturan hidup kepada umat manusia.

Wallahu ‘alam bisshawab.



Baca selengkapnya...
24.5.09

Adakah Islam Menindas Wanita (Bahagian Akhir)

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |









Undang–undang dan hak-hak lain yang membezakan lelaki dan wanita di dalam Islam perlu juga dibincangkan dan difahami dengan lebih lanjut. Walaupun proses perceraian di antara lelaki dan wanita berbeza di dalam Islam, perundangan Syari’ah tidak membiarkan wanita untuk terus hidup dalam perkahwinan yang tidak gembira atau ganas, sebaliknya membenarkan suami atau isteri untuk memulakan proses perceraian. Pada hari ini, ramai wanita terpaksa hidup di dalam perkahwinan yang sengsara, tetapi bukan kerana Islam, sebaliknya adalah kerana tradisi budaya timur dan ketiadaan sistem pentadbiran Islam yang menjamin hak-hak Islami mereka. Berhubung dengan kod pakaian bagi lelaki dan wanita di dalam masyarakat adalah merupakan salah satu undang –undang yang menjamin akhlak dan kesucian masyarakat. Bukan sahaja kod berpakaian berbeza di antara jantina tetapi juga keadaan fizikal kedua-dua jantina. Berkenaan undang-undang testimoni, memang benar di dalam sesetengah kes, dua saksi wanita diperlukan berbanding satu saksi lelaki. Ini bukan bererti Islam melihat kecerdikan wanita kurang separuh daripada kecerdikan lelaki sepertimana yang dicanangkan oleh Barat, tetapi ia hanyalah undang–undang Islam yang termaktub di dalam kitab-kitab Islam tanpa sebarang alasan. Sesungguhnya, wanita boleh menjadi seorang hakim dan membuat keputusan ke atas keterangan yang diberi oleh saksi lelaki di dalam sesuatu kes atau wanita juga adalah perawi hadis yang menjadi sebahagian daripada sunnah dan sumber perundangan, telah menyangkal dakwaan ini.

Satu lagi perundangan Islam yang selalu digunakan untuk melabelkan Islam mendiskriminasi wanita adalah wanita tidak dibenarkan untuk memegang jawatan sebagai pemerintah seperti yang termaktub dalam kitab-kitab Islam. Mereka yang gagal untuk mengkaji kitab–kitab Islam dengan mendalam, mendakwa ini terjadi kerana Islam mempunyai pandangan bahawa wanita adalah kurang cerdik daripada lelaki dan oleh kerana itu wanita dilarang untuk menjawat tugas sebagai pemerintah. Islam tidak pernah menjadikan ini satu alasan tetapi memang melarang perbuatan ini kepada wanita. Di dalam hukum Islam, ini bukanlah satu jawatan yang berprestij tetapi satu tanggungjawab. Seorang pemerintah tidak bererti lebih tinggi tarafnya daripada seorang ibu - kedua-duanya mempunyai tugas yang mesti dipenuhi untuk memastikan masyarakat berkembang maju. Oleh itu, adalah sukar untuk memahami mengapa wanita yang diringankan daripada bebanan yang besar ini kepada masyarakat dan kebertanggungjawaban yang besar kepada Sang Pencipta yang membuat peraturan ini dianggap satu pandangan yang tidak adil melainkan ia adalah satu kerelaan. Tambahan pula, di dalam masyarakat Sekular-Barat, wanita sering bersaing untuk memiliki kedudukan dalam pemerintahan supaya dapat menjamin dan memelihara hak asas wanita sebagai warganegara melalui penglibatan di dalam proses penggubalan undang–undang Negara. Walau bagaimanapun, di dalam Islam, pemerintah tidak menggubal undang–undang, tetapi hanya menerapkan perundangan Islam ke atas masyarakat. Oleh itu, hak-hak wanita sebagai warganegara di dalam Islam telah ditentukan dengan jelas di dalam kitab–kitab Islam, yang mana wanita tidak perlu mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan bagi menjamin hak-haknya tetapi hanya perlu mempunyai keupayaan untuk memuhasabah pemerintah di dalam penerapan undang-undang Islam – melalui beberapa mekanisme negara. Oleh itu, idea wanita perlu berjuang untuk mendapatkan kedudukan dalam pemerintahan adalah sebenarnya indikmen ke atas sistem demokrasi – satu sistem di mana wanita telah dipaksa berlumba dengan lelaki untuk menjamin atau memelihara hak-hak asas, yang seharusnya diperolehi secara percuma daripada negara.

(1) Impak berbahaya “Kesetaraan Gender“ keatas peranan sebagai ibu dan kehidupan berkeluarga.

Dari segi sejarah, perjuangan Barat untuk “Kesetaraan Gender” (Gender Equality) dan kebangkitan feminisme telah menjadikan kehidupan umum dan peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah melebihi peranan dalam kehidupan peribadi, peranan sebagai ibu dan pengurus rumahtangga. Ramai feminis berhujah bahawa penghargaan dan kebebasan terhadap wanita tidak setaraf dengan kebergantungan ekonomi terhadap suami atau tanggungjawab terhadap rumahtangga. Oleh yang demikian, ia bukanlah satu perkara yang mudah bagi wanita memiliki hak bekerja tetapi keperluan untuk bekerja. Christabel Pankhurst, seorang feminis radikal dan ahli kumpulan wanita yang pada awal abad ke 20 berkempen di Britain untuk mendapat hak mengundi untuk wanita, berkata bahawa tanggungjawab kehidupan berumah tangga adalah satu bebanan yang terlalu berat untuk ditanggung oleh wanita yang telah berkahwin, membuang masa dan tenaga daripada aspek ekonomi, percuma dan tidak diiktiraf. Sesungguhnya peranan sebagai ibu dan kehidupan berumahtangga sering dilihat sebagai halangan kepada wanita untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam urusan kehidupan umum dan satu rintangan kepada keupayaan wanita untuk berlumba dengan lelaki di dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan politik.

Sebenarnya, meletakkan peranan sebagai pencari nafkah keluarga atau mengejar kerjaya lebih utama daripada peranan sebagai pengurus rumahtangga akan merendahkan nilai keibuan dan ia memberi satu kesan yang berbahaya kepada kehidupan berkeluarga. Hari ini, satu daripada konsekuensi “Kesetaraan Gender” adalah terciptanya masyarakat di mana wanita bukan sahaja mempunyai hak untuk bekerja tetapi juga diharapkan untuk bekerja – termasuk ibu–ibu tunggal yang bersendirian untuk memelihara dan membesarkan anak-anak. Ibu-ibu tunggal atau kedua-dua ibubapa di dalam sebuah keluarga yang bersedia untuk berkongsi memainkan peranan sebagai pencari nafkah keluarga akan sentiasa bergelut mencari masa untuk anak-anak atau untuk menjadikan perkahwinan bertambah kukuh. Dalam banyak kes, suasana sebegini telah membawa kepada pengabaian anak-anak di dalam masyarakat, juga menyumbang kepada masalah tabiat anti-sosial di kalangan remaja dan hilangnya fungsi hubungan ibubapa dan anak. Asas kesetaraan gender itu menyatakan bahawa tanggungjawab di antara lelaki dan wanita di dalam masyarakat adalah sama atau melihat daripada segi apakah yang lebih baik bagi wanita berlawanan dengan apakah yang lebih baik bagi lelaki, juga boleh menyebabkan apakah yang lebih baik untuk satu perkahwinan yang kukuh, anak-anak, keluarga dan keseluruhan masyarakat amnya akan terlepas pandang.

Seterusnya, merendahkan nilai keibuan juga telah membawa kepada situasi di mana seorang wanita yang hamil atau mempunyai anak-anak yang masih kecil, sering dilihat sebagai satu bebanan kepada syarikat, bukannya sebagai satu aset kepada masyarakat. Satu kajiselidik yang dilakukan ke atas 98 buah syarikat pada tahun 2005 oleh the Recruitment and Employment Confederation mendapati tiga per empat daripada syarikat–syarikat tersebut lebih rela melanggar undang-undang daripada mengambil wanita hamil atau seseorang yang berada di tahap usia yamg membolehkan kehamilan – satu fakta yang diketahui oleh ramai wanita dan sehinggakan wanita lebih memilih untuk menangguhkan kehamilan atau kekal tidak mempunyai anak daripada menghadapi “penalti kesuburan” (fertility penalty) ke atas pendapatan atau kerjaya mereka.

Pandangan Islam.

Berbanding dengan kebanyakan masyarakat Sekular-Barat yang merendahkan martabat keibuan di mana ramai ibu-ibu yang duduk di rumah merasa direndahkan oleh masyarakat, manakala ibu-ibu yang bekerja pula menghadapi diskriminasi kerana mempunyai anak akibat perbezaan konsep kesetaraan gender, Islam pula mencari jalan untuk membina cara berfikir tentang hebatnya status keibuan di dalam kehidupan umum, tempat kerja dan masyarakat keseluruhannya. “Syurga dibawah tapak kaki ibu” adalah sabda Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wa Sallam) yang sering menjadi sebutan. Seorang lelaki pada zaman Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wa Sallam) datang kepada baginda dan berkata, “Aku telah mengendong ibuku bersendirian menggelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dan adakah ini dapat membalas kebaikan yang ditunjukkan olehnya ketika aku masih kecil?” Rasulullah ((Sallallahu Alaihi Wa Sallam) menjawab, “ Itu tidak akan dapat membalas satu kesakitan pun ketika melahirkan anak”. Juga telah diriwayatkan pada satu majlis, seorang wanita yang bernama Salamah berkata kepada Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wa Sallam), “Wahai Pesuruh Allah, engkau membawa berita gembira kepada lelaki tetapi tidak kepada perempuan.” Baginda bersabda, “ Adakah teman-teman wanita kamu menyuruh kamu bertanyakan aku soalan itu? Dia berkata, “Ya, benar.” Baginda (Sallallahu Alaihi Wa Sallam) bersabda, “Adakah di antara kamu yang tidak gembira jika kamu dihamilkan oleh suami kamu dan dia berpuashati dengan kamu dan kamu menerima pahala seperti seorang yang berpuasa dan solat kerana Allah? Dan, apabila kesakitan untuk bersalin datang, tidak ada satu pun yang di syurga dan di dunia mengetahui apa yang tersembunyi di dalam rahimnya dapat menenangkannya. Dan apabila dia melahirkan, tidak seteguk air susu yang mengalir darinya dan tidak ada dari setiap hisapan anaknya tetapi dia menerima, untuk setiap teguk dan hisapan, ganjarannya satu pahala. Dan, jika dia berjaga malam kerana anaknya, dia menerima ganjaran seperti seorang yang memerdekakan tujuh puluh hamba kerana Allah.(Tabarani)

Kesemua sabda Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wa Sallam) malah banyak lagi yang memberikan peranan ibu dan pengurus rumah –tangga status yang hebat dan oleh sebab itu, wanita Muslimah yang memegang tanggungjawab ini tidak perlu merasa direndahkan berbanding dengan lelaki yang telah diberi peranan untuk mencari nafkah. Ini tidak bermakna bahawa seorang ibu tidak boleh bekerja atau tidak boleh mempunyai kehidupan umum yang aktif tetapi Islam menegaskan bahawa apa jua tanggungjawab yang digalas oleh wanita dalam kehidupan, dia tidak harus berkompromi dengan peranan yang penting ini. Seorang penyair pernah berkata, “Ibu adalah sekolah: jika kamu menyediakannya dengan sempurna, kamu akan menyediakan keseluruhan manusia denagan keperibadian yang baik; ibu adalah guru yang pertama, kedudukan paling utama di antaranya, dan guru yang terbaik.” Ini pemahaman yang Islam tegaskan bahawa ibu terletak di tengah-tengah jantung keluarga dan oleh yang demikian, ia merupakan tonggak kepada masyarakat. Satu impak dari pandangan ini adalah walaupun di tempat kerja, pemahaman, nilai dan fleksibiliti untuk tanggungjawab berkeluarga seharusnya menjadi penghargaan yang lazim di antara majikan dibandingkan jika dipaksa oleh undang–undang. Ringkasnya, Islam tidak melihat peranan sebagai seorang ibu atau tanggungjawab berumahtangga sebagai halangan kepada kehidupan umum tetapi sebagai peranan yang mustahak dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan sehingga dapat menyediakan satu tulang belakang yang kuat kepada masyarakat.

Kesimpulan

Persepsi Islam menindas wanita timbul akibat sebahagian daripada hukum-hakamnya bertentangan dengan idea “kesetaraan gender”. Walau bagaimanapun, konsep kesetaraan gender adalah satu konsep yang lahir daripada sejarah Barat dan ia telah dibuktikan mempunyai banyak kesilapan daripada aspek intelektual dan daripada segi impaknya ke atas masyarakat. Tambahan pula, pandangan Islam biasanya berdasarkan kepada pemerhatian yang teliti terhadap perundangan Syari’ah secara individu, berasingan daripada kerangka perundangan Islam secara keseluruhannya untuk kehidupan berkeluarga dan masyarakat keseluruhannya. Di dalam Islam, peranan dan hak lelaki mahu pun wanita tidak berdasarkan kepada kesetaraan gender. Mereka saling melengkapi berbanding saling kompetitif dan berdasarkan kepada yang terbaik untuk komuniti, bukan pandangan lelaki yang sempit berlawanan dengan perspektif wanita. Ia yakin kepada kerjasama di antara satu sama lain, berbanding saling bersaing daripada segi gender di mana lelaki dan wanita saling berasa iri hati dengan hak, tanggungjawab dan peranan satu sama lain dalam masyarakat. Allah (Subhanahu wa taala) berfirman,

“Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang Allah kurniakan kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.(Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan…” [Surah An-Nisa : 32]

Pandangan terhadap lelaki dan wanita boleh diillustrasikan dengan cantik dengan sebuah analogi yang disampaikan dalam Surah Al-Yasin dimana Allah (Subhanahu wa taala) berfirman,
“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing –masing beredar pada garis edarnya.” [Surah Yasin : 40]

Tanpa ragu-ragu, perdebatan yang perlu diadakan bukanlah bererti apakah Islam menindas wanita tetapi apakah sistem dan undang-undang yang berharga yang boleh menjamin kesejahteraan di dalam hubungan lelaki dan wanita dalam masyarakat, menjadikan struktur keluarga kukuh dan memberi status penghargaan yang sewajarnya bagi setiap wanita. Kekuatan perdebatan ini oleh komuniti Muslim bergantung kepada persembahan model Islami yang unik dan cantik mengenai peranan dan hak–hak sebenar lelaki dan wanita dalam masyarakat tanpa menyerah kepada tekanan yang meminta penggubalan undang- undang Islam, hanya untuk menuruti idea sekular Barat yang bathil seperti “Kesetaraan Gender”.




Baca selengkapnya...
26.4.09

Wanita, Jadilah Ahli Politik Sejati

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,




Senario politik tanahair nampaknya berubah lagi. Kali ini, ia bukanlah di luar dugaan. Kelazimannya setelah Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, akan muncullah wajah-wajah riang ceria dengan pelbagai janji manis penyedap kata dengan bangga berjuang dibawah panji-panji Sang Saka Bangsa, sungguhpun telah jelas perjuangan berteraskan assobiyyah dimurkai Yang Esa. Bertukarnya tampuk pemerintahan negara nampaknya masih tidak mengubah pemahaman makna politik dari perspektif sempit ala-ala Nicollo Machiavelli (1469-1527). Iklim ekonomi dunia yang terjejas dek krisis sub-prime loan di Amerika Syarikat juga menyaksikan ramai pekerja kehilangan mata pencarian di seluruh dunia termasuk wanita. Keadaan ini pastinya membebankan kaum ibu kerana rata-rata berpendapat bahawa tangan yang menghayun buaian ini mesti turut sama terjun dalam pasaran tenaga kerja.

Syukur Alhamdulillah Fikratul Ummah kali ini membawakan dua artikel. Artikel pertama bertajuk Wanita, Jadilah Ahli Politik Sejati yang mana intipatinya menjelaskan ciri-ciri ahli politik menurut dalil-dalil yang digali dari Al-Quran dan Sunnah. Harapan kami semoga ia memberi pencerahan kepada banyak pihak khususnya yang beranggapan bahawa politik hanyalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama sebagaimana teori klasik Aristotle.

Sempena Hari Buruh yang disambut di seluruh dunia pada 1hb Mei 2009, sebuah artikel bertajuk Sempena Hari Buruh: Perlukah Wanita Bekerja turut dihidangkan dengan tujuan menjelaskan bahawa pelaksanaan sistem ekonomi Kapitalis telah menyebabkan wanita terpaksa bekerja. Diharap ianya dapat menjelaskan bagaimana sistem ekonomi Islam mempunyai penawar paling mujarab dalam memastikan keperluan pokok seluruh warga negara dapat dipenuhi tanpa wanita perlu membanting tulang dan memerah fikiran demi sesuap nasi.

Artikel terjemahan Adakah Islam Menindas Wanita Bahagian kedua pula adalah sambungan artikel dengan judul yang sama dalam FU edisi November 2008.

Semoga ketiga-tiga artikel akan meningkatkan kesedaran kepada kita semua bahawasanya episod dukalara berpanjangan yang melanda kita dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain adalah kerana Al-Quran yang tidak ada keraguan di dalamnya, yang menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa hanya dihormati fizikalnya semata-mata, manakala hukum-hakam yang terkandung di dalamnya tidak dilaksanakan secara keseluruhan dalam kehidupan. Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sukar (sempit) dan Kami akan menghidupkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta [TMQ Taaha (20): 124].

Wallahu ‘alam bisshawab.

=======================================================================

Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 24-26hb Mac 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (“PWTC”) menyaksikan persaingan sengit bagi merebut beberapa kerusi yang hebat dipertandingkan seperti kerusi Naib Presiden, Ketua Pemuda UMNO, Ketua Wanita UMNO dan Ketua Puteri UMNO. Untuk jawatan Ketua Wanita UMNO, perlawanan satu lawan satu antara dua ‘musuh tradisi’ berakhir dengan cairnya ‘wanita besi’ di tangan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO pula, wakil rakyat Parlimen Papar (P175). Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengungguli kerusi yang dipegang oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad. Apa yang selalu disaksikan adalah ada sahaja ‘benda baru’ dijanjikan setiap kali berlaku perubahan kepimpinan.

Sejurus selepas memenangi Kerusi Ketua Puteri, Datuk Rosnah memberi komen “Saya menerimanya dengan penuh keinsafan bahawa jawatan Ketua Puteri mempunyai tanggungjawab besar yang diamanahkan. Saya melihat cabaran mendatang adalah untuk memantapkan Puteri Umno, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, menarik sokongan lebih ramai golongan muda dan memastikan Umno terus relevan untuk golongan muda di negara ini“ [http://puterilabuan.blogspot.com/2009/03/yb-datuk-rosnah-abdul-rashid-shirlin.html].

Komen Datuk Rosnah ini seolah-olah menjelaskan bahawa Puteri UMNO, walaupun pernah dipimpin oleh dua serikandi yang juga bekas menteri dan timbalan menteri tetap belum mantap. Selain itu, adakah ketua Puteri UMNO yang baru-baru ini menganggotai Kabinet baru Perdana Menteri Malaysia ke-6 sebagai Timbalan Menteri Kesihatan akan dapat memastikan perkhidmatan dan rawatan kesihatan dinikmati oleh seluruh warganegara dari segenap lapisan masyarakat? Selain itu, kenyataan Ketua Puteri di atas juga lebih cenderung untuk menerangkan kepada rakyat bahawa politik yang diperjuangkan oleh Puteri UMNO (dan UMNO itu sendiri) adalah untuk memenangi pilihanraya, bukan mengurusi umat dengan syariat!Sebagai Muslimin, beberapa persoalan yang mesti dirungkai dengan baik adalah: adakah politik yang dituntut untuk umat Islam memperjuangkannya masih lagi dalam kerangka politik berbau assobiyah iaitu politik di tanahair semata-mata? Apakah pandangan Francis Fukuyama yang menganggap munculnya negara ‘champion’ demokrasi iaitu Amerika Syarikat sebagai satu-satunya negara adikuasa - sejak runtuhnya Soviet Union tahun 1991-yang memainkan peranan politik antarabangsa sebagai akhir sejarah (end of history) tidak terkait dengan politik Malaysia? Apakah pandangan Samuel Huntington yang menyebut akan terjadi pertembungan peradaban (clash of civilization) antara pelbagai bangsa yang masing-masing memiliki peradaban serta meramalkan bahawa kekuatan Islam dan kekuatan Kuning Confucius akan bersatu dalam menghadapi kekuatan Barat hanya perlu di ‘amin’ kan sahaja tanpa usaha fizikal untuk memerangi kuasa Kufur-Barat?

Seterusnya, mengapakah agaknya perjuangan politik yang dihidangkan kepada umat semata-mata untuk mengekalkan tampuk kekuasaan dan perundangan Negara yang digubal dari undang-undang dari akal manusia (man-made laws) dan undang-undang Barat mesti ditolak? Siapakah agaknya ahli politik sejati? Artikel ini akan membicarakan mengenai ciri-ciri ahli politik sejati dan apakah peranan wanita bagi mewujudkan ahli politik sejati ini.

Siapa ahli politik sejati?

Pertama: Ahli politik memperjuangkan Islam sebagai mabda’ (ideologi), iaitu memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan sistem kehidupan untuk menyelesaikan masalah umat. Allah Subhanahu Wa Taala menegaskan bahawa tugas parti/gerakan adalah memperjuangkan penerapan syariah Islam secara menyeluruh (kaffah). Allah Subhanahu Wa Taala berfirman: “Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan kebaikan dan melakukan amar makruf nahi mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”[TMQ Ali-Imran (3): 104]. Menyeru Islam Kaffah ini membawa makna bahawa perjuangan tidak hanya untuk memastikan hak dan kedudukan wanita menurut perundangan Islam yang dianggap tidak menyelesaikan isu penderaan dan penganiayaan, sebaliknya seluruh hukum-hakam terlaksana secara keseluruhan secara serentak, bukan beransur-ansur (tadaruj).

Kedua: Ahli politik yang memberikan kemaslahatan dan berjuang bagi umat. Politik merupakan pengurusan urusan umat atau rakyat. Oleh itu, ahli politik ketika berkecimpung dalam dunia politik, bererti telah mengorbankan dirinya demi rakyat. Ketika fahaman feminis yang dibawa oleh Sisters In Islam (“SIS”) menyerang umat, dia berteriak lantang. Ketika hasil bumi umat dirampas penjajah sejak penjajahan sehinggalah kini, dia membongkarnya. Ketika gejala sosial kelahiran bayi luar nikah makin parah, dia mengajak umat membanterasnya. Begitulah seterusnya. Dia juga hanya memberikan penyelesaian yang hanya berasal daripada syariah Islam. Walhasil, dia memperjuangkan kepentingan rakyat dan menentang kezaliman penguasa.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah ditanya tentang jihad apa yang paling utama. Beliau menjawab, “Kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim.” [HR Ahmad].
Ketiga: Ahli politik yang berpolitik tanpa putus asa, hanya semata-mata meraih keredhaan Allah Subhanhu wa Taala. Contoh paling tepat sebagai teladan adalah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dan para sahabat. Mereka berjuang dan berpolitik sejak di Makkah tanpa putus asa. Dorongannya hanyalah aqidah. Ini berbeza dengan realiti politik acuan sekular-demokrasi yang mana dek kerana kemewahan, kuasa dan kemegahan duniawi jadi matlamat, melompat parti telah menjadi satu ‘trend’ apabila perjuangannya telah menyebabkan dirinya kehilangan manfaat dan membawa mudarat.

Keempat: Memperkuatkan parti ideologi. Ahli politik sejati meletakkan aktiviti politiknya sebagai perjuangan untuk memperbaiki masyarakat dengan syariah. Juga perlu disedari bahawa tidak mungkin kita mampu berjuang secara bersendirian. Perjuangan perlu dilakukan bersama-sama kelompok, dalam gerakan atau jamaah. Namun, bukan sebarangan kelompok, melainkan kelompok yang secara terbuka, sungguh-sungguh dan konsisten memperjuangkan tegaknya hukum Allah Subhanahu wa Taala demi kebaikan rakyat. Oleh itu, dia akan memperkuat barisan parti yang benar-benar memperjuangkan Islam secara menyeluruh (kaffah). Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan adanya di antara umat Islam yang bersatu di dalam kelompok/parti seperti itu sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya: “Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan kebaikan dan melakukan amar makruf nahi mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”[TMQ Ali-Imran (3): 104]

Menurut Imam Ibnu Katsir: “Ayat ini memerintahkan agar ada sebahagian dari umat ini yang melaksanakan tugas tersebut (menyeru kebaikan (al-khair), melakukan amar makruf nahi mungkar.” Beliau juga menyatakan, ketika Rasulullah membaca ayat ini baginda menjelaskan bahawa “menyeru kebaikan (al-khair)” adalah menyeru orang untuk mengikuti al-Quran dan as-Sunnah.

Kelima: Memperkuatkan konsistensi thariqah (method perjuangan) parti. Perjuangan hanya akan berhasil jika mengikuti jalan yang ditempuh oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Selain daripada mengambil gagasan/idea/penyelesaian yang digali dari syariah Islam, method perjuangannya pun mesti dicontohi. Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang menempuh perjuangan politik dengan dasar pembinaan (tasqif). Seterusnya baginda bersama para sahabatnya berjuang di tengah-tengah masyarakat, bukan hanya duduk-duduk di belakang meja. Mereka menyatu dengan masyarakat; berjuang bersama-sama. Akhirnya, dengan dokongan pelbagai pihak, termasuk para pemilik kekuatan (ahl al-quwwah), Allah memberikan kemenangan dan kejayaan. Begitu juga dalam perjuangannya mewujudkan masyarakat Islam, baginda memegang prinsip tanpa kekerasan fizikal serta tidak bekerjasama menerapkan dan mempertahankan sistem Kufur. Ahli politik sejati konsisten dalam berpegang kepada thariqah parti yang diambil daripada Rasulullah, bukan mengambil kaedah matlamat menghalalkan cara (al-ghayah tubarrirul wasilah) sehingga sanggup bersekongkol dengan puak Kuffar dalam sistem politik kapitalis-demokrasi.

Keenam: Membina Nafsiyah (cara bersikap). Selain cara berfikir, ahli politik sejati memiliki cara bersikap Islami (Nafsiyah Islamiyyah). Redha dan bencinya, senang dan susahnya didasarkan kepada Islam. Banyak disebutkan dalam pelbagai hadis bahawa tidaklah seseorang beriman hingga hawa nafsunya tunduk pada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam; lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada mencintai ibubapa, keluarga, harta bahkan diri sendiri. Dengan demikian, ahli politik susah tergiur oleh apa jua kemaksiatan termasuk rasuah dan politik wang.

Ketujuh: Memperkuat pembinaan umat tentang Syariah dan Khilafah. Berbicara tentang politik Islam bererti membicarakan tentang bagaimana mengatur pelbagai urusan rakyat dengan Islam. Sistem apa yang diterapkan dan siapa yang menerapkan dan menjamin perlaksanaannya? Bagaimana agar terbebas daripada cengkaman Kapitalisme global yang dipaksakan oleh Barat? Sistemnya adalah syariah Islam. Manakala institusi yang ditetapkan syariah sebagai pelaksana untuk menerapkan hukum-hukum tersebut dan menyatukan umat adalah Khilafah. Dengan ini, umat dibangkitkan hingga tidak lagi lena dalam pelukan penjajahan asing dan para pengikutnya.

Jelaslah ahli politik sejati akan terus melakukan pembinaan tentang syariah dan Khilafah di tengah-tengah umat. Kesedaran bahawa ada kesalahan dalam mengelola Negara-negara umat Islam perlu ditumbuhkan dalam jiwa masyarakat seraya memaparkan penyelesaiannya yang digali dari syariah. Semua ini dilakukan sebagai tanggungjawab besar terhadap kebaikan umat seluruhnya.
Kelapan: Perlu memiliki pengalaman dan pengetahuan politik. Pengalaman dan pengetahuan politik bukan bererti mesti menjadi wakil rakyat sama ada ahli dewan undangan negeri (ADUN), ahli Parlimen atau terlibat dalam apa jua politik menurut perspektif Sekular-Kapitalis-Demokrasi seperti terlibat dalam pilihanraya umum yang merupakan intipati utama sistem demokrasi. Pengalaman politik ditempuh melalui terjun secara langsung di tengah masyarakat, bergaul dengan masyarakat dan turut menyelesaikan masalah mereka. Selain itu, mereka sentiasa memuhasabah penguasa jika penguasa melakukan kezaliman kepada rakyat. Namun, tentu sahaja ini semua memerlukan pengetahuan tentang konstelasi politik global, cara berfikir politik Islam dan analisisnya perlu difahami. Hal tersebut diberikan dalam proses pengkaderan (tasqif).

Jika para ahli politik termasuk Muslimah mempunyai ciri-ciri seperti di atas, InsyaAllah kemenangan hanya menunggu masa sahaja (victory is a matter of time). Dunia juga akan tahu bahawa masa depan adalah milik umat Islam.

Apa peranan wanita?

Pada pandangan Islam, pengertian politik (siyasah) tidak hanya terbatas kepada masalah kekuasaan dan legislasi sahaja, melainkan meliputi pemeliharaan seluruh urusan umat di dalam mahupun di luar negara, sama ada berkenaan aspek negara mahupun umat. Dalam hal ini, negara bertindak secara langsung mengatur dan memelihara urusan umat, sedangkan umat berperanan sebagai pengawas dan memuhasabah perlaksanaan pengaturan tersebut oleh negara. Oleh kerana itu, dalam Islam, tidak ada beza posisi seseorang sebagai penguasa atau sebagai rakyat. Keduanya memiliki kewajiban yang sama dalam memajukan Islam dan umat Islam serta memilki tanggungjawab yang sama dalam menyelesaikan seluruh masalah umat tanpa membezakan jantina.
Dalam menghasilkan ahli politik sejati, pastilah memerlukan usaha yang ampuh dari orang yang paling dekat dengannya; iaitu kita para ibu. Tanggungjawab ibu memberi pendidikan kepada anak-anak sejak dalam kandungan. Namun pendidikan yang bagaimana?

Awalnya pendidikan dimulai dengan ibu itu sendiri. Ibu mengikuti pengkaderan dan memahami Islam secara kaffah. Kemudian melalui pengkaderan ini diberikan pencerahan politik dan dilatih kecerdasan politiknya. Seterusnya dia terjun secara langsung dalam masyarakat dan menjadi ahli politik juga. Kegiatan politik bagi wanita adalah memuhasabah penguasa, dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Bagaimana mungkin ibu yang tidak celik politik boleh mengacu pembinaan politik anak? Begitu juga semua pihak (ayah, keluarga, masyarakat dan negara) mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk sosok ahli politik ini.
Kisah sahabiyyah Asma’ binti Abu Bakar yang mendidik anaknya hingga menjadi ahli politik ulung. Beliau sabar dalam memberi motivasi pada anaknya agar tetap mempertahankan yang haq dan mengajak kepada kebenaran ketika tentera Hajjaj bertempur dengannya sungguhpun beliau menyedari bahawa nyawa anaknya menjadi taruhan dalam mempertahankan kebenaran.

Bagi remaja, walaupun belum mempunyai anak, namun bakal menjadi ibu suatu hari nanti. Persiapkan diri menjadi ahli politik dan juga penghasil ahli politik ulung!

Khatimah

Sebagai usaha memenuhi sebahagian syarat untuk menjadi golongan yang beruntung (Muflihun), menjadi ahli politik bukan satu pilihan sebaliknya ia adalah satu kewajipan. Demi menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin iaitu sesuai dengan hukum syarak, amatlah penting bagi Muslimah memahami ciri-ciri ahli politik sejati. Pemahaman yang mendalam akan hal ini akan dapat menjauhkan Muslimah jauh dari pemahaman politik yang salah iaitu politik yang sangat sinonim dengan pilihanraya dari perspektif Sekular-Kapitalis-Demokrasi. Pemahaman ini juga akan menjadi pendorong seorang Muslimah itu untuk melahirkan anak-anak untuk meneruskan perjuangannya dalam dunia politik. Bukan politik sebarangan, sebaliknya politik untuk mengatur urusan umat melalui penegakkan sebuah Negara Khilafah yang bakal melaksanakan Islam Kaffah.
Wallahu ‘alam.


Baca selengkapnya...
26.4.09

Sempena Hari Buruh: Perlukah Wanita Bekerja?

Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. |

Wanita berkerjaya atau “Career women” telah menjadi satu fenomena yang diterima masyarakat kerana golongan wanita dianggap perlu berganding bahu dengan kaum lelaki memasuki pasaran pekerjaan untuk sama-sama membangunkan negara. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, 200 juta wanita telah memasuki pasaran tenaga kerja sejak sedekad lalu, sehingga angka wanita bekerja di seluruh dunia mencecah 1.2 bilion orang [ILO, Global Employment Trend for Women, p.1) Bidang kerjaya yang diceburi oleh kaum wanita juga pelbagai: bidang pertanian yang merupakan sumber pekerjaan utama sejak sepuluh tahun lalu kepada pelbagai sektor pekerjaan yang menggajikan wanita sebagai separuh dari tenaga kerjanya. Sebahagian tenaga kerja ini adalah Muslimah. Menurut Organisasi Buruh Antarabangsa (“ILO”) juga, golongan wanita yang aktif bekerja yang mana majoriti dari mereka adalah Muslim datang dari negara-negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Selatan Thailand mengekalkan tempat ketiga tertinggi di seluruh dunia, manakala jumlah wanita-wanita di Afrika Utara dan Timur Tengah yang bekerja adalah paling rendah. Di Malaysia, statistik pada tahun 2007 menunjukkan bilangan pekerja di Malaysia adalah seramai 10,889,500 orang dimana 6,747,100 atau 62 peratus adalah lelaki dan 3,791,000 atau 38 peratus adalah wanita. Adalah didapati sektor-sektor dimana ramai pekerja wanita bekerja adalah di sektor pembuatan, di ikuti perdagangan borong dan runcit , pendidikan dan pertanian. Di beberapa sektor, sektor pendidikan dan kesihatan dan kerja-kerja kebajikan, adalah didapati bilangan pekerja wanita melebihi bilangan pekerja lelaki. Oleh kerana sektor-sektor yang dinyatakan tadi adalah penting, menunjukkan bahawa sumbangan wanita di dalam pembangunan negara, tidak boleh dinafikan [Sumber: Ucaptama mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Noraini Bt. Ahmad pada 7 Julai 2008 di PWTC, Kuala Lumpur http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=634&Itemid=480&lang=ms]. Benarkah dakwaan di atas atau wanita hanya mangsa eksploitasi semata? Menurut Elson dan Pearson (1984) penggunaan tenaga kerja wanita untuk jenis-jenis pekerjaan tertentu sesungguhnya adalah strategi pengusaha untuk mendapatkan tenaga kerja yang murah. Kedua pakar tersebut dengan tegas menyatakan tidak benar apabila pembahagian kerja timbul kerana wanita dianggap paling sesuai untuk pekerjaan tertentu melainkan ianya hanya mitos belaka [bappenas.go.id/get-file-server/node/2847]

Mengapa Wanita Bekerja?

Secara umumnya, alasan wanita keluar bekerja adalah kerana wang terutamanya kepada wanita yang berasal dari keluarga miskin dan bersuamikan lelaki yang pendapatannya tidak mampu memberi keselesaan kepada golongan berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak. Tiada jalan lain bagi isterinya kecuali bekerja, untuk menambah pendapatan. Kedudukan kewangan juga menjadi punca wanita mencari nafkah untuk menanggung ibu bapanya yang telah tua dan sakit. Akan tetapi, ada juga wanita bekerja bukan kerana terlalu memerlukan wang, sebaliknya perkara-perkara berikut:

1. Meningkatkan keselesaan hidup. Sebenarnya suaminya mampu menyediakan nafkah secukupnya, akan tetapi kerana menginginkan kualiti hidup yang lebih tinggi, maka si isteri bekerja kerana mereka mengimpikan rumah yang lebih besar, kereta baru, menghantar anak ke sekolah swasta yang mahal, dan melancong ke luar negara.

2. Desakan orang tua. Ini adalah kerana mereka telah mengeluarkan biaya yang banyak untuk menyekolahkan anak perempuannya. Maka tiada kebahagiaan selain melihat anaknya menjawat jawatan tinggi. Ia juga dapat menaikkan imej dan status ibu bapa di hadapan kenalan dan saudara-mara mereka. Selain itu jika anaknya tidak bekerja maka dia seolah-olah menyia-nyiakan wang yang dibelanjakan dan jawatan tinggi yang mampu diraih sang anak.

3. Membayar hutang kerajaan. Mendapatkan biasiswa memang suatu rezeki. Jika tidak mendapat biasiswa, kos pengajian dibiayai melalui pinjaman PTPTN. Kepada yang menerima biasiswa, ibu bapa menjadi lega kerana tidak perlu mengeluarkan biaya kuliah yang sangat mahal seperti kursus perubatan. Biasiswa ini bukanlah pendidikan percuma melainkan pelajar akan terikat dengan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan selama beberapa jangka waktu sehingga mencecah 10 tahun. Jika kontrak ini dilanggar, mereka terpaksa membayar balik keseluruhan biasiswa yang diberikan. Peminjam PTPTN pula mesti menjelaskan hutang ini walaupun belum bekerja yang membawa makna bekerja menjadi satu perkara yang wajib!

4. Menghilangkan ketergantungan (independent) terhadap suami. Wanita dari kelompok ini bangga kerana mampu mencari wang sendiri dan memiliki ‘self-confident’ yang tinggi dan tidak bimbang akan kebuluran seandainya berlaku perceraian atau kematian suami. Realiti hari ini yang mana ibu-ibu tunggal membanting tulang untuk meneruskan kehidupan tanpa bekas suami mempedulikan nafkah anak menyebabkan bekerja kepada golongan ini adalah sesuatu yang sangat mendesak untuk ‘survival’ diri dan anak-anak kerana ’huluran’ dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sangat minima. Syaitan menjanjikan(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat yang keji dan Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia; dan Allah Maha Luas (kurniaNya) dan Maha Mengetahui” [TMQ Al-Baqarah(2): 268]

5. Menaikkan imej sosial. Ini seringkali terjadi kepada kaum wanita yang menduduki puncak hiraki dalam sektor awam ataupun swasta. Orang-orang akan melihatnya dengan perasaan takjub jika wanita itu memegang posisi penting di tempat kerjanya seperti menjadi menteri, ketua pengarah, CEO atau pengarah urusan syarikat tersenarai (public-listed companies). Wanita dari kelompok ini akan bermati-matian mengejar karier dengan bersaing dengan kaum lelaki. Anugerah seperti “CEO of the Year” atau “Women Manager of the Year” menjadikan mereka bangga hingga mendorong mereka menganjurkan program-program atau seminar-seminar untuk mengajak wanita lain mengikuti jejak mereka

6. Desakan masyarakat.
Memandangkan wanita bekerja merupakan satu fenomena biasa , maka wanita yang hanya menjaga anak di rumah akan dipandang rendah oleh masyarakat. Pertanyaan yang selalu ditanya adalah “Dimana kamu bekerja?”, “Kenapa isteri kamu tidak bekerja, bukankah dia berpendidikan tinggi?”. Lama-kelamaan wanita yang duduk di rumah juga ingin bekerja, kerana tidak tahan dengan anggapan rendah tersebut walaupun tidak ada keperluan mendesak untuk dia bekerja.
Kesan Negatif Wanita Bekerja

1. Merampas pekerjaan kaum lelaki. Bukan tidak pernah didengar kenyataan ini - Pelajar perempuan ke universiti, pelajar lelaki menjadi Mat REMP-it dan ke pusat serenti. Hal ini berlaku kerana masyarakat yang telah terbius dengan virus hedonism beranggapan apabila telah belajar tinggi, mestilah bekerja. Justeru, apabila statistik kemasukan pelajar wanita ke universiti lebih tinggi dari lelaki, secara relatifnya, wanita-wanita ini bakal ‘merampas’ jawatan-jawatan yang sepatutnya dipegang oleh lelaki. Dibawah tajuk “Fenomena penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti dibangkitkan lagi”, laporan Kosmo Online pada 13hb April 2009 menyebut bahawa “Statistik kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009”.

2. Peningkatan Kos Operasi. Dalam sistem Kapitalis hari ini yang mana pemerintah ‘lepas tangan’ akan kebajikan rakyat, majikan telah dibebankan dengan kos yang tinggi untuk menanggung kebajikan pekerja (staff welfare). Apabila wanita bersalin, gaji mereka tetap dibayar oleh majikan sedangkan tidak ada perkhidmatan yang diberi sepanjang tempoh cuti bersalin tersebut. “Majikan Malaysia membelanjakan kira-kira RM1.57 bilion setahun untuk cuti bersalin 60-hari kepada kakitangan wanita, demikian seminar mengenai persamaan gender di sini diberitahu hari ini. Naib presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) A.Ramadass dalam kertasnya mengenai perlindungan bersalin dan tolak ansur kerja dan tanggungjawab keluarga, berkata kajian MEF menunjukkan bahawa jumlah kos bagi setiap kakitangan adalah sekitar RM7,500 setiap kali bersalin, terdiri daripada RM3,000 gaji dan RM4,500 elaun lebih masa” [www.utusan.com.my 21hb April 2009]. Kos yang ditanggung majikan ini menyebabkan kos operasi menjadi tinggi kerana wang yang dilaburkan tidak mendapat pulangan dalam bentuk produktiviti. Pada akhirnya, apabila majikan tetap mahu mengekalkan margin keuntungan syarikat untuk memenuhi nafsu serakah pemegang saham (shareholders) dan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders), syarikat akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang mana kesannya akan ditanggung oleh seluruh anggota masyarakat.

3. Mendedahkan anak-anak pada bahaya. Apabila wanita bekerja, mereka meletakkan anak-anak dalam jagaan pembantu rumah atau pengasuh. Ada kalangan anak-anak ini menjadi mangsa rogol, liwat dan cabul oleh ahli keluarga pengasuh. Anak-anak kecil di taman asuhan kanak-kanak (taska) juga berdepan dengan pelbagai risiko seperti mati tercekik susu, jatuh dari buaian, kecederaan yang tidak dapat dijelaskan dsb. Ibu-ibu yang bekerja syif juga meletakkan anak-anak perempuan mereka dalam keadaan bahaya yang mana mereka terdedah kepada gejala sumbang mahram. Masalah pembantu rumah warga asing juga sering mendedahkan anak-anak kecil dalam keadaan bahaya apabila mereka bertindak di luar dugaan seperti lari dari rumah dan meninggalkan anak-anak tanpa ditemani sesiapa.

4. Tidak mampu melayani suami dan anaknya dengan sempurna. Tanggungjawab wanita selaku ibu dan pengurus rumahtangga (ummun wa rabbatul bayt) adakalanya tidak dapat dilakukan dengan sempurna apabila wanita bekerja kerana kekangan masa dan wanita itu sendiri dalam keadaan keletihan untuk mengurusi rumah, anak-anak, suami dan urusan di tempat kerja.

5. Suami menjadi bergantung kepada penghasilan isteri. Fenomena “Mr Mama” yang mana wanita menjadi tunggak utama mencari nafkah dalam keluarga dan suami pula di rumah mengurusi anak-anak adalah sesuatu yang sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam iaitu suami yang mencari rezeki, bukan isteri. Jika hanya isteri yang bekerja, seandainya berlaku penceraian pasti urusan menentukan harta sepencarian menjadikan kes penceraian memakan masa yang lama untuk diselesaikan.

Jalan Penyelesaian menurut Sekular

Sistem ekonomi Kapitalis hasil “air tangan” Adam Smith (1723-1790) yang mendominasi dunia masa kini menyebabkan sebahagian kaum Muslimin mencari penyelesaian kepada masalah mereka dalam kerangka Sekular. Masalah-masalah yang dihadapi oleh wanita bekerja diselesaikan menurut akal pemikiran mereka, bukan jalan penyelesaian yang digali dari sumber wahyu. Antara masalah yang dihadapi oleh wanita bekerja adalah terlalu bergantung kepada pembantu rumah warga asing yang seringkali menimbulkan masalah. Justeru antara jalan keluar pemerintah adalah memberi pelbagai insentif kepada majikan untuk menyediakan kemudahan penjagaan anak-anak di tempat kerja (child-care centres). Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang baru menaiki takhta pemerintahan Negara Islam Hadhari ini, kerajaan telah memberi pengurangan cukai 10 peratus setahun kepada majikan yang menyediakan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja atas kos penubuhan pusat bagi tempoh 10 tahun sebagai insentif. "Agensi-agensi kerajaan yang menyediakan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja akan diberi geran RM80,000 untuk renovasi dan kelengkapan perabot. "Saya ingin menggesa sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka dengan mengadakan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk pekerja mereka," kata beliau [Sumber: http://www.bernama.com/ 14hb April 2009]. Insentif yang diberikan kepada majikan dalam Pakej Rangsangan ini sudah tentu memberi kelegaan kepada para majikan kerana pengurangan cukai dan geran yang diberikan akan membaiki aliran tunai syarikat dalam senario ekonomi yang merudum, selain produktivi tidak terjejas kerana kaum ibu hampir dengan anak-anak mereka. Akan tetapi adakah ia menyelesaikan persoalan pokok pertama iaitu perlukah wanita bekerja?

Apakah Hukum Wanita Bekerja?

Secara umumnya, hukum bekerja bagi wanita adalah mubah (harus) selagi mendapat keizinan daripada suami atau walinya. Bekerja juga dibolehkan selagi pekerjaannya tidak menjerumuskan dirinya kepada perkara yang haram seperti tidak boleh menutup auratnya dengan sempurna di tempat umum, pergaulan dengan lawan jenis yang boleh menimbulkan fitnah seperti seorang setiausaha wanita yang perlu menemani ketua pejabatnya seorang lelaki kemana-mana dengan menaiki kenderaan peribadi tanpa ditemani mahramnya.

Apakah Jalan Penyelesaian menurut Syarak?

Islam selaku mualajah lil masyakil insan (penyelesai permasalahan manusia) mempunyai pelbagai hukum-hakam untuk memastikan kemaslahatan manusia dengan hukum-hakam seperti berikut:

Jaminan Pemenuhan Keperluan Pokok (primary needs). Islam telah menetapkan keperluan pokok manusia terdiri daripada makanan, pakaian dan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, jaminan pemenuhan keperluan pokok bagi setiap individu tidak bererti negara akan membahagi-bahagikan makanan, pakaian, dan perumahan kepada sesiapa sahaja sehingga menjadikan rakyatnya malas, sebaliknya, ia dilakukan dengan mewujudkan mekanisma-mekanisma yang dapat menangani masalah kemiskinan. Mekanisma tersebut adalah:
a. Mewajibkan Lelaki Memberi Nafkah Kepada Diri dan Keluarganya. Islam mewajibkan lelaki yang mampu dan memerlukan nafkah untuk bekerja dalam rangka memenuhi keperluannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:”Kewajiban ayah memberikan makan dan pakaian kepada para ibu dengan car ayang ma’ruf.” [TMQ Al-Baqarah (2): 233]. Dalil ini menunjukkan secara pasti bahawa suamilah yang perlu bekerja, dan bukan sang isteri!
b. Mewajibkan saudara terdekat untuk membantu saudaranya. Ini bermakna kepada orang yang tidak punya pendapatan untuk menafkahi dirinya dan anak-anak seperti golongan ibu tunggal, pemenuhan nafkahnya adalah menjadi tanggungjawab kerabat terdekat yang memiliki hubungan darah untuk membantu mereka. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman yang bermaksud: “…Dan kewajiban ayah memberikan makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya. Dan warispun berkewajipan sedemikian…” [TMQ al-Baqarah (2): 233]. Jika seseorang secara peribadi tidak mampu memenuhi keperluannya maka kewajiban memenuhi nafkah beralih ke kerabat terdekatnya sekiranya terdapat kelebihan harta. “Sebaik-baik sedekah adalah harta yang berasal dari selebihnya keperluan.” [HR. Imam Bukhari dari Abu Hurairah].
c. Mewajibkan Negara untuk Membantu Rakyat Miskin. Jika seseorang yang miskin tidak memiliki saudara yang boleh membantunya, kewajiban memberi nafkah beralih ke Baitul Mal (kewangan negara). Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah bersabda: “Siapa saja yang meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya, dan siapa saja yang meninggalkan ‘kalla’ (sebatang kara iaitu orang yang lemah, tidak mempunyai anak dan ibu-bapa), maka dia menjadi kewajiban kami.” [HR. Imam Muslim]. Disini kita juga melihat bahawa hukum asal bekerja tidak wajib kepada wanita kerana keperluan asasnya akan dipenuhi oleh pemerintah melalui Baitul Mal.
d. Mewajibkan Kaum Muslim untuk Membantu Rakyat Miskin. Apabila di dalam Baitul Mal tidak ada harta sama sekali, maka kewajiban menafkahi orang miskin beralih ke kaum Muslim secara kolektif. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman: “Di dalam harta mereka, terdapat hak bagi orang miskin yang meminta-minta yang tidak mendapatkan bahagian.” [TMQ Az-Zariyat (51): 19]. Mekanisma ini dilakukan dengan dua cara. Pertama, kaum Muslim secara individu membantu orang-orang yang miskin. Kedua, negara mewajibkan dharibah (cukai) kepada orang-orang kaya, hingga mencukupi keperluan untuk membantu orang miskin. Cukai ini hanya diwajibkan ketika Baitul Mal benar-benar kehabisan sumber kewangan.

2. Pengaturan Pemilikan. Pengaturan pemilikan yang dimaksud mencakup tiga aspek, iaitu jenis-jenis pemilikan iaitu pemilikan individu, pemilikan umum dan pemilikan negara, pengelolaan pemilikan dan pengagihan kekayaan di tengah-tengah masyarakat. Pemilikan umum menjadikan aset-aset milik masyarakat seperti emas, perang, petroleum tidak boleh dimonopoli individu atau syarikat seperti masa kini sebaliknya ia menjadi milik seluruh manusia untuk sama-sama memanfaatkannya. Pengelolaan aset-aset ini akan dapat digunakan pemerintah untuk memberi manfaat kepada rakyat sehingga kesannya menyebabkan wanita tidak perlu bekerja kerana telah ada pemerintah untuk mencukupi keperluannya melalui pengagihan kekayaan (distribution of wealth) kepada seluruh anggota masyarakat.

Khatimah

Pada hari ini, wanita yang terpaksa bekerja untuk memenuhi keperluan pokok diri dan tanggungan mereka hanyalah merupakan masalah cabang (furu') iaitu simptom atau gejala dan bukannya penyakit sebenar. Kewujudan pemerintah yang tidak melaksanakan seluruh hukum-hakam Islam menyebabkan jalan penyelesaian menurut syarak untuk mengatasi kemelut yang melanda kaum Hawa yang dikemukakan di atas kekal sebagai teori semata. Oleh kerana itu, sangatlah perlu bagi umat Islam untuk berusaha mengembalikan Islam dalam kehidupan sehingga pada akhirnya akan tertegak sebuah negara Daulah Khilafah untuk melaksanakan Islam Kaffah, termasuk di dalamnya sistem ekonomi Islam (nizamul iqtisad fil Islam) untuk mengatur urusan umat sehingga keperluan pokok mereka dapat dipenuhi. Natijah akhirnya ialah kaum wanita tidak perlu bekerja kerana seluruh hukum-hakam untuk menjaga umat ini akan memastikan kemaslahatan mereka terjamin. Sudah tentu, keadaan ini akan dapat memberi ketenangan kepada kaum wanita untuk menjalankan peranan utamanya selaku ummun wa rabbatul bayt dengan sempurna dan Islam benar-benar adalah rahmatan lil ‘alamin.

Wallahu ‘alam bisshawab.


Baca selengkapnya...
Subscribe